Assalamualaikum.
Ramai antara kita mempunyai keinginan untuk menunaikan Ibadah Haji di Makkah. Walau bagaimanapun, kuota yang terhad kerana prasarana haji yang masih dalam pembinaan membuatkan segelintir dari kita tertunggu-tunggu panggilan menunaikan haji dari Tabung Haji saban tahun.
Masalah kelewatan panggilan menunaikan haji juga disebabkan oleh kelewatan mendaftar untuk menunaikan haji pada usia muda, terutama di kalangan warga emas yang kurang pengetahuan tentangnya. Salah satu usaha yang dapat dilakukan untuk memohon penempatan menunaikan haji adalah dengan menulis surat rayuan kepada pihak terbabit.
Disini Droppucino ingin berkongsi satu contoh surat rayuan yang boleh digunapakai sebagai Surat Rayuan Penempatan Menunaikan Ibadah Haji. Silakan digunakan. Halal. \(,'' )/
Moga bermanfaat! :)
======================================================================
NAMA SAYA BIN ABAH
No. 34, Lrg. Durian,
Jln. Khamis, Meru,
41050 Klang
Selangor D. E.
3 FEBRUARI
2016
BAHAGIAN PENGENDALIAN HAJI
Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji,
201, Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.
Tuan,
RAYUAN UNTUK MENDAPATKAN PENEMPATAN
HAJI BAGI TAHUN SEMASA
No. Akaun 1 : 06060606060606 (SUAMI)
No. Akaun 2 : 06060606060606 (ISTERI)
Kami dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara yang
tersebut di atas.
2. Sebagai makluman, kami adalah merupakan golongan warga
emas yang belum berkesempatan mengerjakan haji sebelum ini kerana belum
dipanggil untuk menunaikan ibadah haji. Dengan ini kami merayu kepada pihak
tuan untuk mendapatkan tempat haji pada tahun ini berdasarkan sebab-sebab
berikut:
2.1. Usia kami yang dianggap lanjut dan semakin meningkat ini
akan menghalang kami daripada mengerjakankan ibadat haji dengan sempurna
sekiranya kami tidak dapat menunaikannya dalam masa yang terdekat.
2.2. Kesihatan kami yang masih baik pada masa sekarang akan
memberikan keyakinan kami untuk megerjakan ibadat haji dengan sempurna
berbanding dengan masa hadapan di mana dengan kelanjutan usia berkemungkinan
kesihatan akan terjejas.
2.3. Untuk makluman pihak Tuan, kami telah mengikuti kursus Mengerjakan
Haji 16 siri anjuran Masjid Asy-Syarif Meru. Oleh itu, kami bersedia jika
dipanggil menunaikan haji pada bila-bila masa.
3. Di atas pertimbangan, perhatian dan kerjasama daripada
pihak tuan, didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang Benar,
....................................................
(NAMA SAYA BIN ABAH )
No K/P 00000000000 (64 Tahun)
....................................................
(ISTERI BINTI WALID)
No K/P
00000000000 (60 Tahun)