Showing posts with label tafakkur. Show all posts
Showing posts with label tafakkur. Show all posts

Thursday, April 19, 2012

Be a Man. Respect Women.

Assalamualaikum..

Heiya! Terasa masa untuk troll dah mari.. Memang x best asyik-asyik perempuan je yang kena.. Ok, Its time for boys diluar sana ya hari ni! Ehem. 

Alkisah, Isnin lepas adalah hari presentation Methods of Dawah aku, dan semua group perlu membentangkan topik perihal Da'wah di UIA ni. Aku salah seorang ahli group yang present research kitorang semalam, tapi group kami tak memilih general topik. Tajuk research kami adalah, 'Reasons of IIUM women students wearing  the Hijab'.

Apa kaitan pulak pemakaian hijab dengan Da'wah ni?? Sebenarnya, kami pilih topik ni, secara tak langsung, kami dapat sampaikan sebab sebenar yang sepatutnya ada dalam hati gadis2 (ke?) UIA ni, iaitu, pemakaian tudung bukan sebab lain dan hanyalah kerana Allah, LILLAHITA'ALA.

So, apakah permasalahannya disini? Aku first presenter dan aku cuba nak terangkan perkara kat atas. Dan salah satu contohnya aku sebutlah, ada gadis2 memilih untuk bertudung sebab nak attract the opposite gender. AND KORANG TAW BUDAK LAKI KELAS TUH TETIBA NAIK GILA PULAK DOK SORAK2.. Memanglah kenyataan aku tu kontroversi, tapi itu adalah kenyataan, dan kita di dalam kelas dude! Hormat sikitlah Dr. Mumtaz kat depan tu, boleh? Aiyooo.. Lelaki memang suka kan bab2 ni.. aku naik rimas.. Ok, itu baru permulaan..

Dah habis present, Q&A session pulak, kitorang dapat soalan yang berbunyi, "Ada perempuan yang pakai Niqab (purdah and such), tapi still diganggu lelaki sebab sebenarnya lelaki lebih curious untuk tahu tentang si gadis tu, dan lelaki suka nak mengusik gadis2 berniqab ni sebab interesting. Pandangan anda?"
Dan sekali lagi kelas tu dah macam dalam reban ayam.. Semua nak mooo mooo... ada jugak sikit2 macam lembu bunyik dia.. Diorang naik gila sekali lagi.. Adoii.. Aku dah cukup sopan kat depan ni pun kena jugak.. Ikutkan hati nak baling kerusi.. Tapi aku kan perempuan melayu terakhir.. Uhuk.
Aku ada jawapan dan pandangan aku dalam hal ni, tapi melihatkan perangai diorang ni dah menjadi2 pulak., aku diamkan jelah buat masa ni. Biar group-mate aku yang tolong explain.

Permasalahannya disini adalah.. Kenapa kamu2 kebanyakan lelaki ni suka sangat bab2 macam ni eh? Aku memang naik menyampah setiap kali mata diorang ni tengok org macam nak makan. Takda sopan santun langsungkan, nak pandang perempuan macam tu? Dan golongan2 macam ni, yang suka mengusik, mengacau perempuan, bagi aku x hormat perempuan langsung. Dah malas aku nak suruh korang bayangkan adik, mak, kakak korang pulak, dah ramai kan buat hujah guna point tu?

Memang seronok kan kacau perempuan macam tu? Memang lah korang seronok, tapi kitorang rimas. Ramai nak cakap perempuan kena sopan santun, jaga aurat, jaga itu, jaga ini, tapi korang lupa kan korang pun mesti perlu beradab  dalam pergaulan, dalam gurau senda, dalam semua perkara. 

Dalam kes ni mana boleh sebelah pihak je kena berusaha.. Dua-dua pihak ada tanggungjawab masing2 kan? So silalah laksanakan tanggungjawab anda itu sebaiknya okeh. So permasalahan perempuan dah jaga semua, tapi masih kena kacau, bukan kerana sebelah pihak je. Perempuan tu dah laksanakan tanggungjawab dia, dan masa lelaki pulak lah jaga adab dan perlakuan semua. Settle! Benda simple je, tapi di ambil acuh tak acuh oleh segelintir pihak. 



Iya. Aku mengaku kalau korang nak balas yang perempuan pun ada yang macam suka je kena kacau, tergedik sini, tergedik sana. Maafkan aku kalau aku pernah nak tergedik ke hape. Tapi mungkin segelintir je. Korang kawal lah cara korang, mungkin kami pun dapat kawal cara kami bergaul juga. Hormat antara satu sama lain lah namanya tu kan? 

Nasihat aku, bertanggungjawablah. Jangan berperlakuan seperti kebudak-budakkan okai.. Aku sayang je korang.. Dan aku taw korang pun sayang wanita2 juga.. Tapi cara korang luahkan perasaan sayang tu yang agak kurang tepat caranya. okai?

Dan berbalik kepada kelas aku tadi. Nak tahu Dr. Mumtaz kesayangan aku tu buat penutup macam mana? (Dia international lecturer lelaki, bukan perempuan!). Tiba-tiba sebagai penutup, Dr. Mumtaz cakap pasal ada sebuah research berkenaan siapa lebih intelligent, lelaki atau perempuan? Dan nak tau result reserch tu? PEREMPUAN! Tepuk2!! Ni bukan auta taw, ni fakta research ni. Wakakap! Dan sebab-sebab kenapa lelaki kurang bijak dari perempuan? Sebab lelaki lebih tidak serius, dan lebih suka bergurau senda. Hanya itu yang dinyatakan. Tak sebut pulak result sebenar..

Dan kesannya? Semua pelajar lelaki (international + malay) yang ada dalam kelas tadi menelan air liur. Tersenyap sekejap. Mungkin selepas group-mate aku tadi terteriak sikit, "This is serious matter ok. So take it serious please!" Well guys! Kita hormat sesama kita, okai! :)

Friday, April 13, 2012

Video to Ponder: Hanya Itu Peninggalanmu?


Assalamualaikum..
 
 
 
Dalam kehidupan harian, kita takkan pernah berhenti berjalan.. Masa tak pernah berhenti menunggu kita, tapi apa yang kita lakukan? Amat rugi bagi seseorang yg mensia-siakan hari-hari mereka berlalu dengan aktiviti2 sama tanpa merasakan kepuasan. Keadaannya sama macam duduk termenung menunggu kematian. 
 
Aku selalu terfikir, apa yang dapat aku lakukan untuk tinggalkan kesan di bumi Allah ini. Aku taknak tinggalkan bumi ini  dengan namaku  tidak dicatat di mana2 naskhah bumi ini. Aku harus tinggalkan sesuatu. 
 
Sesuatu untuk anak-anak ku..
Sesuatu untuk cucu cicit ku..
Sesuatu untuk keluargaku.. 
Sesuatu untuk masa depan agama ku.. 

Aku tak mahu pergiku hanya berlalu bagai angin lalu, menghembus ke arah yang tak tentu, tanpa meninggalkan jejak dan bau, hilang lenyap selaras waktu... Aku ingin lakukan sesuatu, sesuatu yang mungkin tiada yang sedari, tapi aku tahu, Dia sentiasa tahu akan itu..




Thursday, April 12, 2012

Sedikit Berubah

Assalamualaikum..

Esok ada paper.. tapi kepala dah agak senget ni dengan presentation yang lepas, dengan guruh menyambar, dengan hujan yang lebat, dengan berita tsunami sana sini... =.='' 
Jadi mari happy kan diri dengan mengupdate new entri!! Tepuk!!




Alhamdulillah hari ni, 11 April 2012, aku dah berjaya melangkah selangkah lagi ke angkasa. WOHO! Taknak kalah melangkah ke angkasa tuh. Bahagianya aku rasa. Dah lama nak jadi macam mereka2 yang comel2 tu.. Alhamdulillah hari ni aku comel!! Tak perlu lah aku bagitahu apa yang aku buat, tapi cukuplah aku nak berkongsi rasa aku, gembiranya aku bila makin dekat denganNya! Moga2 dianugerahkan juga peneman yang sama2 punya misi untuk cuba berubah lebih selangkah dari semalamnya. :)

Aku berharap sangat aku dapat konsisten, sentiasa dilimpahkan rahmat dan hidayahNya untuk terus cuba berubah sedikit demi sedikit. Aku bukan siapa2, aku memang tak berdaya tanpa hidayah dari yang Maha Esa.

Kawan2, aku nak berkongsi disini, seronok taw kalau kita cuba untuk berbuat kebaikan, walau sekecil anai-anai pun jadilah, yang penting berkembang dari hari ke hari.. Bermula dengan hanya mengutip sampah seketul di tengah jalan, tolong amoi tua melintas jalan, tolong semut dalam sinki yang hampir kelemasan, hinggalah perkara yang besar2.. Macam selalu gerakkan kaki ke masjid, amalkan Maathurat pagi-petang, involve dalam aktiviti2 volunteer, bertudung sedikit labuh dari biasa, mula menyimpan sedikit kumis dan janggut mengikut Sunnah, dan macam2 lagi perkara yang boleh kita apply dalam kehidupan seharian.

Mulakan dengan perkara yang kecil sahaja, yang penting, kita ada contribute sesuatu untuk diri sendiri dan orang lain. InshaAllah.. kita akan rasa kepuasannya! 

Cubalah hari ni ye kawan2! :) 

Kawan aku pernah kata; seseorang berkata padanya, 

"Kalau terasa seperti mendapat hidayah tentang sesuatu perubahan untuk kebaikan, baik cepat2 berubah, sebab takut Allah cuma berikan waktu yang singkat, dan takut2 hidayah itu akan ditarik balik kerana bertangguh."


Do the difference today! Its never too late! :)

Sunday, March 18, 2012

Doa Akhir Maathurat: Jangan Engkau Biarkan Nasib Kami Ditentukan Oleh Diri Kami Sendiri


Bismillahirrahmanirrahim...




"Ya Allah, kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu. Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyu', ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap, Ya Allah, kurniakanlah kami, Din, cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari dari segala mala petaka. 
Kami mohon Ya Allah, kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain. Berikanlah kami Ya Allah iman yang sebenarnya hingga kami tidak lagi gentar atau mengharapkan orang lain selain dari Engkau sendiri, atau menyembah selain dari Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmat-Mu kepada kami, keluarga kami, anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami. 
Jangan Ya Allah, Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri; walaupun sekadar sekelip mata atau sekadar masa yang lebih pendek daripada itu. 
Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan, minta perkenankanlah. "


Indah nya sebuah doa yang tidak dapat digambarkan. Sebuah doa yang dapat menyedarkan kita daripada alpa kita akan dunia, yang kadang2 dapat menghilangkan rasa rindu kita pada yang Maha Esa.



Monday, March 5, 2012

Aku Baru Kenal Maathurat..


Assalamualaikum.

Maathurat pertama aku

MAATHURAT. Satu nama yang asing bagi aku sebelum aku menjejakkan kaki aku di menara gading ni. Kenapa?

Kerana sejak dari Sekolah Rendah Kebangsaan, Sekolah Rendah Agama, membawa ke Sekolah Menengah (Aku sekolah biasa sahaja, bukan berlatarbelakangkan sekolah agama.. =.=’) yang bersilih ganti dari masa ke masa itu, hanya Surah Yasiin yang menjadi ‘kebiasaan’ atau ‘kelaziman’ pada setiap hari jumaat dan di majlis doa-doa selamat. Tiada pun kedengaran perkataan ‘Maathurat’ di sepanjang tempoh persekolahanku. Rugi sungguh! Rugi! Padahal, Maathurat bagi aku merupakan sebuku doa yang sangat kuat makna disebaliknya. Mungkin aku yang silap kerana tak peka. Entahlah.

Disinilah silapnya bila institusi masyarakat hanya memandang Surah Yaasin hanya baik dibaca pada hari Jumaat sahaja, padahal lebih afdhal membaca Surah Al- Kahfi pada hari Jumaat dan amalkan membaca Surah Yaasin pada setiap hari. Wallahualam.

Bermula kemasukan aku ke CFS IIUM Julai 2007, aku mula kenal apa itu Maathurat. Bermula apabila aku dan semua pelajar dibekalkan dengan sebuah buku hijau cantik tertera nama Al- Maathurat semasa sesi Taaruf (orientasi) kami. Dan sekarang, buku ni still jadi one of my feveret books, without fail. Aku bersyukur berpeluang menjejakkan kaki aku di sebuah universiti yang mempunyai suasana pembelajaran yang dapat mengawal serba sedikit lincahku di pentas dunia liar ini. Alhamdulillah.



Dan aku lebih kenal akan buku doa yg ohsem ni bila di semester kedua di Main Campus, Gombak. Dalam Study Circle 2, instructor aku menentukan hafazan maathurat sebagai assessment aku, selain semua surah2 lazim. Mula2 kecut, tapi sekarang aku tahu assessment ni bukan sekadar projek untuk menentukan aku lulus, tapi sangat berguna untuk masa depan aku yang mungkin akan menjadi lebih ohsem dari sebelumnya! 

Maathurat merupakan sebuku doa indah yang jika ditadabbur maknanya dapat mencapai kedamaian serta merta. Aku cuba untuk istiqamah mengamalkan Maathurat ini. Hanya 9 minit diperlukan untuk setiap bacaan. Alhamdulillah kadang-kadang berhasil, tapi kadang-kadang, kesuntukan masa dan penyakit M datang menyerang. :)

Maathurat baik dibaca 2 kali dalam sehari, diamalkan setiap hari selepas solat Subuh dan selepas solat Asar. Dikatakan khasiat membaca Maathurat selepas Subuh ialah Allah akan memelihara kita dari Subuh hingga Asar, sama juga jika kita membaca Maathurat selepas Asar, Allah akan menjaga kita dari Asar sehingga menjelang Subuh keesokan harinya.

Aku betul2 dapat rasakan hari-hari aku yang berbeza bila aku membaca nya dan sebaliknya. Tak tahulah apa yg berbeza, tapi aku dapat merasakannya. Betul! Tak tipu! Korang cubalah amalkan eh.. Mulakan dengan baca sekali sekala dulu, lama2 konsistenkanlah.. InshaAllah anda akan rasa perubahannya.


Kelebihan membaca dan mengamalkan Maathurat : (Maklumat dari alam maya)

1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang. Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.


Buku lama.. Koyak dah.. Adess!



" Sesiapa yang suka Allah SWT mengabulkan doanya ketika dalam kesusahan maka hendaklah ia memperbanyakkan doa ketika berada dalam kesenangan. " 
(Al Tarmizi dari Abu Hurairah)

Saturday, February 25, 2012

Aku Seperti Lalang Mat Lutfi Itu (Review Vlog Mat Luthfi: 'Lalang')


Assalamualaikum..

Dari dulu lagi aku nak cerita pasal latest vlog dari Mat Lutfi ni, 'Lalang'. Tapi masa, keadaan, mood dan persekitaran tidak membenarkan. Walaupun memang dah outdated, aku nak review jugak sebab vlog ni sangat2 reflect diri aku. Yang belum tengok, jom kita tengok sama2 ambil makan KitKat Chunky.. Krup2~






Seriously speaking aku tak sebelah mana-mana pihak kanan atau kiri ok. Korang perasan tak 'mereka' sekarang asyik dok carik gaduh dengan budak2 uni? Kenapa? Biar aku tolong jawab. Sebab pemikiran budak2 uni atau lebih tepat remaja sekarang, lebih cepat tangkap keadaan sebenar dunia sekeliling dari orang2 lain di luar sana. Mungkin. Bukan boleh cakap 100% betul pun. Nanti ada je yang datang buat bangkangan sebelah pihak. Pfftt.. Yang aku nampak, sekarang budak2 uni dah semakin berani meluahkan pendapat diorang. Tak macam dulu, semua buat underground sebab kalau cakap sikit, alamat tido lokap lah kan. FOR SURE. 

Diulangi disini, aku bukan sebelah pihak A yang suka salahkan puak B, dan bukan juga pihak B yang pandang puak lagi satu macam kafir dah. Dan ditegaskan kat sini, aku tak pernah join mana2 perhimpunan halal atau haram. Aku sekarang ni dok perati je perangai memasing yang salahkan orang sana, cakap buruk orang tu, fitnah org sana, keji orang sini. PENAT! Penat sungguh tengok korang bercakar sekian lama. Kadang2 aku betul2 konfius mana satu betul, mana satu salah, mana satu blablabla.

Konklusinya? Tolong tgk video lalang minit 06:35.  Jangan bertekak tak habis dari subuh membawak ke subuh esoknya, tapi berusahalah untuk bersatu menyelesaikan masalah. Go for action! Bukan hanya cakap2 kosong yang tak ada inti.

Isu kedua adalah PENGIKUT. Golongan ni yang aku paling menyampah sekali. Tolong jangan nak bias sangat boleh? Bila satu-satu isu berbangkit, contohnya pasal kes liwat blablabla, Korang ada ke dekat tempat kejadian? Korang bercakap sendiri ke dengan si pelaku? Sudah semestinya jawapan korang NO. Then? Jangan mudah percaya dan ikut2 orang boleh? Lagi kes lain, contohnya rasuah blablabla, korang ke yang terima rasuah? Saksi? Bukti? TV kata ada bukti? Korang ada pergi tengok sendiri? Stesen TV mana pulak yang korang tengok? Surat khabar mana yang korang baca? Sangat memberi kesan jenis surat khabar dan TV yang anda tonton, tahu? Ok sekarang dah tahu kot.. Kadang2 ketua puak dah bagus dan baik, tapi telatah pengikut2 diorang buat aku nak muntah.

Oleh sebab itu aku lebih suka menjadi pemerhati. Tengok kedua2 belah pihak, jangan hanya buka sebelah telinga dan tutup sebelah lagi. Bukan ke tuhan dah kurniakan kita sepasang telinga yang indah? Perhati dua-dua, dan cuba untuk tak bias.

Ehem. Dan ada suara2 kumbang yang sumbang kata orang yang duduk tepi dan tak sokong mana2 puak adalah pfftt?? Aku malas nak balas. Bukan aku tak pergi mengundi langsung. Aku ambik je kata2 Mat Lutfi, 

"Kami sengaja kosongkan jiwa kami,
pasal otak kami dah penuh dengan bullpftt politik yang hangpa dok main ni!"


Lalang itu ciptaan tuhan. Ciptaan tuhan mmg semulajadi indah! :) *Broga Hill June 2011





Tuesday, January 31, 2012

JANGAN BENCI SI PELAKU MUNKAR, KASIHANILAH MEREKA


Miss Nani    :  Kau tau tak, si Z, pelajar terbaik SPM yang belajar kat Lombok tu, dia blablablabla...
Miss Nona : Yeke!! (sambil buat muka jelik). Aku dah agak dah dia ni blablabla.. kejutan elektrik.. blablabla.. tak pandai jaga blablabla.. x sayang mak blablabla.. memalukan blablabla..  
.
.
.
.
.

Berakhirlah dialog antara mereka selepas 40 jam chatting selepas sibuk menghina, mencemuh, dan mencaci si Z, yang antara sedar atau tak, termasuk dalam kategori mengumpat, mengata, dan berkata buruk tentang orang lain.

Betul ke begitu? Mulia ke kita berbanding si pelaku? Siapa tahu kita akan dapat bertahan dari hasutan syaitan sampai bila. Allah sahaja tahu sekuat mana iman kita. Dengan sekali lafaz sahaja Allah mampu mengubah semua yang berlaku pada si pelaku buruk itu pada kita.

Di TV Al-Hijrah hari tu, dialog yang dituturkan, "Janganlah kita benci kepada si pelaku munkar, tetapi bencilah kepada perbuatan munkar itu sendiri. Malah, si pelaku harus kita pandang dengan penuh rasa kasihan. "

Pengajaran yang aku dapat, 

1) Jangan mudah memandang orang dengan pandangan yang cukup sinis bagaikan kita malaikat yang dapat bertahan daripada membuat perkara yang sama, 

2) Elakkan diri kita dari membuat perkara munkar yang sama, dengan benci kepada perlakuan itu,

3) Kita boleh membantu si pelaku munkar untuk sedar dan sekaligus cuba untuk menegur mereka tentang perlakuan mereka semampu yang boleh.

 
Aku juga insan kerdil. (kerdil gila kot!) Banyak lagi yang perlu aku belajar.
Moga kita dapat sama-sama belajar supaya tak terjatuh ke perangkap dunia yang samar.





Saturday, December 24, 2011

TUNDUK PANDANGAN? APA TU? PERLU KE?



Ciri-ciri khas seorang mukmin adalah mereka mampu menjaga pandangan mereka. Seseorang lelaki tidak sewenang – wenangnya memandang seorang wanita, dan begitu juga sebaliknya. Mereka juga tidak mudah memanjakan mata mereka dengan melihat aurat orang lain yang diharamkan.

Pandanglah perkara-perkara di depan kita sekadar yang perlu sahaja. Dalam perjalanan apabila terserempak pemuda tampan tersenyum menawan atau gadis cantik melirik manja, bersegeralah memalingkan pandangan kita. Ingatlah, pandangan pertama adalah dibolehkan untuk kita tetapi pandangan selanjutnya tidak boleh untuk diteruskan.

Mungkin perkara ini sangat sukar dilakukan. Menundukkan pandangan ditengah kehidupan masyarakat yang semakin bebas bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Tetapi sebenarnya kita harus ingat, sesuatu kesusahan itu dicipta oleh Allah untuk ditakluk oleh keimanan kita. Apabila berusaha untuk menawannya, ia akan melatih jiwa kita untuk lebih kuat untuk menghadapi segalanya, malah lebih bersedia dan mampu menahan beratnya ujian pada masa akan datang. Insyaallah, kita semua mampu melakukannya.

Daripada mata, jatuh ke hati. Didalam hati, terkumpulnya nafsu.

Peliharalah mata, kerana dari matalah bermulanya segala dosa. Bertahanlah disaat godaan itu menarik perhatian mata kita. Kuncilah keinginan itu agar tidak menjadi samakin liar dan sukar dikawal. Menahan pandangan adalah lebih ringan daripada menahan siksaan yang disebabkan olehnya.

Andai kita membiarkan mata kita memandang seenak hawa nafsu, pasti kita akan mula berangan – angan dan hati kita tidak akan lepas dari bayang-bayangnya. Senyumannya yang manis, lirik mata yang manja, raut wajah yang jelita, tubuh yang mantap dan sebagainya pasti menghambat perasaan kita disetiap detik kehidupan kita selepas itu. Keinginan untuk memilikinya akan membuatkan jiwa kita tersiksa andai tidak dapat dicapai. Pernah rasa tak? siapa yang pernah merasainya pasti akan mengakuinya.

Janganlah kita kerasakan pandangan mata adalah sesuatu yang remeh. Pandangan pertama boleh membuatkan sukar hati kita untuk menghalang rasa ingin melihatnya sekali lagi. Pandangan yang menawan kita, pasti akan menggoda mata kita untuk berpaling memandang sekali lagi.

Dan apabila kita menurutinya, ia akan memujuk hati kita untuk memandang lagi dan lagi. Sehingga kita menjadi tidak berdaya untuk menolaknya. Semuanya bermula daripada satu pandangan, dan berakhir dengan desakan ingin melihatnya lagi dan lagi.

Jagalah mata dan pandangan. Kerana mata adalah sesuatu yang suci. Dengan mata juga kita berharap akan nikmat yang paling besar diakhirat kelak, iaitu menatap wajah Allah SWT!


‘ Sesiapa yang takut akan kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari menuruti hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempatnya.’ - ayat 40 dan 41 surah al-Naa’ziaat








Wednesday, December 14, 2011

TAZKIRAH KE CERAMAH POLITIK?

Assalamualaikum..


Tersebutlah al kisah aku bangun susah-payah pukul 5 pagi siap-siap nak ikut mak ayah aku pergi jemaah subuh kat masjid. (sebab jarang nak bangun pagi sekarang =.= )
Terus kepada cerita, lepas solat of course ada tazkirah. Tapi sayang seribu juta ratus puluh kali sayang..
Tazkirah yang aku harapkan telah membuatkan dosa aku bertambah sikit (kot?) kerana merungut di dalam hati sepanjang tempoh tazkirah tu.

Mahunya tak sedih, aku bangun pagi2, nak kena dengar 'ceramah double meaning' pulak. 
Menyampah. Sungguh menyampah. 

Aku mahu nyatakan disini bahawasanya aku BERDIRI DI ATAS PAGAR YE.. tak condong kanan mahupun kiri.. 

Tapi aku  naik menyampah kalau masa yang baik, keadaan yang baik, telah di jadikan 'kesempatan' untuk diorang ni bukak ceramah yang agak menyimpang. 
Untuk yang sudah baligh dan punya akal, pasi tahu tujuan sebenar tazkirah sedemikian.
Tahulah pilihanraya dah nak dekat. ADA AKU KISAH?

Sangat2 berbeza bila aku tadah telinga aku dengar tazkirah lepas maghrib kat masjid UIAM baru-baru ni. 

Serius aku cakap, jiwa aku tersentuh, air mata pun sempat jugak terjatuh sebab aku nampak fokus perbincangannya ialah berkenaan dengan akidah. 

Dan of course lah disampaikan oleh ustaz atau sheikh yang bukan melayu dan tidak terkesan dengan mana2 parti politik. Ini aku sangat pasti. 

Penyampaiannya sederhana, tidak perlu terpekik terlolong meninggikan suara, juga punya kekreatifan dalam menyampaikan cerita2 sirah yang sumpah! bagi aku x bosan langsung.

Tolonglah ustaz2 melayu kita, gunalah peluang ini untuk kembalikan masyarakat kita kepada akidah yang sebenar, bukan sekadar mempergunakan telinga kami untuk di jadikan tempat kamu memekikkan rasa x puas hati kamu kepada parti seberang. 
TOLONGLAH!

P/S1: Of course ramai ustaz2 melayu yang bagus, bukan semua.
P/S2: Bukankah indah pemantapan akidah yang disentuh, bukan perihal parti politik mana yang salah?
P/S3: Aku x kata politik dalam Islam tidak ada. Rasul sendiri involve politik what.. Tapi sangat perlu kena pada masa dan tempatnya.




Friday, December 9, 2011

COUPLE? RILEK LUU!!

" I'm single not because I don't pray for love, but I'm single because I don't play around with love... "

Do not afraid to be single, to stay single... until when the right time came...

When ?

After

1. Istikarah
2. Bless from both parent
3. Physically & financial fit for the huge commitment

So now ?

>> Relek lu !!! hehe... <<

Jujur lh ngn hati, jangan nk ikut2 orang lain...

= )
Source: akuislam

Thursday, December 8, 2011

DIAM

Assalamualaikum..
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen,
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur,
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat,
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes,
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan,
tapi

Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya,
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya,
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya,
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya,
kerana

DIAM kita mungkin disalah tafsir,
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka,
DIAM kita mungkin disilap diterjemah,
DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud,
justeru itu

jika kita merasakan DIAM itu terbaik, seharusnya kita DIAM,
namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak,
berkatalah sehingga mereka DIAM.
Source: http://www.facebook.com/pages/Jom-Tutup-Aurat-dan-jaga-akhlak/113886428661298

Wednesday, December 7, 2011

AKU MAHU LEBIH DEKAT

Bismillahirrahmanirrahim..
Hari berlalu, masa berlalu, saat berlalu, detik berlalu..
Adakah aku masih di situ?
Di landasan yang sama?
Pada level yang serupa?
Aku tidak mahu..
Aku mahu lebih dekat..

Aku mahu lebih dekat dengan Nya..
Bagaimana?
Hanya dengan duduk di kerusi, menarikan jari di keyboad, mampukah aku bergerak?
Jawapannya tentulah tidak.
Aku perlu buat sesuatu,
Sesuatu yang tidak henti..
Cakap orang tak usah peduli..
Jadikan dewan besar berkarpet gebu itu rumah ibadatmu..
Hanya aku dan Dia.. Aku tahu  kami ketemu.. Disitu..

Moga aku dapat berubah kepada yang lebih baik. 
Lebih baik bagaimana?
Lebih baik disisi Tuhanku.. Insya Allah..
Manusia bagaimana?
Biarkan.. Jangan menyakiti mereka.. 
Itu sudah cukup..

Semuanya bakal terjadi dengan izin Nya... Insya Allah..
Tetapi bukan hanya berteleku sambil menarikan jari di keyboard semata.
Wallahualam.


Sunday, November 27, 2011

DRAMA2 'ISLAMIK ' MELAYU... 'ISLAMIK' KE?

Assalamualaikum..
Salam Maal Hijrah! Baca doa akhir dengan awal tahun tak tadi? Ngeh ~

Berbalik kepada tajuk.. Sejak dua menjak ni macam2 drama keluar, yg paling banyak of course la drama hantu yang melambak kan.. Uih.. media memang bawak pengaruh gila kuat kot di mata masyarakat. Diorang sedar tak hakikat tu rasa2 nya? 
Aku tahu at some point diorang sedar, tapi at the other point, balik2 keuntungan yakni duit, wang, harta, kekayaan tu lebih melambai2 (kot?) 

Sejak kebelakangan ni jugak aku respect kat mereka2 yang cuba untuk buat drama2 'Islamik' buat tatapan UMUM.. Umum di sini bagi aku bermaksud kanak2, dewasa, dah baligh, belum baligh, tahu hukum tuhan, x tahu hukum tuhan, jahil, alim, warak, kurang ilmu, org yang sedang mencari sinar, sekadar berhibur dan sebagainya.. (macam2 lagi lah..)

Dan aku sebenarnya tak suka nak guna perkataan 'Islamik', Tak tahulah... Sebab aku rasa ramai yang guna perkataan ni, tapi definisi kita masing2 berbeza2.. Tengok je la tudung atau fesyen 'Islamik' diorang sekarang ni.. Buat aku mengeluh dan dapat dosa kering mengutuk.. Astaghfirullah.. (Aku pun bukan bagus sangat taw). Aku rasa lebih baik guna perkataan macam 'ikut hukum tuhan' atau 'in line with islamic teaching' gitu?

Kawan2.. sanggul unta ni bukan 'islamik' ye.. lagi2 yang extension kat pasar malam tu.. Aku ingat kan, sebab aku takut aku sebagai masyarakat, juga pemakai, penjual, dan pembuat semua kena humban ke kolam neraka je nanti.

But the issue is? Betul ke drama  diorang ni betul2 nak ajar masyarakat UMUM tadi untuk belajar hal ehwal agama yang sepatutnya?
Aku jadi sakit hati tengok cerita2 yang sebenarnya banyak kepada nak memburukkan orang2 yang alim dan kebanyakannya akan di bandingkan dengan gaya hidup mereka2 yang 'normal' di luar sana. 
Normal di sini aku maksudkan mereka2 yang berkehidupan biasa yang mengambil ringan tentang solat dan penutupan aurat (baik lelaki atau perempuan ya!)  
p/s: aku memang suka tengok bola tapi mata saya sakit.. ouuhh.. :'( 
Dan bagi yang tidak tahu, solat dan menutup aurat adalah perkara WAJIB bagi Muslim, bukan PILIHAN ya..

Aduh banyak betul melencong2 tulisan aku ni.. Minta maaf lah ye.. Tu lah akibat banyak sangat perkataan dalam otak teman ni nak dihamborkan keluor (ayat perak bapak gue ni). 

OK, Korang tengok x cerita Oh Haramm cerekarama tv3 hari tu tak silap.. Pergh dah la kat luor tu dah di campur adukkan politik dengan agama, sampai ramai orang dah tak dapat beza antara dua.. Sekali dah sokong dacing biru, Tengok semua ustaz2 kat dunia ni EKSTREME dan TAKSUB semuanya. Pergh. Memang aku panas.  Nama Islam juga yang tercalar. Dan orang2 yang sokong bulan hijau tengok semua mereka2 dalam parti lawan tu macam kafir dah.. Aduss.. ni lagi mrosakkan akal fikiran masyarakat. Dan aku nak salah kan siapa? Ya, salah satu sebabnya aku tuding jari kat media.

Dalam cerita tu, kononnya watak utama yang aku lupa nama, tapi dimainkan oleh Akashah, digambarkan macam sungguh taksub dan 'mengharamkam' kebanyakan perbuatan orang2 kita yang rata2 nya ada betul nya juga.. Tapi aku paling tak suka ending dia, mesej dia yang aku dapat tangkap, 'Jangan terlmpau taksub dalam beragama' kononya.. Perghh panass.. Mungkin persepsi aku silap, bagitahu la ye..
Tapi bagi aku, cerita2 macam ni hanya akan merendahkan status Ustaz2 kat luar sana tu.. Kerja da'wah kearah kebaikan bukan senang woo.. Nak bawak balik mereka2 yang sesat kat luar sana mungkin matlamat diorang rasanya. 

Aku beranggapan ustaz2 ni taknak lah masyarakat sebangsa, seagama jauh tersasat (sasar + sesat) dan jatuh di kolam panas neraka kelak, tapi diorang nak tolong masyarakat kita sama2 main guli dalam taman syurga nan indah. Aduh! aku merepek lagi.

Mereka2 yang kat luar tu akan makin kurang kepercayaan di kalangan ustaz2 dan sudah pasti memberi kesan ke atas matlamat untuk menyebarkan ilmu agama kepada masyarakat. Dan impaknya? ya.. masyarakat ini sendiri yang akan terus jauh tersasat dalam arus kemodenan kini. 

Ada banyak juga cerita2 yang bagus, aku cuma tak berapa setuju dengan cerita2 yang seperti mencari kesalahan org2 alim ini. Memang betul diorang tak terlepas dari buat kesilapan, tapi bukan kah lebih baik menghasilkan cerita yang dapat menginsafkan dan menyebarkan ilmu islam yang sebenarnya kepada masyarakat. Wallahualam.


P/s: Aku tak tahu lah panjang berjela aku merepek kali ni. Ni rasional aku saja.. Beritahu saja kalau aku tersalah info atau tersilap pandang ya. Panjang juga mungkin sebab aku operational define kan satu2 perkataan dah macam buat research pulak. 

Monday, November 21, 2011

ALLAH TAHU BILA MASA YANG TEPAT UNTUK KABULKAN DOA KITA

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum.!!
Sangat excited nak ping new post. Berlari aku balik ke bilik.. 
Why? Alhamdulillah.. Akhirnya aku dapat rasakan usaha kami satu group membuahkan hasil yang baik - K.E.P.U.A.S.A.N.!! 
Just imagine after 3 semesters kena kaw-kaw belasah (ke?) dengan lecturer, akhirnya presentation Social Psyc tadi membuahkan hasil yang sangat masak ranum (perumpamaan orang meroyan. haha!). Dalam hemat aku, our group is the best from all others (kot?). Feedback yang sangat membuatkan aku bahagia. But ofcourse not perfect lah kan.. Nobody's perfect kot..
And after that, next class presentation Ethics pon settle dengan jayanya.. 
I'm a happy person today!! Yeyy!!

Betullah apa yang kita doakan mungkin belum dimakbulkan atas sebab2 tertentu, TAPI PERCAYALAH! Allah knows the best for you. 
Jangan putus asa dari meminta, dan jangan terlalu puas juga dengan apa yang kita ada (peringatan untuk aku juga).


"Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu.
Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu.
Bila Dia tak makbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

Bersangka baiklah pada Allah dalam apa jua keadaan.
Kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya.." (asrar_syamim)


Yeayy!!! I am a happy person today!

Sunday, November 20, 2011

REPOST: TOLONG SAMPAIKAN PADA SI DIA...

Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. Aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia. Tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya. Aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia. Jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…


P/S: Not from me, tapi link dah hilang pulak.. sigghh..


Couple is fun (maybe), but SINGLE is MORE!

OH MY GOD... WHAT AM I DOING...

Assalamualaikum..
Hallemmak.. Minggu ni aku x balik, tapi dah hari Ahad, aku x sempat atau lebih tepat lagi x baca lagi untuk Psychometrics! ( Yang mana niat utama aku x balik for this weekend) OMG OMG...
Slide presentation dah siap belum..? Aigoo.. Wanie.. Wanie..
Ni lah yang orang kata apa yang dirancang x semestinya menjadi, dan tanpa azam yang betul2 kuat, kita boleh tersasar ke jalan yang salah! 

Sama lah juga dengan perjalanan kita menuju Illahi yang Hakiki.. 
Bukan mudah nak Istiqamah., tapi aku punya prinsip, ATLEAST MENCUBA..
Banyak betul aku buat silap dan salah sejak kebelakangan ni.. 
Susah betul nak kawal nafsu dengan baik.. 
Kawal nafsu tu mungkin mudah, tapi KAWAL NAFSU KEARAH KEBAIKAN tu yang payah..

Harap aku dapat berubah.. Mana tahu bila Allah nak tarik nyawa.. 
Moga kawan2 kat luar sana pun berjaya mengawal nafsu2 yang menggila kat luar sana.
Seronok bila kita dapat gather2, jumpa2, di Jannah sana.
Hope to see ya!





Saturday, November 19, 2011

LOVE, SHE IS JUST DONT...

She needs her own time,
DONT DISTURB.
She just dont trust,
DONT ASK.
She just have no 'friend' in the database,
SEDAR DIRI.
She just dont want you,
PLEASE DONT COME.

Wednesday, September 21, 2011

SEDIH KE? GEMBIRA KE AKU? APA AKU NAK?

Kenapa? sakit nya kepala.. x sakit pon.. kenapa? kenapa dengan aku? kenapa dengan kau? apa aku nak ni? kenapa? apa kau pikir ni? aku pikir apa? siapa dalam kepala ni? ada apa dengan kepala ni? kenapa? sedeh ke? entah. sakit? entah. runsing? Macam. pasal apa? entah? ko x tahu hati sendiri? x taw. kenapa? entah. banyaknya soalan kau. aku pon x tahu nak jawab apa dengan semua soalan ni. aku rasa.. aku pikir.. apa aku pikir? apa aku rasa? kepala x center, serabot. takot. gelisah. macam nak nangis (tapi aku taw aku x sedeh), nk gelak kuat2.. nak jerit kuat2.. nak mengamuk! nak panjat bukit! nak pergi sungai! nak main air kat sunway lagoon sambil maen kejar2 ala2 runningman episod 52. DIAMMMMMMM!!!!!!!!!!! jangan buat dialog dalam kepala aku!!! masa aku jumpa budak law kat library tadi ke? mustahil. x suka sangat pon. aku pikir banyak. takot seksa allah. takot ahirat. takot kene soal. aku nak belajar betol2.. takot result x elok. takot x dapat gembirakan mak ayah aku. kenapa aku pikir banyak ni??? teringat siapa bakal suami. boleh ke aku jadi isteri mithali? sempat ke nak belikan mak ayah aku barang banyak2 sampai diorang bahagia sangat2..? sempat ke aku nak bagi duit banyak2 setiap bulan tanpa miss kat mak ayah aku and rasa puas? boleh ke aku nak jadik profesional dalam bidang yang aku betul2 minat? susah ke nak jadi psychologist yang sentiasa ingat punya tuhan satu ya'ni allah? nak jadi psychologist dah ready ke? apa persiapan aku? cukup ke masa aku untuk belajar? banyak habiskan masa aku tengak benda2 lagha je.. tuhan terima ke apa yg aku buat ni? kenapa aku macam ni? kenapa iman x kuat? rapuhnya iman ko.. serapuh kerepek bunga ros cik azizah buat je.. ko ni kenapa? KENAPA X BOLEH LAWAN NAFSU????

Ya Allah.. Kuatkanlah aku menghadapi duniamu yang teramat mencabar dan menguji nafsuku ini.. Kuatkan lah imanku.. Sedarkanlah aku siapa aku.. HANYA HAMBAMU YANG SATU..

Monday, June 27, 2011

SEBAB2 DOA DITOLAK OLEH ALLAH?

1. Percaya kpd Rasulullah .......................TETAPI TIDAK MENGIKUT SUNNAHNYA
2. Tahu membaca Al-Quran ....................TETAPI TIDAK MENGIKUT AJARANNYA
3. Menggunakan nikmat yang Allah beri ...TETAPI TIDAK TAHU BERSYUKUR
4. Percaya adanya syurga ........................TETAPI TIDAK BERUSAHA MENDAPATKANNYA
5. Percaya adanya neraka ....................... TETAPI TIDAK TAKUT AKAN AZABNYA
6. Percaya adanya syaitan sebagai musuh..TETAPI TIDAK MEMERANGI ATAU BERUSAHA MENJAUHINYA
7. Melihat orang mati ...............................TETAPI TIDAK BERSIAP UNTUKNYA
8. Melihat mayat ditanam di kubur ...........TETAPI TIDAK MENGAMBIL IKTIBAR DARIPADANYA
9. Menjauhkan maksiat dari diri sendiri ....TETAPI MENDORONG ORANG LAIN MELAKUKANNYA

-Pendapat ahli Sufi Ibrahim Adham Rahimahullah

Friday, June 10, 2011

Tolong Sampaikan Pada Si Dia

 Assalamualaikum

Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. Aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia. Tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya. Aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia. Jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…