Friday, March 9, 2012

BCR Kontest 2# | How I Met BCR




Assalamalaikum!

Karangan Tahap Dua:
Tajuk: Beruang Cool dan BCR

      Alkisah, ada seekor anak beruang yang cool bernama Droppu. Dia baru hidup sendirian 3 bulan yang lalu di hutan maya. Anak beruang yang belum biasa dengan tempat baru itu kesesatan di dalam ketebalan hutan maya keseorangan.


Setelah 18 000 km berjalan pagi dan petang tanpa jemu, anak beruang terserempak dengan sebuah rumah comel yang berpapan-tanda BCR bersebelahan dengan rumah sempoi AISHA INANI. "What?? Beruang Cool & Rock?!" Translate beruang cool itu sesuka hati. Semerta itu beruang yang cool tertarik untuk pergi lebih dekat untuk melihat isi rumahnya. Lantas beruang cool tersebut tertarik dengan maskot2 bawang yang ganas2, maskot2 anak itik Tok Wi pulang petang, dan tak lupa juga maskot monyet2 comel yang bebas berkejaran ke sana ke mari. 

Kerana merasakan BCR merupakan tempat yang agak menarik, cool, dan dapat menambah keperluan kenalan hutan maya, beruang yg cool cuba mengisi borang keahlian yg terdapat di meja pendaftaran. Walaupun borang itu perlu diisi lebih dari 8 juta kali kerana hal2 yang tidak dapat dielakkan seperti tertumpah Coffee Ice Blended, terendam dalam Nescafe panas, tercelup dalam cawan kopi kerana konpius dengan kepingan2 biskut, dan lain-lain hal di luar jangkaan, si beruang tetap cekal dan tabah menempuh segala onak dan ranjau yg mendatang demi BCR.

Akhirnya, si beruang comel yang cool ini berjaya memasuki ruang legar kediaman BCR yang ME-RI-AH. Pelbagai pengalaman suka duka sepanjang dia menceburkan diri di dalam kancah persilatan usik-mengusik, perli-memerli, smackdown-mensmackdown, dan lain-lain.

Di sepanjang perkenalan dengan seisi rumah BCR, beruang yang cool sempat berkenal-kenalan dengan seekor naga yang baik hati, digelar JT. Beliau sungguh baik hati, berbudi pekerti, calon menantu pilihan, juga berkrim disukai ramai.. (mata pandang atas, tangan di dada ya semua! Wakakakap!). Tapi dah namanya naga, fitrah semulajadi naga adalah mampu menyemburkan api dari mulut hingga mampu membako hati teman2 sepermainan yang lain. Wohoo! Banyak kali jugak si beruang tebako hati dengan si naga ni dulu, tapi setelah si beruang pondering.. ternyata elok ada yang menegur kesilapan si beruang.. "Atleast ada yang ikhlas menegur, boleh improve mana yang lack.." monolog si beruang.  Salah satu moto hidup si naga mungkin 'kenyataan itu menyakitkan'.. (angguk2..)


Di ceruk lainnya, ada seekor labah2 merah berseri bak lipstik Cik Gayah bergelar Red. Pada awalnya si beruang tertarik dengan tulisan2 labah-labah merah dalam buku notanya..Tapi bengkek jugak dengan beliau nih bila suka nau troll kaum hawa yang tak berdosa. Dan rajin pulak labah-labah merah ni stalk2 orang.. "smackdown baru tau!" monolog si beruang lagi. Ehem. Tapi beliau kelihatannya mempunyai wawasan 2020 yang cerah.. Punya aim dalam apa yang dia buat. "Shukran ya akhi selalu tegur den untuk study," monolog si beruang ikhlas, buat kali ke lapan belas ratus.


Si beruang punya pengalaman yang tak kurang pahitnya, sepahit 8 sudu kopi + 1 sudu gula. Pernah si beruang leka mengechatkan diri sampai tak tido bersama2 CL dan The Crow. Memburukkan lagi keadaan apabila si beruang kaantoi dengan abah beliau ketika abah beliau bangun untuk bersiap2 ke masjid untuk solat subuh. Dari hari kejadian, si beruang kena machine gun pagi petang dengan both abah dan emaknya yang tercinta. "Kamu ni 24 jam ngadap laptop tu, pelajaran tak merosot ke??" Terasa petir membelah bumi seketika.


Walau bagaimanapun, si beruang tetap berbahagia membuat keputusan menjejakkan kaki di halaman BCR. Walaupun pelbagai rintangan dan dugaan ditempuhi, Ia tetap tidak dapat dibandingkan dengan kebahagiaan yang dirasai si beruang. Si beruang bersyukur dikurniakan dunia baru dengan kawan2 yang baru. Punya pelbagai kerenah dan ragam. "Suke suke suke!" monolog lagi. Ehem.

In the end, they are happily ever after~
Semoga dapat bersahabat hingga ke Jannah~ 


-THE END-



P/S1: Sorilah korang! Terbuat cerita merapu. Otak pun tengah tak berapa betul ni. HOHO! Tapi dapat kan mesej.. XD Red, kalau rasa x mengikuti garis panduan peraturan, nyahkan saja aku dari list peserta ok. No hal. HOHO!

P/S2: Kawan2 blogger yang belum kenal BCR, jom lah kenal2.. Pasti hidup anda lebih ohsem dari sebelumnya! XD

P/S3: Tagged2..






14 comments:

  1. rupanya selama ni semua mereka mempunyai 2 personaliti.. beruang? naga? labah-labah? hahahahahaha....

    :lari

    ReplyDelete
  2. Korang jangan baca kalau rasa panjang sangat taw.. Terasa memalukan buat entri gila camni.. aaaaaaaaaaaaaaa!!!

    ReplyDelete
  3. wakakap. time malam, BCR boleh buat tmpt pillow talk bg org2 yg tak leh tido.

    (^____^)

    ReplyDelete
  4. beb aku takde jiwe lagi nak blogging ape tah lagi nak berBCR. dah lame tau pasal ni, tp napsu tak mai lagi maa..btw, thanks !

    ReplyDelete
  5. creative :) huhu. rindu BCR. masuk sekali sekala je. T___T tlg sampai kan salam pada kawan2 kat BCR ye. "Assalammualaikum :) "

    ReplyDelete
  6. wakakap...naga yg baik hati XD ngahaha

    ReplyDelete
  7. haahhaha...beruang beruangg XD...

    dopu la beruang tu ye...hihi :larikkkkk

    ReplyDelete
  8. takkan 3 nama je.. kena la masuk kan sume name members bcr sekali :P

    ReplyDelete
  9. wah sangat best ceritanya..mantap la..:)

    wish beruang menang..:)

    ReplyDelete
  10. untung la JT jadi naga. siap kluar api dari mulut..=(

    ReplyDelete

Terima kasih tinggalkan komentar.. Moga kita semua sentiasa tergolong dalam golongan orang2 yang soleh lagi solehah..