Assalamualaikum..
Alhamdulillah dah masuk sem baru untuk tahun ketigaku disini. APA?? Tahun tiga? Tahun depan je nak grad?? Aku rasa aku masih budak. Bukan ke? EH, betul la, aku masih budak! Ehem.
Selalu habis belajar orang fikir apa? Kahwin kan? Tapi aku tahu aku belum bersedia lagi untuk itu. (Dah nama masih budak! Harharhar~) Kerja? Ni lagi satu persoalan minda yang tak habis.. Aku tahu rezeki Tuhan sentiasa ada untuk hambaNya, tapi masih ketaq2 lutut kadang-kadang bila terfikir bab kerja. Minta dipermudahkan. Jom amin ramai2.. Aminnn~ So maknanya, aku kena sambung belajar lagi? Bunyik macam best. InshaAllah..
Klik untuk jadual aku yang lebih jelas |
Best kan jadual aku sem ni. Tolong angguk.. Memang best! Boleh lepak bilik, takda lah kelas berderet, nanti last class muka dah mcam zomba (uuu~). Dan minggu pertama di Gombak?? Sangat ohsem! Dah la masuk hari rabu. Untuk apa dan demi siapa? Ohno!
Ceritera Minggu Pertama Semester
Rabu
00.00 am: "Check jadual esok lah.." tet tenet tenet.. (bunyi laptop). APA?? kelas arab esok takda venue lagi?? HEAVEN! Boleh berjimba hahahaha..!! (gelak puas hati)
11.30 am: Ingat nak add manual untuk Experimental Psychology, tapi..
"Assalamualaikum. Madam, can I register in this class for this semester?"
Jawapan mengecewakan: "I'm sorry, but this class have a limitation of 20 students only". WHAT??? (aku dapat jerit dalam hati je sambil madam berlalu pergi. Sobs!)
2.00 pm: Bersiap-siap untuk pergi ke kelas dengan semangatnya selepas solat Zohor.. Belum sampai depan pintu kelas pun, kedengaran suara merdu kawan aku, "Weh, ko kelas HR ke? Kelas mula hari Isnin madam cakap." WHAT?? Penat aku menapak panas2 di tengah hari buta ni... =.='
Aku baru dapat add Method's of Da'wah tengah hari, (sebab x dapat nak masuk kelas Experimental Psych!) Nasib baik kawan aku sendiri yang drop Da'wah ni, kalau tak.. Habis aku tak cukup kredit hour, seciput!
Khamis
10.00 am: Dr. Shukran: "Ok, I have a presentation in front of main board blablabla, so, the class is finish here." YEHUUU!! Untunglaa habis kelas awal, takpe, atleast aku dapat jugak panaskan kerusi sambil pandang muka Sir, bukan macam semalam.. Satu haramm xda kelas!
11.30 am: Setelah hampir 20 minit melanguk di kelas, "Baliklah jom korang, madam x masuk ni..." =.='
5.00 pm: Ni yang paling menyakitkan hati.. Aku ambik keputusan untuk Solat dulu kat bilik sebelum pegi kelas. Solat kan masuk lambat, mesti semua pun datang lambat ni.. Sesampainya aku dan 3 orang rakanku di kelas, salah seorang bukak pintu, lepas tu dia tutup balik!! KENAPA?? "Weh.. kelas dah penuh la, aku x nampak seat kosong pon!" Ohnom... (Mesti those yang x dapat add menyibuk masuk kelas ni. Kelas optional macam mana pulak boleh penuh!!) Dipendekkan cerita, kami berpatah balik dan singgah cafe HS untuk membeli juadah untuk dinner. OHNOM! KELAS DAH ADA, TAPI KITORANG TAK DAPAT MASUK!
Alkisah, 2 hari sahaja aku disini, macam2 dah jadi. Mengapakah kelas harus bermula pada hari Rabu dan mendahului uni2 lain seawal 2 minggu? Kami masih mencari jawapannya. Semoga semester ni aku dapat insaf sikit dan lebih menghargai waktu belajarku. Ada ke waktu belajar? Takpe, nanti aku buat. Hahahaha!
KUBIS a.k.a kucing bising!! Buah hati baru. |
cantik tulisan :terharu
ReplyDeleteYuu, bodek x hengat! XD
ReplyDelete