Saturday, December 24, 2011

EROTOMANIA = THE LOVE DELUSION!

Assalamualaikum..

Entri ni dibuat hasil idea dari kyo yang suggest cerita lebih pasal psychology = my area of study. (Haha.. boleh pulak..)
Then tengah2 study Abnormal Psych ni ada term yang macam best.



EROTOMANIA.
Atau lebih mudah difahami dengan panggilan THE LOVE DELUSION! 
Orang yang menghidap erotomania ni adalah mereka2 yang mempunyai delusi bahawa mereka2 ini dicintai oleh orang2 tertentu. Tetapi hakikatnya orang itu mungkin langsung tidak mengenalinya = totally stranger!!

Contohnya orang2 yang terkenal seperti artis, ahli politik (?) atau public figure yang lain juga boleh jadi rakan sekerja etc.

Penghidap erotomia selalunya tergolong dalam golongan orang2 yang tiada pekerjaan, dan menyisihkan diri dari masyarakat.

Perempuan selalunya menghidapi simptom2 ini, tapi tak terkecuali juga para lelaki!

Walaupun perempuan boleh bertindak luar kawal apabila tidak mendapat layanan yang sepatutnya, tetapi lelaki lebih merbahaya kerana mereka selalunya ke arah ugutan dan mengancam mangsa mereka.


Tengok tak video klip anuar zain kena ikat dulu tu? lebih kurang lah kan.. Haha!
Dan aku tengok peminat2 k-pop banyak ada symptom2 ni.. Fuhh...

Ramai yang sangat taksub dengan sorang2 artis yang dia minat... bila nampak je jerit.. nampak je jerit.. Aiyoo~
 Tapi aku x boleh la nak cakap dorang ada erotamania disorder la, bukan aku clinical psychologist, tgk symptom2 dia je boleh la hahaha. Tapi x serius lah kan sampai erotomania kawan2 aku ni.. Haha!

Artis2 lain pun sama jugak.. Tapi k-pop dah menggila la sekarang.. Kawan aku kata tanda akhir kiamat kaum yang bermata sepet akan sesatkan/lalai kita. APAKAH? tapi x sure lah kan.. Urmm.. Aku salah sorang penonton (?) cerita2 korea jugak.. minx2 x sampai lagha.. Nauzubillah..

P/S: Erotomania atau Love Delusion ni salah satu disorder bawah Schizophrenia.. so faham2 lah ye.. :)


4 comments:

  1. thanks tulis entri nih..

    hmm.. nape nama dia eroto?
    apa maksud dia ek?

    ReplyDelete
  2. erotomania dari word 'erotic paranoia'..

    EROTIC (greek:'eros':desire) = generally understood to refer to a state of sexual arousal or anticipation of such – an insistent sexual impulse, desire, or pattern of thoughts, as well as a philosophical contemplation concerning the aesthetics of sexual desire, sensuality and romantic love

    Sumber: pakcik wiki :)

    ReplyDelete
  3. bahaya juga penyakit ni..macam perasan je..

    ReplyDelete
  4. perasan? hehe.. lebih kurang lah.. tapi yang ni dah di diagnose memiliki otak yang kurang sihat (schizophrenia)

    ReplyDelete

Terima kasih tinggalkan komentar.. Moga kita semua sentiasa tergolong dalam golongan orang2 yang soleh lagi solehah..