Showing posts with label diari untuk imbauan hari tua. Show all posts
Showing posts with label diari untuk imbauan hari tua. Show all posts

Thursday, April 12, 2012

Sedikit Berubah

Assalamualaikum..

Esok ada paper.. tapi kepala dah agak senget ni dengan presentation yang lepas, dengan guruh menyambar, dengan hujan yang lebat, dengan berita tsunami sana sini... =.='' 
Jadi mari happy kan diri dengan mengupdate new entri!! Tepuk!!




Alhamdulillah hari ni, 11 April 2012, aku dah berjaya melangkah selangkah lagi ke angkasa. WOHO! Taknak kalah melangkah ke angkasa tuh. Bahagianya aku rasa. Dah lama nak jadi macam mereka2 yang comel2 tu.. Alhamdulillah hari ni aku comel!! Tak perlu lah aku bagitahu apa yang aku buat, tapi cukuplah aku nak berkongsi rasa aku, gembiranya aku bila makin dekat denganNya! Moga2 dianugerahkan juga peneman yang sama2 punya misi untuk cuba berubah lebih selangkah dari semalamnya. :)

Aku berharap sangat aku dapat konsisten, sentiasa dilimpahkan rahmat dan hidayahNya untuk terus cuba berubah sedikit demi sedikit. Aku bukan siapa2, aku memang tak berdaya tanpa hidayah dari yang Maha Esa.

Kawan2, aku nak berkongsi disini, seronok taw kalau kita cuba untuk berbuat kebaikan, walau sekecil anai-anai pun jadilah, yang penting berkembang dari hari ke hari.. Bermula dengan hanya mengutip sampah seketul di tengah jalan, tolong amoi tua melintas jalan, tolong semut dalam sinki yang hampir kelemasan, hinggalah perkara yang besar2.. Macam selalu gerakkan kaki ke masjid, amalkan Maathurat pagi-petang, involve dalam aktiviti2 volunteer, bertudung sedikit labuh dari biasa, mula menyimpan sedikit kumis dan janggut mengikut Sunnah, dan macam2 lagi perkara yang boleh kita apply dalam kehidupan seharian.

Mulakan dengan perkara yang kecil sahaja, yang penting, kita ada contribute sesuatu untuk diri sendiri dan orang lain. InshaAllah.. kita akan rasa kepuasannya! 

Cubalah hari ni ye kawan2! :) 

Kawan aku pernah kata; seseorang berkata padanya, 

"Kalau terasa seperti mendapat hidayah tentang sesuatu perubahan untuk kebaikan, baik cepat2 berubah, sebab takut Allah cuma berikan waktu yang singkat, dan takut2 hidayah itu akan ditarik balik kerana bertangguh."


Do the difference today! Its never too late! :)

Friday, April 6, 2012

Birthday Treats dari Mereka2 yang OHSEM

Assalamualaikum..

Well.. Its April! And the first week dah nak membabaikan dirinya.. Anyway aku pon tak berapa nak faham kenapa aku tak dapat nak update blog nih selalu.. Berwajah baru kan? And its COOL right! Kreditto to Mochalova! Design beliau memang cool2 belaka.. Dan aku tengah cuba untuk sesuaikan diri dengan blogskin nih.. First time pakai.. Banyak yang kena belajar. That's why kawan-kawan virtual is just the same OHSEM dengan kawan-kawan aku kat luar sana! REALLY!

OK mukaddimah terover dah tu.. Post ni sebenarnya dicipta untuk aku memorikan kawan-kawan aku punya birthday treats sebulan yang lalu.. 13 March 2012. Tarikh penambahan umur aku. Makin dekat dengan hari tua kan maksudnya? 


1) Siti Zulaikhah! Thanks for the KFC! My first birthday treat! Tak ke OHSEM, balik2 kelas lecturer killer, nak dekat pukul 7, penat lelah sampai bilik, taraaa!!! KFC box atas meja.. Kerana kelaparan terlampau, memang terus duduk baham lah.. HAHA! 

 
Gambar Hiasan~ Adess nampak garingnya lah.. Adoi. Kesedapan plak.




2) Ima Ramli! Thanks for the lovely RotiBoy cake. Dan aku sangat happy kebetulan pulak kau macam tau aku suka Blueberry Cheese Cake! Yehuu.. Joget2.. Actually I love anything with CHEESE! 
And Ima sayang, bila nak bagi birthday gift aku yang ko dah buat pekasam tuh.. Adess.. Tak dapat nak masukkan sini.

 
Opss agak x sopan dah makan hampir habis.. Teruja sangat kot!

3) Onen Macho! Thanks for the lovely dovely bovely Choc Cheese Cake! Sedap kot! Suka gilak aku! Sebab?? HAHA! BECAUSE IT'S CHEEESSEE... OK aku dah addict kek cheese sekarang nih.. Nyum2.. Hari2 pegi beli sendiri.. Eeh? Bila nak gemok tah? Makan dah kalah mereka2 overweight kan......? 

Nampak x ada tulisan CHEESE kat situ? Ok mmg OHSEM rasa dia!
---------------

OK and its about a week after my birthday. Some of them nih saja-saja je buat-buat senyap membisu. Well bukan aku nak expect apa-apa lah.. AND... Aku macam dah boleh predict. Adess. Dan minggu ni minggu aku sangat busy and stress dengan assignment2 submission, plus tests, plus blablabla.. Aku tak tipu weh! This semester agak hectic hidup den. Kebizian terlampau tahap cipan. OK, dah nak 4th year mungkin.. Perlu mula kawal keadaan, sebelum keadaan pulak yang mengawal diri aku.. 

So the result is... When they make it surprise for me, i'm kinda piss off plak.. Terstress over hari tu.. Mintak maaf, especially to Husna and Aisyah. I'm not mean it! And korang punya treat is THE BEST! 


4) Husna & Aisyah! This is superb! Nasi arab weh!! Walaupun tak dapat nak makan kat luar macam kita berangan2 dulu, cukup happy hidup den dapat tajaan Nasi Arab! Yang penting the LAMB! WE LOVE LAMB!! Aku kalau dapat lamb, kambing, dan seangkatan dengannya memang suka sangat lah! TQ korang! Muah3! I'm So Sorry ok! mencacatkan mood time tu.. tapi aku betul2 happy lepas tu.. Mintak MAAF sekali lagi.. MAAF MAAF MAAF! Here, video maaf aku untuk korang... :') 

 


AND THE FOOD? OK THEY'RE OHSEM!

Nasi dia memang terbaiklah! Taktau plak dalam UIA pun ada restoren arab yg superb


OK aku tak ingat nama, tapi ni dimakan dgn roti. Aku kureng skit.


Ice Blended Mochacino dia agak best! (air paling mahal aku order!HAHA)


Licin :)


Ololo.. Comel2 plak cintan cintun depan aku ya.. :)) Thanks!


5) Lovely classmates! Thanks to Gee Fauziah, Gee Shazila, Suhaila, Aisyah si comel, Ayed, and Cnen Onen again! Yang ni memang aku tak predict sebab korang tak pernah buat untuk aku! HOHO! Selalunya birthday aku time cuti. Dan aku cuba cool lah kan.. Dan sebab aku tak tahu, minta maaf lah sangat2 sebab aku pergi berjimba untuk Ummatic Night dulu. Akibatnya masing2 dah x larat tunggu aku sampai 12 lebih baru dapat celebrate! Sorry dan Terima Kasih untuk semuanya..! Seronok dapat dua treats dalam satu hari! 


Thanks 4 the effort ALL! Terharu.. :)
 ---------------

Dan aku risau dengan geng-geng sekolah aku. Aku takut mereka-mereka terasa hati sebab aku jenis tak reti nak koling2 diorang.. Senyap sampai sekarang. Kalau betul2 lupa takpe je, tapi aku rasakan mustahil.. Setiap tahun ingat je. Tak mungkin sorang pun tak ingat. Adess.. Aku memang suka buat orang naik angin ngan aku.. Kalau ada antara mereka yang membaca ni, korang, aku minta maaf sangat-sangat tak contact korang! Reason? Tatau nak bagi reason apa.. =.='  I'll contact you soon ok.. soon.. tapi x tahu soon bila.. Adoi! 

Akhir kalam, terima kasih banyak-banyak kepada semuanya! Tiada yang terkecuali! Terima kasih all! It's a SUPERB to have all of you as a friend! 

P/S: Korang yang bukan blogger, kalau terasa nak komen entri ni, klik link komen kat atas, tick dekat name/ananymous tu eh! Thanks!


Thursday, February 9, 2012

Semester baru? Seronok ke aku?

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dah masuk sem baru untuk tahun ketigaku disini. APA?? Tahun tiga? Tahun depan je nak grad?? Aku rasa aku masih budak. Bukan ke? EH, betul la, aku masih budak! Ehem. 

Selalu habis belajar orang fikir apa? Kahwin kan? Tapi aku tahu aku belum bersedia lagi untuk itu. (Dah nama masih budak! Harharhar~) Kerja? Ni lagi satu persoalan minda yang tak habis.. Aku tahu rezeki Tuhan sentiasa ada untuk hambaNya, tapi masih ketaq2 lutut kadang-kadang bila terfikir bab kerja. Minta dipermudahkan. Jom amin ramai2.. Aminnn~ So maknanya, aku kena sambung belajar lagi? Bunyik macam best. InshaAllah..

Klik untuk jadual aku yang lebih jelas


Best kan jadual aku sem ni. Tolong angguk.. Memang best! Boleh lepak bilik, takda lah kelas berderet, nanti last class muka dah mcam zomba (uuu~). Dan minggu pertama di Gombak?? Sangat ohsem! Dah la masuk hari rabu. Untuk apa dan demi siapa? Ohno!


Ceritera Minggu Pertama Semester

Rabu

00.00 am: "Check jadual esok lah.." tet tenet tenet.. (bunyi laptop). APA?? kelas arab esok takda venue lagi?? HEAVEN! Boleh berjimba hahahaha..!! (gelak puas hati)

11.30 am: Ingat nak add manual untuk Experimental Psychology, tapi.. 
"Assalamualaikum. Madam, can I register in this class for this semester?" 
Jawapan mengecewakan: "I'm sorry, but this class have a limitation of 20 students only". WHAT??? (aku dapat jerit dalam hati je sambil madam berlalu pergi. Sobs!)

2.00 pm: Bersiap-siap untuk pergi ke kelas dengan semangatnya selepas solat Zohor.. Belum sampai depan pintu kelas pun, kedengaran suara merdu kawan aku, "Weh, ko kelas HR ke? Kelas mula hari Isnin madam cakap." WHAT?? Penat aku menapak panas2 di tengah hari buta ni... =.='

Aku baru dapat add Method's of Da'wah tengah hari, (sebab x dapat nak masuk kelas Experimental Psych!) Nasib baik kawan aku sendiri yang drop Da'wah ni, kalau tak.. Habis aku tak cukup kredit hour, seciput!

Khamis

10.00 am: Dr. Shukran: "Ok, I have a presentation in front of main board blablabla, so, the class is finish here." YEHUUU!!  Untunglaa habis kelas awal, takpe, atleast aku dapat jugak panaskan kerusi sambil pandang muka Sir, bukan macam semalam.. Satu haramm xda kelas! 

11.30 am: Setelah hampir 20 minit melanguk di kelas, "Baliklah jom korang, madam x masuk ni..." =.='

5.00 pm: Ni yang paling menyakitkan hati.. Aku ambik keputusan untuk Solat dulu kat bilik sebelum pegi kelas. Solat kan masuk lambat, mesti semua pun datang lambat ni.. Sesampainya aku dan 3 orang rakanku di kelas, salah seorang bukak pintu, lepas tu dia tutup balik!! KENAPA?? "Weh.. kelas dah penuh la, aku x nampak seat kosong pon!" Ohnom... (Mesti those yang x dapat add menyibuk masuk kelas ni. Kelas optional macam mana pulak boleh penuh!!) Dipendekkan cerita, kami berpatah balik dan singgah cafe HS untuk membeli juadah untuk dinner. OHNOM! KELAS DAH ADA, TAPI KITORANG TAK DAPAT MASUK!

Alkisah, 2 hari sahaja aku disini, macam2 dah jadi. Mengapakah kelas harus bermula pada hari Rabu dan mendahului uni2 lain seawal 2 minggu? Kami masih mencari jawapannya. Semoga semester ni aku dapat insaf sikit dan lebih menghargai waktu belajarku. Ada ke waktu belajar? Takpe, nanti aku buat. Hahahaha!


KUBIS a.k.a kucing bising!! Buah hati baru.

Saturday, February 4, 2012

Aku dan Puding Karemel

Assalamualaikum.
Jom selawat sekejap. Allahumma sollia'la saidina muhammad..

Semalam tengok resepi dari ainina jelani, PUDING KAREMEL! Nampak gambar dia mengiurkan dan bahan nak buat pun bukan main sikit. Jadi, aku yang memang malas masak ni pun terajin masuk dapur petang tadi. 

Ok, buruk.. 'tak boleh bawa majlis' ikut bahasa mak aku. Tapi still sedap!


TARAA... Sedap taw. menjadi.. tapi.. tapi.. aku punya karemel menjadi kolam 'berayo madu' (bahasa abah gua). Jadi kolam air gula pulak.. haha! Tapi sedap jugak makan taw. Bhahaha.

Resepi Puding Karemel:

Bahan-bahan yang diperlukan :
(Boleh kurangkan bahan separuh untuk loyang kecik mcam kat atas)
TELUR 7 biji
SUSU PEKAT satu tin
ESEN VANILLA
GULA 3 sudu
AIR satu tin

1. Pecahkan telur kemudian pukul telur hingga rata
2. Tuang satu tin susu pekat
3. Kemudian , tuangkan satu sudu kecil esen vanilla.
4. Tuangkan pula satu tin air ke dalam adunan tadi.
5. Kemudian , kacau adunan itu hingga sebati.
5. Letakkan tiga sudu gula ke dalam loyang yang lain , kemudian cairkan gula tersebut di atas api untuk dijadikan karemel.
6. Bila gula dah berwarna keemasan (karemel), tuangkan adunan tadi ke atas gula yang cair tadi.
7. Kemudian , kukus lah selama satu jam. Selamat mencuba!


Selamat hari lahir abah yang ke-60!! 



Monday, January 16, 2012

POPEYES FAST FOOD... SEDAP KE ??

Assalamualaikum..

Alhamdulillah sem ke-5 aku dah settle! Tau tak macam mana perasaan orang dah habis exam? YEEHUUU!! LEGA GILA KOTT!!
Daripada 6 papers, 3 aku puas hati, 3 aku KURENG sikit. OK la tu kan, balance.. Wakakaka!
Habis exam je aku lepak chill dengan member sekolah aku dicintai, Athia, Farah, Elly.. sayang korang sangat! XD Ingat nak main skating, tengok member2 BCR pegi macam best je. Tapi diorang x nak, nak buat camana..  =.=''

Al-kisah, aku baru first time nak try Popeyes.. OK fine aku baru nak cuba benda ni (ishk..)



Tapi.. Tapi.. Tapi.. Aku x boleh masuk lah.. Biskut? ke roti keras? ke apa ke? Adoi. Aku x suka benda tu. Ayam dia not bad, tapi mood aku memang bukan nak makan ayam time tu. OK aku da start muak dengan ayam semua. Pizza ngan McD jugak pilihan hatiku.


'Biskut' kat tengah tu.. (Aku tak tau kenapa x boleh nak pusing gamba ni!)
Tapi mashed potato dia not bad.. Tu je yang aku berkenan kat popeye ni. (Sosek2) tau tak bekas sos yang kecik tu dia bagi satu je, x provide pon kat tempat sos tu, kedukut sungguh. Klo mintak lebih dia bagi la kot. tapi?? ...

Akhir kata, entri ini ingin diakhiri dengan pertanyaan, KORANG SUKA POPEYES X? Mungkin ada yang aku x mengerti akan fast food yang satu ni.