Wednesday, December 14, 2011

TAZKIRAH KE CERAMAH POLITIK?

Assalamualaikum..


Tersebutlah al kisah aku bangun susah-payah pukul 5 pagi siap-siap nak ikut mak ayah aku pergi jemaah subuh kat masjid. (sebab jarang nak bangun pagi sekarang =.= )
Terus kepada cerita, lepas solat of course ada tazkirah. Tapi sayang seribu juta ratus puluh kali sayang..
Tazkirah yang aku harapkan telah membuatkan dosa aku bertambah sikit (kot?) kerana merungut di dalam hati sepanjang tempoh tazkirah tu.

Mahunya tak sedih, aku bangun pagi2, nak kena dengar 'ceramah double meaning' pulak. 
Menyampah. Sungguh menyampah. 

Aku mahu nyatakan disini bahawasanya aku BERDIRI DI ATAS PAGAR YE.. tak condong kanan mahupun kiri.. 

Tapi aku  naik menyampah kalau masa yang baik, keadaan yang baik, telah di jadikan 'kesempatan' untuk diorang ni bukak ceramah yang agak menyimpang. 
Untuk yang sudah baligh dan punya akal, pasi tahu tujuan sebenar tazkirah sedemikian.
Tahulah pilihanraya dah nak dekat. ADA AKU KISAH?

Sangat2 berbeza bila aku tadah telinga aku dengar tazkirah lepas maghrib kat masjid UIAM baru-baru ni. 

Serius aku cakap, jiwa aku tersentuh, air mata pun sempat jugak terjatuh sebab aku nampak fokus perbincangannya ialah berkenaan dengan akidah. 

Dan of course lah disampaikan oleh ustaz atau sheikh yang bukan melayu dan tidak terkesan dengan mana2 parti politik. Ini aku sangat pasti. 

Penyampaiannya sederhana, tidak perlu terpekik terlolong meninggikan suara, juga punya kekreatifan dalam menyampaikan cerita2 sirah yang sumpah! bagi aku x bosan langsung.

Tolonglah ustaz2 melayu kita, gunalah peluang ini untuk kembalikan masyarakat kita kepada akidah yang sebenar, bukan sekadar mempergunakan telinga kami untuk di jadikan tempat kamu memekikkan rasa x puas hati kamu kepada parti seberang. 
TOLONGLAH!

P/S1: Of course ramai ustaz2 melayu yang bagus, bukan semua.
P/S2: Bukankah indah pemantapan akidah yang disentuh, bukan perihal parti politik mana yang salah?
P/S3: Aku x kata politik dalam Islam tidak ada. Rasul sendiri involve politik what.. Tapi sangat perlu kena pada masa dan tempatnya.




3 comments:

  1. itulah masalah orang kita. matlamat membenarkan cara la kononnya..
    semuanya bersulam politik...
    makan pun bole jadi hal politik...
    tidur pun boleh dipolitikkan...
    nak mandi pun kena rujuk politik...
    huhuhu...
    ooo wani....wani....wani...

    ReplyDelete
  2. ooo... chah..chah..chah..
    bila nak maju? ehem.. bukan maju negara ke maju junction..
    bila nak maju akidah orang2 melayu kita?
    aku tengok sebenarnya ramai yang kurang pendedahan agama, yang mana kita x boleh nak salahkan mak ayah mereka, dah jadi tanggungjawab masyarakat juga..

    sigh~ (tengok aku mengeluh lagi)

    ReplyDelete
  3. wow! sedapnya kopi!

    ReplyDelete

Terima kasih tinggalkan komentar.. Moga kita semua sentiasa tergolong dalam golongan orang2 yang soleh lagi solehah..