Assalamalaikum!
Karangan Tahap Dua:
Tajuk: Beruang Cool dan BCR
Tajuk: Beruang Cool dan BCR
Alkisah, ada seekor anak beruang yang cool bernama Droppu. Dia baru hidup sendirian 3 bulan yang lalu di hutan maya. Anak beruang yang belum biasa dengan tempat baru itu kesesatan di dalam ketebalan hutan maya keseorangan.
Setelah 18 000 km berjalan pagi dan petang tanpa jemu, anak beruang terserempak dengan sebuah rumah comel yang berpapan-tanda BCR bersebelahan dengan rumah sempoi AISHA INANI. "What?? Beruang Cool & Rock?!" Translate beruang cool itu sesuka hati. Semerta itu beruang yang cool tertarik untuk pergi lebih dekat untuk melihat isi rumahnya. Lantas beruang cool tersebut tertarik dengan maskot2 bawang yang ganas2, maskot2 anak itik Tok Wi pulang petang, dan tak lupa juga maskot monyet2 comel yang bebas berkejaran ke sana ke mari.
Kerana merasakan BCR merupakan tempat yang agak menarik, cool, dan dapat menambah keperluan kenalan hutan maya, beruang yg cool cuba mengisi borang keahlian yg terdapat di meja pendaftaran. Walaupun borang itu perlu diisi lebih dari 8 juta kali kerana hal2 yang tidak dapat dielakkan seperti tertumpah Coffee Ice Blended, terendam dalam Nescafe panas, tercelup dalam cawan kopi kerana konpius dengan kepingan2 biskut, dan lain-lain hal di luar jangkaan, si beruang tetap cekal dan tabah menempuh segala onak dan ranjau yg mendatang demi BCR.
Akhirnya, si beruang comel yang cool ini berjaya memasuki ruang legar kediaman BCR yang ME-RI-AH. Pelbagai pengalaman suka duka sepanjang dia menceburkan diri di dalam kancah persilatan usik-mengusik, perli-memerli, smackdown-mensmackdown, dan lain-lain.
Walau bagaimanapun, si beruang tetap berbahagia membuat keputusan menjejakkan kaki di halaman BCR. Walaupun pelbagai rintangan dan dugaan ditempuhi, Ia tetap tidak dapat dibandingkan dengan kebahagiaan yang dirasai si beruang. Si beruang bersyukur dikurniakan dunia baru dengan kawan2 yang baru. Punya pelbagai kerenah dan ragam. "Suke suke suke!" monolog lagi. Ehem.
In the end, they are happily ever after~
Semoga dapat bersahabat hingga ke Jannah~
-THE END-
P/S1: Sorilah korang! Terbuat cerita merapu. Otak pun tengah tak berapa betul ni. HOHO! Tapi dapat kan mesej.. XD Red, kalau rasa x mengikuti garis panduan peraturan, nyahkan saja aku dari list peserta ok. No hal. HOHO!
P/S2: Kawan2 blogger yang belum kenal BCR, jom lah kenal2.. Pasti hidup anda lebih ohsem dari sebelumnya! XD
P/S3: Tagged2..
