Musim EURO dah habis.. tengok Liga Super pulak.. Cheit. bayangkanlah lepas tengok EURO pastu tengok Liga Super.. Super duper lain lah game dia.. mosan maa.. Fuhh.. Tapi ada sesuatu yang menarik aku kat situ. Sebenarnya aku dah start kurangkan sikit tengok bola sekarang.. so sebenarnya x layan sangat EURO tahun ni. WHY? Sebab sakit mata lor.. Makin tengok makin sakit mata.. So baik aku lari dari kaca televisyen. Kadang2 geram jugak nak tengok, tengok jugak lah, tapi tengok upper part jelah.. (konon) MUAHAHA!
Tapi Alhamdulillah.. aku tercari2 jugak sebenarnya takda ke yang betul2 rasa nak tutup aurat diorang? Mungkin dah lama diorang tutup, tapi aku baru nampak.. Rasa bangga sikit dalam hati.. Takkan lah pemain bola semua tak fikir Tuhan..? Lama aku tertanya2.. Dan ada jugak hasil dia yang best aku jumpa..
Nampak macho je kan? opkos la..
Sempoi gitu.. alah senang je.. Paling2 pun pakai tight je kat dalam.. SETTLE! Takkan aurat seciput je tu pun susah nak tutup kan.. Sikiiit je... Tutup lah eh.. tutup lah.. Naik selevel lagi value korang di mata masyarakat amnya dan mata wanita2 khususnya. Suka tak? Suka tak? Mestilah kan... weee~
Ada masalah lain kan? Mesti member2 perli2 konon alim lah kan.. Takpa.. Ce pakai dulu.. Aku rasa.. Lama2 diorang akan teruja tengok korang pakai gitu dan terdetik untuk diorang ikut.. Bukan dalam masa yg sekejap.. Ambik masa jugak.. Tapi tak salah kan mencuba?
Cubalahhh... Okai? Okai? wink.. wink..
Selamat mencuba ya! Love love love! Sayang korang sangat3!! :*
Motif asal blog ni dah lama tersasar.. Perlu buat sesuatu untuk tebus kesalahan. Bukan apa, aku ni jenis kena pokus satu-satu benda.. Bukan multi-function punya orang. Bila ada benda lain lebih penting menggangu, dan perlu didahulukan, so benda selainnya kena letak tepi dulu. Ada pulak yang salah faham aku merajuk. XD
Orait.. Let's talk about K-POP! Bosan ke dengar perkataan K-Pop? (bagi yang tak minat). Takpe lah korang kena tahan. Tu fenomena sekarang. Aku pon jadi risau dengan penyebaran dia yang meluas.. Aku akui K-Pop salah satu medium hiburan yang melaghakan. Aigooo.. Tapi.. Tapi.. Oh.. Aku memang layan tapi sesetengah group dan variety show je. (JE?? << Nak buat alasan, macam2 boleh keluar. Ok aku tahu K-Pop ni kalau nak tengok overall memang lebih baik elakkan.. )
Apa2 pun memang ada PROS dan CONS dalam semua hal. Yang tak boleh aku terima bila orang kita terlampau taksub dengan satu2 hal. Tak kisah la K-Pop ke, artis2 tempatan ke, malahan artis nasyid sekalipun, ITS NOT OK!! Kalau dah sampai pergi join konsert diorang bayar ratus2 guna PTPTN, tu pun dapat tempat jauh dari pentas, pastu bersorak2 menyanyi2.. Aiyooo... Its not goood dude.. Setakat download Running Man full episode, gelak sorang2 takpe lagi.. WAKAKAP! Takpe je, selagi tak jejas aktiviti2 harian lain kira ok la kan.. kekeke...
Konklusinya, pernah dengar perkataan Takhfif? Moderation? Bersederhana? Ok mesti korang dapat tangkap maksud bersederhana tu.. Takmo explain panjang2..
BUT!!! Tujuan utama entri ni adalah.. Sebelum tu, Sila play video dibawah.. sila2.. Jangan mallu-mallu (iklan gigi pelesu)
Perkara pertama aku nak tanya.. Apa pendapat korang?? Ok je? Ok takpa jika itu jawapan korang. Tapi aku memang x berapa nak ok dengan video nih.. Malu weh.. Aku first time tengok video ni beberapa tahun dulu entah, rasa maluuu sangat sebagai seorang Muslim. Tengok eh apa pandangan asal diorang terhadap Muslim Women,
"I thought those women not allowed to talk to man. I thought they only talked to their husband."
So, pendapat korang? Walaupun tak 100% betul, tapi korang perasan tak itu asas dalam pergaulan lelaki-perempuan yang dianjurkan Islam? Sebagai Non-Muslim yang tak belajar tentang agama kita, bagi aku wajar lah apa yang diorang cakapkan tu. Memang betul, kalau korang nak kata, "perempuan tak boleh bercakap dengan lelaki? NONSENSE!" Urm.. macam mana nak cakap eh.. kalau nak ikutkan prinsip asas dalam Islam, memang, x salah berkomunikasi lelaki-perempuan bukan Mahram. Tapi perlu ada sebab tertentu seperti tujuan untuk berkongsi ilmu, bekerja, dan blablabla.. Banyak2.. Kalau nak keluarkan alasan untuk sokong apa yang kita suka buat, memang banyak idea keluar wa cakap sama luuu.. XD
Tapi bila kita fikir lagi dalam sikit, cuba kita bandingkan, antara seorang perempuan yang banyak berinteraksi dengan lelaki bukan mahram atas perihal kerja, dan seorang perempuan yang duduk di rumah menjaga suami dan hanya bercakap dengan suami dan mahramnya, aku rasa Allah lebih pleasure dengan Muslimah yang kedua tu. Ye tak? Tak? Ok korang ada hujah korang.. Silalah nyatakan. Mungkin aku salah.
Berbalik kepada view diorang yang Muslim Women bercakap dengan sesetengah orang sahaja, tak ke nampak Muslim Women macam lebih preserve dan lebih bermaruah? Bagi pandangan aku macam tu lah..
Ok, and then after diorang buat konsert kat Malaysia; secara khususnya, dan melayan 'peminat bertudung' yang tak boleh blah berkomunikasi dengan gediknya,sila rujuk minit ke 1:11, apa pandangan Non-Muslims terhadap Muslim Women sekarang?
Tepuk dada, tanya hati lor... XOXO!
Dan paling sakit hati dan jiwa bila baca komen2 kat Youtube, aku rasa tak perlu pun nak tutup nama diorang, sebab memang public pon. Dan mereka berbangga mengaku sebagai 'Perempuan Malaysia Muslim Bertudung' sambil terangkan apa itu 'Islam yang sebenar' KONONNYA bagi mereka.
Paling tak boleh blah yang last sekali nih.. Apa beza Malaysian dengan Saudi dan Afghanistan? We are all Muslims and hold THE-SAME-ONE-BULK-OF-GUIDANCE, Al-Quran.
P/S: Aku bukan bagus, ni pandangan aku bila melihat dari pandangan unjuran-Islam-sebenar, tapi aku sendiri banyak khilaf, aku pon sesuka hati aku je nak bercakap, berkomunikasi dengan mana2 lelaki.
Dan aku juga layan K-Pop. =.='
Oh.. Aku memang suka kat orang2 tua sekarang. WOHA!
Ehem2.. sakit tekak plak.. kah kah kah.. maafkan aku pembuka bicara dah gelak.. Nak buat macam mana.. Benda lawak tak lawak lah.. Tapi rasa nak gelak je. Tak boleh ke? Bukan blog den nih? KAHKAHKAH!! Hang poyo Droppu! Ok.. Pokus2..
Entri dibuat untuk menjoinkn diri sebagai semangat dan perangsang kepada Yuu Hidayu, kawan seBCR jugak. Apa?? Bukan kawan kalo tak jumpa? BHAHAHA! Sangat lawak kurasakan.. Inilah lawak antarabangsa yang paling kelakar di masa kini. Ok merepek lagi. Maafkan saya. HAHA!
Yang penting aku memang tak rajin nak join segmen2 sebenarnya, cuma kalau macam menarik sikit, rasa best jugak nak join mengubat hati nan lara. Nak join jugak? Sila klik banner di bawah dengan tepat di titik tengah banner tu.. Tepat tau!! WOHA!
Gila tak best segmen dia?? Kreatif siott.. tu yang join. Senang je, Korang baca petikan kat bawah ni. Bayangkan.. Imaginasikan.. dan cuba lukis.
"Ada pokok ajaib, batang yang disebelah kanan mempunyai tiga pelepah
dan empat biji kelapa. Batang yang disebelah kiri pula mempunyai empat
pelepah serta dua biji kelapa. Batang yang ditengah tengah pula
mempunyai sebanyak 5 pelepah tetapi tidak mempunyai buah kelapa. Antara
batang kanan dengan batang kiri terdapat seekor monyet sedang bergayut
di atasnya memegang sebiji cawan."
OHSEM kan? Haa.. tu lah sebab utama aku join. Tak membosankan macam kebanyakan segmen2 yang lain. Tapi ada satu masalah besar!! Aku memang takda tangan ART dari dulu lagi, so, aku suruh anak sedara aku lukiskan, aku kat gombak, sanggup dia hantarkan lukisan tu tadi. Dan dia baru setahun tujuh bulan umurnya.. WOHA!
Hasilnya.......
Jangan gelak!! Tolong jangan gelak semua! Nanti anak sedara aku nangis camana... OHNOM... Hahah! Tanak ulas dah..