Showing posts with label allaboutme. Show all posts
Showing posts with label allaboutme. Show all posts

Saturday, February 25, 2012

(Review Updated) Voucher 50 dan 7 Buah Komik


Assalamualaikum!

Hari ni hidup aku penuh warna warni kebahagiaan! Hahaha! (Gelak bahagia) 
Aku berjaya rembat 7 buah komik menggunakan voucher rm50 + RM2 tunai! Jumlah semua, RM52!! 
Gila kentang bahagia x hengat! Memang laju je aku dengar boleh guna voucher kan.. Tolong jangan jeles kalian! Lalalala.. 




Free gift pun meriah jugak, dapat paper bag Gempak Starz, yg aku paling suka Lawak Kampus punya tempat letak buku, dan nota kecik comel lote!
Voucher tinggal 150 untuk beli 2 buku. Yeayyhh!!
 ~ daa.. pergi berjimba dengan komik2 ku..



REVIEW UPDATED 25/2/2012: 

Komik Seram:

1) Warisan Puaka by Halim Bachok
  - Best gila.. Tak rugi baca! Bangga sekejap dengan kartunis Melayu!

2) Jangan Pandang by IMAI Yasue
  - Erkk.. sangat tah pape.. cerita seram import banyak yang merepek2 sangat.

3) Rasukan Siluman by IMAI Yasue
 - Yang ni sinopsis dah best dah pasal bandar yg diserang penyakit malas, tapi cerita tergantung pulak. So, x best. Dan merepek jugak. Sebab penulis yang sama. Im Dead.

(Aku takkan beli komik seram IMAI Yasue lagi!)


Komik Series:

1) Utopia High (Reunion) by Slaium
  - Best gila! Antibiotik kesian.. HAHAHA!

2) Under 18 by Zint
  - Cerita best, sempoi je.. Memang layak lah dia famous kan.. Tapi tah kenapa aku tak berapa puas baca cerita ni. Ehem.. Something wrong somewhere..

Komik Strip:

1) Lawak Pop Gang 1 (Konda-Kondi)  by Nishiki
  - OHSEM! Funny! I like it.. aha.. aha.. (gelek macam Madagascarians) Sosek: "Aku akan kumpul lagi 2 series dia.." Bangga lagi dengan kartunis Malaysia! Selamanya~ Selamanya~ Selamanya Komik Malaysia~ 
Eh, Silap lagu! HAHAHA!

Novel Grafik/ Animasi:

1) Anak Kucing Ketua Pelajar by Kazuko Furumiya
-Best! Yang minat komik novel animasi, dipersilakan baca.



Ehem. Semalam TERbeli lagi 2 komik! Dan kasut sbg theraphy ketenangan! :)






Thursday, February 9, 2012

Semester baru? Seronok ke aku?

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dah masuk sem baru untuk tahun ketigaku disini. APA?? Tahun tiga? Tahun depan je nak grad?? Aku rasa aku masih budak. Bukan ke? EH, betul la, aku masih budak! Ehem. 

Selalu habis belajar orang fikir apa? Kahwin kan? Tapi aku tahu aku belum bersedia lagi untuk itu. (Dah nama masih budak! Harharhar~) Kerja? Ni lagi satu persoalan minda yang tak habis.. Aku tahu rezeki Tuhan sentiasa ada untuk hambaNya, tapi masih ketaq2 lutut kadang-kadang bila terfikir bab kerja. Minta dipermudahkan. Jom amin ramai2.. Aminnn~ So maknanya, aku kena sambung belajar lagi? Bunyik macam best. InshaAllah..

Klik untuk jadual aku yang lebih jelas


Best kan jadual aku sem ni. Tolong angguk.. Memang best! Boleh lepak bilik, takda lah kelas berderet, nanti last class muka dah mcam zomba (uuu~). Dan minggu pertama di Gombak?? Sangat ohsem! Dah la masuk hari rabu. Untuk apa dan demi siapa? Ohno!


Ceritera Minggu Pertama Semester

Rabu

00.00 am: "Check jadual esok lah.." tet tenet tenet.. (bunyi laptop). APA?? kelas arab esok takda venue lagi?? HEAVEN! Boleh berjimba hahahaha..!! (gelak puas hati)

11.30 am: Ingat nak add manual untuk Experimental Psychology, tapi.. 
"Assalamualaikum. Madam, can I register in this class for this semester?" 
Jawapan mengecewakan: "I'm sorry, but this class have a limitation of 20 students only". WHAT??? (aku dapat jerit dalam hati je sambil madam berlalu pergi. Sobs!)

2.00 pm: Bersiap-siap untuk pergi ke kelas dengan semangatnya selepas solat Zohor.. Belum sampai depan pintu kelas pun, kedengaran suara merdu kawan aku, "Weh, ko kelas HR ke? Kelas mula hari Isnin madam cakap." WHAT?? Penat aku menapak panas2 di tengah hari buta ni... =.='

Aku baru dapat add Method's of Da'wah tengah hari, (sebab x dapat nak masuk kelas Experimental Psych!) Nasib baik kawan aku sendiri yang drop Da'wah ni, kalau tak.. Habis aku tak cukup kredit hour, seciput!

Khamis

10.00 am: Dr. Shukran: "Ok, I have a presentation in front of main board blablabla, so, the class is finish here." YEHUUU!!  Untunglaa habis kelas awal, takpe, atleast aku dapat jugak panaskan kerusi sambil pandang muka Sir, bukan macam semalam.. Satu haramm xda kelas! 

11.30 am: Setelah hampir 20 minit melanguk di kelas, "Baliklah jom korang, madam x masuk ni..." =.='

5.00 pm: Ni yang paling menyakitkan hati.. Aku ambik keputusan untuk Solat dulu kat bilik sebelum pegi kelas. Solat kan masuk lambat, mesti semua pun datang lambat ni.. Sesampainya aku dan 3 orang rakanku di kelas, salah seorang bukak pintu, lepas tu dia tutup balik!! KENAPA?? "Weh.. kelas dah penuh la, aku x nampak seat kosong pon!" Ohnom... (Mesti those yang x dapat add menyibuk masuk kelas ni. Kelas optional macam mana pulak boleh penuh!!) Dipendekkan cerita, kami berpatah balik dan singgah cafe HS untuk membeli juadah untuk dinner. OHNOM! KELAS DAH ADA, TAPI KITORANG TAK DAPAT MASUK!

Alkisah, 2 hari sahaja aku disini, macam2 dah jadi. Mengapakah kelas harus bermula pada hari Rabu dan mendahului uni2 lain seawal 2 minggu? Kami masih mencari jawapannya. Semoga semester ni aku dapat insaf sikit dan lebih menghargai waktu belajarku. Ada ke waktu belajar? Takpe, nanti aku buat. Hahahaha!


KUBIS a.k.a kucing bising!! Buah hati baru.

Saturday, February 4, 2012

Aku dan Puding Karemel

Assalamualaikum.
Jom selawat sekejap. Allahumma sollia'la saidina muhammad..

Semalam tengok resepi dari ainina jelani, PUDING KAREMEL! Nampak gambar dia mengiurkan dan bahan nak buat pun bukan main sikit. Jadi, aku yang memang malas masak ni pun terajin masuk dapur petang tadi. 

Ok, buruk.. 'tak boleh bawa majlis' ikut bahasa mak aku. Tapi still sedap!


TARAA... Sedap taw. menjadi.. tapi.. tapi.. aku punya karemel menjadi kolam 'berayo madu' (bahasa abah gua). Jadi kolam air gula pulak.. haha! Tapi sedap jugak makan taw. Bhahaha.

Resepi Puding Karemel:

Bahan-bahan yang diperlukan :
(Boleh kurangkan bahan separuh untuk loyang kecik mcam kat atas)
TELUR 7 biji
SUSU PEKAT satu tin
ESEN VANILLA
GULA 3 sudu
AIR satu tin

1. Pecahkan telur kemudian pukul telur hingga rata
2. Tuang satu tin susu pekat
3. Kemudian , tuangkan satu sudu kecil esen vanilla.
4. Tuangkan pula satu tin air ke dalam adunan tadi.
5. Kemudian , kacau adunan itu hingga sebati.
5. Letakkan tiga sudu gula ke dalam loyang yang lain , kemudian cairkan gula tersebut di atas api untuk dijadikan karemel.
6. Bila gula dah berwarna keemasan (karemel), tuangkan adunan tadi ke atas gula yang cair tadi.
7. Kemudian , kukus lah selama satu jam. Selamat mencuba!


Selamat hari lahir abah yang ke-60!! 



Monday, January 16, 2012

POPEYES FAST FOOD... SEDAP KE ??

Assalamualaikum..

Alhamdulillah sem ke-5 aku dah settle! Tau tak macam mana perasaan orang dah habis exam? YEEHUUU!! LEGA GILA KOTT!!
Daripada 6 papers, 3 aku puas hati, 3 aku KURENG sikit. OK la tu kan, balance.. Wakakaka!
Habis exam je aku lepak chill dengan member sekolah aku dicintai, Athia, Farah, Elly.. sayang korang sangat! XD Ingat nak main skating, tengok member2 BCR pegi macam best je. Tapi diorang x nak, nak buat camana..  =.=''

Al-kisah, aku baru first time nak try Popeyes.. OK fine aku baru nak cuba benda ni (ishk..)



Tapi.. Tapi.. Tapi.. Aku x boleh masuk lah.. Biskut? ke roti keras? ke apa ke? Adoi. Aku x suka benda tu. Ayam dia not bad, tapi mood aku memang bukan nak makan ayam time tu. OK aku da start muak dengan ayam semua. Pizza ngan McD jugak pilihan hatiku.


'Biskut' kat tengah tu.. (Aku tak tau kenapa x boleh nak pusing gamba ni!)
Tapi mashed potato dia not bad.. Tu je yang aku berkenan kat popeye ni. (Sosek2) tau tak bekas sos yang kecik tu dia bagi satu je, x provide pon kat tempat sos tu, kedukut sungguh. Klo mintak lebih dia bagi la kot. tapi?? ...

Akhir kata, entri ini ingin diakhiri dengan pertanyaan, KORANG SUKA POPEYES X? Mungkin ada yang aku x mengerti akan fast food yang satu ni.




Tuesday, December 27, 2011

PENANGAN FINAL EXAM

Assalamualaikum..

Aku dah terasa serabut malam ni.. Selalu memang serabut, jiwa kacau nak dekat2 exam, itu perkara biasa bagi aku.. Cuma semester ni aku dapat rasa aku dapat kawal sikit penyakit 'JIWA KACAU' a.k.a exam fever aku tu, TAPI BUKAN MALAM TADI.

Exam slip pun dah keluar.. Erk tapi carry mark arab x dapat la.. Fuhh.. 'sayang' betul aku dengan ustaz.. 'sayang sangaaat (angkat tangan letak kat dahi) ...


Hari ni + semalam + kelmarin (eh minggu ni lah senang), selera makan aku betul2 zero.. x tahu lah sebabnya. 
Aku sanggup biarkan perut aku bunyik masuk tidur. 
Tapi paling best abah aku concern. Dia perasan dan dia kata aku x selera sebab nak exam ni.. cool je.. x payah pikir sangat.. buat biasa je.. 

Ok, memang simple tapi sangat2 menjentik semangat aku. Cool down balik. 

TQ Abah, sayang2... :)
Doakan aku ye kawan2.. Terima kasih in advance.. :)




Friday, December 23, 2011

EXAM FEVER



Assalamualaikum..
Baru habis my last class for this semester, YEAR 3 SEMESTER 1. (1 and a half year more to go. gulp!)
And now.. EXAM FEVER! yeay~
(yeay???)

Kena khatamkan 4 buku ni dan slide-slide yang berlambak2, plus nota-nota yang bersepah2..



BISIK2: ala.. 4 buku je...?? Oh tidak.. bukan sekadar 4 buku ini ya.. Setelah dicampur dengan nota-nota slide  yang memang bersepah, nota-nota buku yang dibanjiri dengan tulisan tangan aku, dan 2 lagi buku Allughatul Arabiah + Islamic Ethics.

Dan buku2 ni bukan main-main ketebalannya ya..

erk~ eh ada keropok durian!haha.. penghilang tension.

31 DIS     9 a.m    :     Allughatul Arabiah   (Ust. Aiman)
5 JAN      9 a.m    :     Psychometric Principles   (Dr. Shukran Abd. Rahman)
6 JAN     3 p.m     :     Islamic Ethics   (Dr. Osman Chuah bin Abdullah)
9 JAN     9 a.m     :    Abnormal Psychology   (Mdm. Haidzat)
13 JAN   3 p.m     :   Developmental Psychology   (Mdm. Nazariah Shar'ie Janon)
15 JAN   9 a.m     :   Social Psychology (Mdm. Jamilah Hanum)


Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma zakirna min humma nasina wa 'alimna min humma jahilna.
Wahai'yiik lana min amrina rashada.
Ya Allah, permudahkanlah perjalanan aku dan rakan-rakan seperjuanganku.
Hanya kepada Engkau kami sembah, dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.


ALL THE BEST KAWAN2... 
GANBATE NE...

Tuesday, December 20, 2011

BONDA EMAK IBU UMMI

Emak.
Aku panggil dia Emak.
Dapat aku rasa dia sungguh istimewa.
EMAK AKU MEMANG ISTIMEWA!

Emak.
Tak semua perangai dan tingkah laku kita disenanginya.
Memang.
Kebanyakan masa dia suka berleter.
Dia suka menegur.
Tapi itu cara dia, aku tahu dia, aku paham dia.
Kenapa orang lain tak boleh faham?
Aku betul2 tak faham.
Itu Ibuku. Aku tahu gayanya.
Tak perlu lah kecil hati. Dia kan ibu.

Tapi kadang2 aku nampak dia diam.
Dia diam bila perangai anak2 tidak menyenanginya.
Dia diam sebab anak2 nya dah tak boleh ditegur.
Tak bolehkah kau rendahkan darjatmu didepan emak? Aku tak faham.
Tingginya ego engkau. 
Diam sahaja dan ikut suruhannya. Bukannya susah walau kadang2 payah.
Tahukah engkau apa akan jadi jika tiada redha dari emak? Susahlah.
AKU SAYANG EMAK.

Sayangilah ibu kita. 
Jangan pernah menjawab katanya.
Cuba bayangkan macam mana dia besarkan kita. MUDAH KE?

Banyak emak dah tanggung sebab kita.
Senangkanlah hatinya pula.
SAYA SAYANG EMAK SAYA!



P/s: Sobs! Mulalah menitis bila cakap pasal mak.. =.=
P/s2: Mak, memang nak ikut balik Johor.. tapi.. tapi.. sobs!



Monday, November 21, 2011

ALLAH TAHU BILA MASA YANG TEPAT UNTUK KABULKAN DOA KITA

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum.!!
Sangat excited nak ping new post. Berlari aku balik ke bilik.. 
Why? Alhamdulillah.. Akhirnya aku dapat rasakan usaha kami satu group membuahkan hasil yang baik - K.E.P.U.A.S.A.N.!! 
Just imagine after 3 semesters kena kaw-kaw belasah (ke?) dengan lecturer, akhirnya presentation Social Psyc tadi membuahkan hasil yang sangat masak ranum (perumpamaan orang meroyan. haha!). Dalam hemat aku, our group is the best from all others (kot?). Feedback yang sangat membuatkan aku bahagia. But ofcourse not perfect lah kan.. Nobody's perfect kot..
And after that, next class presentation Ethics pon settle dengan jayanya.. 
I'm a happy person today!! Yeyy!!

Betullah apa yang kita doakan mungkin belum dimakbulkan atas sebab2 tertentu, TAPI PERCAYALAH! Allah knows the best for you. 
Jangan putus asa dari meminta, dan jangan terlalu puas juga dengan apa yang kita ada (peringatan untuk aku juga).


"Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu.
Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu.
Bila Dia tak makbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

Bersangka baiklah pada Allah dalam apa jua keadaan.
Kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya.." (asrar_syamim)


Yeayy!!! I am a happy person today!

Sunday, November 20, 2011

I LOVE THEM.. I DONT KNOW WHY.. BUT I LOVE THEM FREAKING MUCH.. ..

GIVE AND TAKE.. 
Itu yang aku rasa bila bersama mereka.. 
Just happy dapat hanging out dan berkongsi cerita masing2.. mungkin lama dah tak jumpa. That's why kot.. But really appreciate the way they accept me. The real me.. 
Terluah sudah semua kata.. 
This is what others call 'macam budak2'.. x matured..,
But for us, its what we call FRIENDSHIP.


we're FRIENDS


 Pssttt...

Ololo.. Touching meh? Lately, Dia ni nangis boleh buat aku sedeh, dia happy boleh buat aku senyum! Gila meh.. (Yup, Dia ni diatas!) <3 <3

Saturday, September 24, 2011

YANG MANA SATU IDAMAN KALBU?

CLINICAL PSYCHOLOGIST? RESEARCHER A.K.A LECTURER? INDUSTRIAL PSYCHOLOGIST? CAUNSELLING...(nooo)???
The future me? hahaha


Those are aku punya future possible job lah lebih kurang.. nak jadi apa ya? ingat senang nak pilih.. semua macam best and semua macam banyak cabaran dia.. bukan calang2 punya job.. everything involve with people, research, and memerlukan pembawakan diri yang baik untuk confidentkan people. Hope can be one of the good psychologist la one day.. (bukan senang wooo) so what should i do??

-improve language skills
-build good personality
-acquire as many knowledge as possible
-try to practice those knowledge
-increase confidence
-STRIVE FOR THE BEST!
-AND NOT FORGET... TAWAKKALTU 'ALALLAH... :)

HAHA... choose boy.. choose... :))

Wednesday, September 21, 2011

SEDIH KE? GEMBIRA KE AKU? APA AKU NAK?

Kenapa? sakit nya kepala.. x sakit pon.. kenapa? kenapa dengan aku? kenapa dengan kau? apa aku nak ni? kenapa? apa kau pikir ni? aku pikir apa? siapa dalam kepala ni? ada apa dengan kepala ni? kenapa? sedeh ke? entah. sakit? entah. runsing? Macam. pasal apa? entah? ko x tahu hati sendiri? x taw. kenapa? entah. banyaknya soalan kau. aku pon x tahu nak jawab apa dengan semua soalan ni. aku rasa.. aku pikir.. apa aku pikir? apa aku rasa? kepala x center, serabot. takot. gelisah. macam nak nangis (tapi aku taw aku x sedeh), nk gelak kuat2.. nak jerit kuat2.. nak mengamuk! nak panjat bukit! nak pergi sungai! nak main air kat sunway lagoon sambil maen kejar2 ala2 runningman episod 52. DIAMMMMMMM!!!!!!!!!!! jangan buat dialog dalam kepala aku!!! masa aku jumpa budak law kat library tadi ke? mustahil. x suka sangat pon. aku pikir banyak. takot seksa allah. takot ahirat. takot kene soal. aku nak belajar betol2.. takot result x elok. takot x dapat gembirakan mak ayah aku. kenapa aku pikir banyak ni??? teringat siapa bakal suami. boleh ke aku jadi isteri mithali? sempat ke nak belikan mak ayah aku barang banyak2 sampai diorang bahagia sangat2..? sempat ke aku nak bagi duit banyak2 setiap bulan tanpa miss kat mak ayah aku and rasa puas? boleh ke aku nak jadik profesional dalam bidang yang aku betul2 minat? susah ke nak jadi psychologist yang sentiasa ingat punya tuhan satu ya'ni allah? nak jadi psychologist dah ready ke? apa persiapan aku? cukup ke masa aku untuk belajar? banyak habiskan masa aku tengak benda2 lagha je.. tuhan terima ke apa yg aku buat ni? kenapa aku macam ni? kenapa iman x kuat? rapuhnya iman ko.. serapuh kerepek bunga ros cik azizah buat je.. ko ni kenapa? KENAPA X BOLEH LAWAN NAFSU????

Ya Allah.. Kuatkanlah aku menghadapi duniamu yang teramat mencabar dan menguji nafsuku ini.. Kuatkan lah imanku.. Sedarkanlah aku siapa aku.. HANYA HAMBAMU YANG SATU..