Assalamualaikum..
Dalam kehidupan harian, kita takkan pernah berhenti berjalan.. Masa tak pernah berhenti menunggu kita, tapi apa yang kita lakukan? Amat rugi bagi seseorang yg mensia-siakan hari-hari mereka berlalu dengan aktiviti2 sama tanpa merasakan kepuasan. Keadaannya sama macam duduk termenung menunggu kematian.
Aku selalu terfikir, apa yang dapat aku lakukan untuk tinggalkan kesan di bumi Allah ini. Aku taknak tinggalkan bumi ini dengan namaku tidak dicatat di mana2 naskhah bumi ini. Aku harus tinggalkan sesuatu.
Sesuatu untuk anak-anak ku..
Sesuatu untuk cucu cicit ku..
Sesuatu untuk keluargaku..
Sesuatu untuk masa depan agama ku..
Aku tak mahu pergiku hanya berlalu bagai angin lalu, menghembus ke arah yang tak tentu, tanpa meninggalkan jejak dan bau, hilang lenyap selaras waktu... Aku ingin lakukan sesuatu, sesuatu yang mungkin tiada yang sedari, tapi aku tahu, Dia sentiasa tahu akan itu..
insyALLAH, semoga tercapai niat murni. biarkan kita kelihatan kosong di mata dunia, tetapi bukan DIA =)
ReplyDeletejangan kite fikir apa yang bumi buat utk kite tp fikir apa yg kite buat utk bumi . jalan yg nk kite lalui semuanya ade di tgn kite . kebahgiaan atau sebaliknya , moga kehidupan akak sentiasa dirahmati ALLAH , insyaALLAH (=
ReplyDelete