Thursday, December 8, 2011

DIAM

Assalamualaikum..
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen,
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur,
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat,
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes,
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan,
tapi

Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya,
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya,
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya,
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya,
kerana

DIAM kita mungkin disalah tafsir,
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka,
DIAM kita mungkin disilap diterjemah,
DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud,
justeru itu

jika kita merasakan DIAM itu terbaik, seharusnya kita DIAM,
namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak,
berkatalah sehingga mereka DIAM.
Source: http://www.facebook.com/pages/Jom-Tutup-Aurat-dan-jaga-akhlak/113886428661298

Wednesday, December 7, 2011

AKU MAHU LEBIH DEKAT

Bismillahirrahmanirrahim..
Hari berlalu, masa berlalu, saat berlalu, detik berlalu..
Adakah aku masih di situ?
Di landasan yang sama?
Pada level yang serupa?
Aku tidak mahu..
Aku mahu lebih dekat..

Aku mahu lebih dekat dengan Nya..
Bagaimana?
Hanya dengan duduk di kerusi, menarikan jari di keyboad, mampukah aku bergerak?
Jawapannya tentulah tidak.
Aku perlu buat sesuatu,
Sesuatu yang tidak henti..
Cakap orang tak usah peduli..
Jadikan dewan besar berkarpet gebu itu rumah ibadatmu..
Hanya aku dan Dia.. Aku tahu  kami ketemu.. Disitu..

Moga aku dapat berubah kepada yang lebih baik. 
Lebih baik bagaimana?
Lebih baik disisi Tuhanku.. Insya Allah..
Manusia bagaimana?
Biarkan.. Jangan menyakiti mereka.. 
Itu sudah cukup..

Semuanya bakal terjadi dengan izin Nya... Insya Allah..
Tetapi bukan hanya berteleku sambil menarikan jari di keyboard semata.
Wallahualam.


Friday, December 2, 2011

"LESS-LEADS-TO-MORE" EFFECT

Assalamualaikum..

Dalam kelas Social Psych lepas, aku dapat new idea! "LESS-LEADS-TO-MORE"! 

Apa tu? 
Istilah ni sebenarnya berkenaan dengan cara kita nak pengaruhi seseorang, macam dalam kehidupan seharian kita, ramai antara kita suka kan nak pertahankan idea atau buah fikiran kita, juga kata2 kita..

Jadi, "LESS-LEADS-TO-MORE" EFFECT ni, general idea sebenarnya, 'the persuader do not give much info because people would tend to believe that they themselves change their own opinion or etc, BUKAN SEBAB ORANG LAIN.. 
Ada sikit istilah EGO juga dalam theori ni kalau kita perati kan..

Jadi, kita x payah nak cakap banyak sangat kalau nak orang dengar atau ambik perhatian kat opinion kita, atau pengaruhi mereka secara SENYAP!

Heh.. Aku ni jenis suka cakap banyak kali kalau nak orang dengar cakap aku, kadang2 aku x perasan pun,  (Hmm.. annoying ok..) tapi terlepas macam tu je lah..

Lepas belajar theori ni kat kelas baru aku taw sebenarnya "DIAM ITU SENJATA" juga. Tapi bukan totally senyap lah kan. Kalau macam tu, macam mana mesej nak sampai.

Apa yang aku paham dalam theori ni jugak, bila kita kurang push seseorang dengan bagi banyak sangat info, sebenarnya kita bagi ruang mereka untuk fikir sendiri rasional disebalik kata2 kita, 
TAPI, kalau kita asyikk dok nak cakap selalu atau tegur diorang non-stop, diorang akan lebih terasa seperti DIPAKSA!

Contohnya, kalau kita nak tegur orang2 terdekat untuk pakai tudung dengan baik misalnya, macam aku, aku selalu duk membebel tak tentu hala dulu.. Tapi resultnya, tak berapa nak berubah sangat.

Dan sekarang aku taw kenapa, "LESS-LEADS-TO-MORE!"
Ok, lepas ni aku nak perli2 je.. "Cantik  sangat ke dada tu yang?" haha!

Ok, korang pon boleh praktikkan.. 
Adios..

Hehe.. Well said. Lepas tu boleh kene pelempang..