Tuesday, February 5, 2013

HIKING-RIVERING-CAVING at Gopeng, Perak



Assalamualaikum.


1-3 Februari 2013. Before masuk sem, aku join group ohsem called PEMBINA. Persatuan Belia Islam Nasional. HIKING - SUNGAI - CAVING. Best weh! Seriously view maha cantik atas Bukit. Ada Batu Tiga Beradik lagi. Cantik siot! Subhanallah! Rugi x da antara kami yg bawak camera sebab balik memang ikut sungai. Urghh!! Tulah reward paling HENSEM untuk hikers! Penat semput camane pon hiking, sampai atas VIEW MAHA INDAH! Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah!

Sungai triple maple kliple lebih OHSEM DARAB LAPAN! Just imagine terlentang je kat sungai jernih tu dengan life jacket dalam beberapa kilometer, then kaki keatas.. Tengok awan.. Punggung sakit-sakit sedap kena batu. OHSEMnya perasaan itu! Before ni Camp kelas Skill Recreation 1 pernah buat tubing, duduk dalam tube hitam terlentang jugak, tapi x seohsem river trecking pakai badan. Gila best satu badan dapat rasa air! Allahuakbar! Aku nak beli tanah dekat2 sungai nanti! HAHA. Memang tak boleh blah la aku memang lead the crowd je.. Repeat banyak2 kali sambil tunggu yang lain lepas at belakang. Aku antara yang lasak x pe jugak, tapi ada yang fobia air, takut lemas dan sebagainya kat belakang. Rasa bersalah pulak seronok sendiri kat depan, ada jugak yang kata nightmare. Heee.. Punyalah berbeza perasaan memasing. 

Then CAVING di sebelah petang! Ni first experience aku caving bebetul, pergi Perlis dulu Gua Kelam makan angin je jalan kat jambatan dulu. Kali ni Gua Kandu, Gopeng, Perak. OHSEM DARAB LAPAN WEH! Gua ni gua yang kering dan agak berdebu. So yang ada athma x digalakkan. Seronok weh! Naik turun batu! Ada yang mencanak, ada yang kena turun, ada jalan kena tunduk, merangkak. OHSEM OHSEM OHSEM. Just imagine macam mana Allah ciptakan gua yg terbentuk dari air je beberapa juta tahun dulu. Just imagine. Historically nya, Gua Kandu satu masa dulu adalah pusat tentera Jepun. Dalam tu ada tempat parking heli bagai suma ada. Penjara2 pun banyak kat atas2 atap gua tu. Geram je nak naik tengok. Geram je aku tengok banyak lubang tikus dalam tu. Nak je aku masuk explore sendiri, tapi pergi dengan group, jangan buat hal. HAHA. Teringin nak pergi Gua Tempurung la plak, area Gopeng jugak kalau x silap. Gua Tempurung ada sungai, lagi syiok aku rasa..! Seriously dalam gua rasa tenang ya amat. Sejuk dia macam ada aircond dalam tu. Then try off torchlight semua. Then rasalah pengalaman alam barzakh. Sunyi. Gelap. Hitam. Sejuk. Astaghfirullah. Allahuakbar. 

And the most interestingnya camp trip untuk aku kali ini ialah...
NO MEN! Super duper best sebab semua aktiviti Perempuan dengan Lelaki memang x sama. Kitorang Hiking + Rivering pagi, Caving petang, lelaki sebaliknya. Ini lah experience yg aku nak rasa dah lama. Pada hemat aku ok je. Aktiviti jalan sempoi je. Cukup dengan guide2 lelaki.. Tak payah pun nak pergi sekali bagai. Gerak sekali tapi x da contact pun lelaki-perempuan. OHSEM OHSEM OHSEM. 

Bertambah lagi satu passion aku: CAVING! 


Serpihan gua yang runtuh bila Gua Kandu as markas Jepun ni dibom oleh British

6 comments:

  1. mcm best je klau hiking kt situ..

    ReplyDelete
  2. uih..
    baru nak join PEMBINA.. x jadi la camni (lol)

    ReplyDelete
  3. gopeng kat mne eh? area? tempat ni org panggil ape. terasa nak try pulak.

    ReplyDelete
  4. Salam..boleh join x klau spe2 nk naik lagi?

    ReplyDelete
  5. Kat mne ye area tmpt ni..boleh bg direction?

    ReplyDelete
  6. Sorry sangat for late reply korang2 semua..
    Gua Kandu..search Gua Kandu online, ada yg buat pakej rivering, caving, tubing, hiking.. Haritu saya search ada contact number.. serius syiok.. ajak la member-member pegi..

    ReplyDelete

Terima kasih tinggalkan komentar.. Moga kita semua sentiasa tergolong dalam golongan orang2 yang soleh lagi solehah..