Sunday, April 22, 2012

Komunikasi Dalaman Bersama Haiwan: Live dari Zoo Negara. WOHA!




Assalamualaikum.. Heiya! Sihat semua? Sihat semua iman masing-masing? Hope so.. :)
Korang ada pets tak? Moga haiwan peliharaan korang semua pun sihat2 belaka ya..

Semalam ke Zoo Negara sebagai volunteer, jadi hari ni secara tak langsung bercerita tentang haiwan lah! Saya suka haiwan! Tepuk2!! Diorang kiut kan? Haruslah kiut.. Comel, manja, dan mengada-ngada.. betul tak korang?? 



 
Betuuuull!!

Ha.. kan betul! WAKAKAP!! Haiwan. Sama darjatnya dengan tumbuh-tumbuhan. Bezanya haiwan bernyawa. Juga saling tak tumpah macam manusia. Mereka juga ada perasaan. Mereka pandai! Cuma mereka tak ada akal, sebuah anugerah terindah oleh ALLAH, khas untuk manusia. Jadi haiwan juga lebih kurang sama dengan manusia-manusia yang berakal lembam. Saya x samakan manusia lembam dengan haiwan ya, tapi sebaliknya. Harap tak tersalah faham. Cuma gembira lihat mereka. Aku tahu mereka merasakan sesuatu. 


Ada yang aku tengok meronta minta keluar dari sangkar, 

Burung bangau: "Tolong!! Aku nak keluar lah!!" (Sambil hempas2 badan kat pagar. Kesian sangat! Mungkin dia baru ditempatkan kat sangkar tu, belum biasa lagi, sebab ditempatkan di pagar belakang, bukan untuk tontonan awam.. =.=')



Ada juga yang seronok mengikut tuan mereka bekerja, manja tak hengat!

 Burung mulut beso: "Abg... Nak main.. nak main lah... Jom lah main.. Cepat lah.. Nak MAIN!!" (Sambil gigit seluar abang burung, mengajak main mungkin)

Abang burung muka ketat: "Adikkk!!" (Panggil burung 'adik'.. dah macam marah anak pulak. Wakakap! Muka ketat, dalam hati ada taman. WOHA!)



Ada yang kebosanan termenung dalam sangkar, 

SINGA: "Bosan betul duduk terperap dalam ni.. Aku nak berburu kat hutan.. Hmm.. Diorang ni tengok2.. Kalo takda pagar, dah aku NGAP!"



Ada yang makan tak reti berhenti, 


TAPIR: "Sibuk lah diorang ni.. Aku nak makan pun tak senang.. Ada lagi sebesen nak habiskan ni.. Malas aku nak layan.. nyam nyam nyam.."




Ada yang faham keadaan sekeliling, 

Burung BANGAU: "Eh! tak pernah nampak kakak ni.. siapa ni? siapa ni? larii!! selamatkan diri.."




Ada yang pandai mengorat, 

Burung EMU: "Eh, kakak ni kiut macam aku lah.. nak ikut dia lah.. ikut.. ikut.. ehem2.. Hai kak, terima kasih bersihkan kandang saya."

Kakak kiut: "Omak kau! Adoi! Terkejut ahkak tetiba kat sebelah ada burung besau! Larii!!"




Well, memang lah banyak cerita burung. Aku dan kawan2 bersihkan Bird House, department burung lah senang cerita. Banyak suka duka yang aku dapat rasa. Walaupun balik badan penat tak hengat, tapi aku semacam dapat berkomunikasi secara dalaman dengan diorang. WOHO! Korang boleh? WAHAHA! Dah lama tak dapat rasa benda2 seronok macam ni.

Ada masa, korang pergi lah jadi volunteer kat Zoo Negara tu, banyak yang boleh kita tolong, atleast dapat ringankan sikit beban pekerja2, tuan2 haiwan, penjaga2 hiwan tuh.. (Semua nya orang yang sama buat kerja. kesian kot!) Tapi nampak macam ada binding antara pekerja dengan haiwan2 ni.. Diorang boleh kenal tuan mereka. Ada rasa 'kasih sayang' yang aku nampak.


Akhir kata, Wa respek lu-lu yang berbakti pada haiwan ni.. Salute lu Bro.. Moga ada ganjaran besar nanti untuk korang semua.. Kerja kamu semua sangat mulia! XOXO!


Abg kawasan Bird House: "Terima kasih ahkak2 semua.. Jangan lupakan kami ya.. Datang lah lagi bila2 free.."





Thursday, April 19, 2012

Be a Man. Respect Women.

Assalamualaikum..

Heiya! Terasa masa untuk troll dah mari.. Memang x best asyik-asyik perempuan je yang kena.. Ok, Its time for boys diluar sana ya hari ni! Ehem. 

Alkisah, Isnin lepas adalah hari presentation Methods of Dawah aku, dan semua group perlu membentangkan topik perihal Da'wah di UIA ni. Aku salah seorang ahli group yang present research kitorang semalam, tapi group kami tak memilih general topik. Tajuk research kami adalah, 'Reasons of IIUM women students wearing  the Hijab'.

Apa kaitan pulak pemakaian hijab dengan Da'wah ni?? Sebenarnya, kami pilih topik ni, secara tak langsung, kami dapat sampaikan sebab sebenar yang sepatutnya ada dalam hati gadis2 (ke?) UIA ni, iaitu, pemakaian tudung bukan sebab lain dan hanyalah kerana Allah, LILLAHITA'ALA.

So, apakah permasalahannya disini? Aku first presenter dan aku cuba nak terangkan perkara kat atas. Dan salah satu contohnya aku sebutlah, ada gadis2 memilih untuk bertudung sebab nak attract the opposite gender. AND KORANG TAW BUDAK LAKI KELAS TUH TETIBA NAIK GILA PULAK DOK SORAK2.. Memanglah kenyataan aku tu kontroversi, tapi itu adalah kenyataan, dan kita di dalam kelas dude! Hormat sikitlah Dr. Mumtaz kat depan tu, boleh? Aiyooo.. Lelaki memang suka kan bab2 ni.. aku naik rimas.. Ok, itu baru permulaan..

Dah habis present, Q&A session pulak, kitorang dapat soalan yang berbunyi, "Ada perempuan yang pakai Niqab (purdah and such), tapi still diganggu lelaki sebab sebenarnya lelaki lebih curious untuk tahu tentang si gadis tu, dan lelaki suka nak mengusik gadis2 berniqab ni sebab interesting. Pandangan anda?"
Dan sekali lagi kelas tu dah macam dalam reban ayam.. Semua nak mooo mooo... ada jugak sikit2 macam lembu bunyik dia.. Diorang naik gila sekali lagi.. Adoii.. Aku dah cukup sopan kat depan ni pun kena jugak.. Ikutkan hati nak baling kerusi.. Tapi aku kan perempuan melayu terakhir.. Uhuk.
Aku ada jawapan dan pandangan aku dalam hal ni, tapi melihatkan perangai diorang ni dah menjadi2 pulak., aku diamkan jelah buat masa ni. Biar group-mate aku yang tolong explain.

Permasalahannya disini adalah.. Kenapa kamu2 kebanyakan lelaki ni suka sangat bab2 macam ni eh? Aku memang naik menyampah setiap kali mata diorang ni tengok org macam nak makan. Takda sopan santun langsungkan, nak pandang perempuan macam tu? Dan golongan2 macam ni, yang suka mengusik, mengacau perempuan, bagi aku x hormat perempuan langsung. Dah malas aku nak suruh korang bayangkan adik, mak, kakak korang pulak, dah ramai kan buat hujah guna point tu?

Memang seronok kan kacau perempuan macam tu? Memang lah korang seronok, tapi kitorang rimas. Ramai nak cakap perempuan kena sopan santun, jaga aurat, jaga itu, jaga ini, tapi korang lupa kan korang pun mesti perlu beradab  dalam pergaulan, dalam gurau senda, dalam semua perkara. 

Dalam kes ni mana boleh sebelah pihak je kena berusaha.. Dua-dua pihak ada tanggungjawab masing2 kan? So silalah laksanakan tanggungjawab anda itu sebaiknya okeh. So permasalahan perempuan dah jaga semua, tapi masih kena kacau, bukan kerana sebelah pihak je. Perempuan tu dah laksanakan tanggungjawab dia, dan masa lelaki pulak lah jaga adab dan perlakuan semua. Settle! Benda simple je, tapi di ambil acuh tak acuh oleh segelintir pihak. 



Iya. Aku mengaku kalau korang nak balas yang perempuan pun ada yang macam suka je kena kacau, tergedik sini, tergedik sana. Maafkan aku kalau aku pernah nak tergedik ke hape. Tapi mungkin segelintir je. Korang kawal lah cara korang, mungkin kami pun dapat kawal cara kami bergaul juga. Hormat antara satu sama lain lah namanya tu kan? 

Nasihat aku, bertanggungjawablah. Jangan berperlakuan seperti kebudak-budakkan okai.. Aku sayang je korang.. Dan aku taw korang pun sayang wanita2 juga.. Tapi cara korang luahkan perasaan sayang tu yang agak kurang tepat caranya. okai?

Dan berbalik kepada kelas aku tadi. Nak tahu Dr. Mumtaz kesayangan aku tu buat penutup macam mana? (Dia international lecturer lelaki, bukan perempuan!). Tiba-tiba sebagai penutup, Dr. Mumtaz cakap pasal ada sebuah research berkenaan siapa lebih intelligent, lelaki atau perempuan? Dan nak tau result reserch tu? PEREMPUAN! Tepuk2!! Ni bukan auta taw, ni fakta research ni. Wakakap! Dan sebab-sebab kenapa lelaki kurang bijak dari perempuan? Sebab lelaki lebih tidak serius, dan lebih suka bergurau senda. Hanya itu yang dinyatakan. Tak sebut pulak result sebenar..

Dan kesannya? Semua pelajar lelaki (international + malay) yang ada dalam kelas tadi menelan air liur. Tersenyap sekejap. Mungkin selepas group-mate aku tadi terteriak sikit, "This is serious matter ok. So take it serious please!" Well guys! Kita hormat sesama kita, okai! :)

Friday, April 13, 2012

Video to Ponder: Hanya Itu Peninggalanmu?


Assalamualaikum..
 
 
 
Dalam kehidupan harian, kita takkan pernah berhenti berjalan.. Masa tak pernah berhenti menunggu kita, tapi apa yang kita lakukan? Amat rugi bagi seseorang yg mensia-siakan hari-hari mereka berlalu dengan aktiviti2 sama tanpa merasakan kepuasan. Keadaannya sama macam duduk termenung menunggu kematian. 
 
Aku selalu terfikir, apa yang dapat aku lakukan untuk tinggalkan kesan di bumi Allah ini. Aku taknak tinggalkan bumi ini  dengan namaku  tidak dicatat di mana2 naskhah bumi ini. Aku harus tinggalkan sesuatu. 
 
Sesuatu untuk anak-anak ku..
Sesuatu untuk cucu cicit ku..
Sesuatu untuk keluargaku.. 
Sesuatu untuk masa depan agama ku.. 

Aku tak mahu pergiku hanya berlalu bagai angin lalu, menghembus ke arah yang tak tentu, tanpa meninggalkan jejak dan bau, hilang lenyap selaras waktu... Aku ingin lakukan sesuatu, sesuatu yang mungkin tiada yang sedari, tapi aku tahu, Dia sentiasa tahu akan itu..




Thursday, April 12, 2012

Sedikit Berubah

Assalamualaikum..

Esok ada paper.. tapi kepala dah agak senget ni dengan presentation yang lepas, dengan guruh menyambar, dengan hujan yang lebat, dengan berita tsunami sana sini... =.='' 
Jadi mari happy kan diri dengan mengupdate new entri!! Tepuk!!




Alhamdulillah hari ni, 11 April 2012, aku dah berjaya melangkah selangkah lagi ke angkasa. WOHO! Taknak kalah melangkah ke angkasa tuh. Bahagianya aku rasa. Dah lama nak jadi macam mereka2 yang comel2 tu.. Alhamdulillah hari ni aku comel!! Tak perlu lah aku bagitahu apa yang aku buat, tapi cukuplah aku nak berkongsi rasa aku, gembiranya aku bila makin dekat denganNya! Moga2 dianugerahkan juga peneman yang sama2 punya misi untuk cuba berubah lebih selangkah dari semalamnya. :)

Aku berharap sangat aku dapat konsisten, sentiasa dilimpahkan rahmat dan hidayahNya untuk terus cuba berubah sedikit demi sedikit. Aku bukan siapa2, aku memang tak berdaya tanpa hidayah dari yang Maha Esa.

Kawan2, aku nak berkongsi disini, seronok taw kalau kita cuba untuk berbuat kebaikan, walau sekecil anai-anai pun jadilah, yang penting berkembang dari hari ke hari.. Bermula dengan hanya mengutip sampah seketul di tengah jalan, tolong amoi tua melintas jalan, tolong semut dalam sinki yang hampir kelemasan, hinggalah perkara yang besar2.. Macam selalu gerakkan kaki ke masjid, amalkan Maathurat pagi-petang, involve dalam aktiviti2 volunteer, bertudung sedikit labuh dari biasa, mula menyimpan sedikit kumis dan janggut mengikut Sunnah, dan macam2 lagi perkara yang boleh kita apply dalam kehidupan seharian.

Mulakan dengan perkara yang kecil sahaja, yang penting, kita ada contribute sesuatu untuk diri sendiri dan orang lain. InshaAllah.. kita akan rasa kepuasannya! 

Cubalah hari ni ye kawan2! :) 

Kawan aku pernah kata; seseorang berkata padanya, 

"Kalau terasa seperti mendapat hidayah tentang sesuatu perubahan untuk kebaikan, baik cepat2 berubah, sebab takut Allah cuma berikan waktu yang singkat, dan takut2 hidayah itu akan ditarik balik kerana bertangguh."


Do the difference today! Its never too late! :)

Friday, April 6, 2012

Birthday Treats dari Mereka2 yang OHSEM

Assalamualaikum..

Well.. Its April! And the first week dah nak membabaikan dirinya.. Anyway aku pon tak berapa nak faham kenapa aku tak dapat nak update blog nih selalu.. Berwajah baru kan? And its COOL right! Kreditto to Mochalova! Design beliau memang cool2 belaka.. Dan aku tengah cuba untuk sesuaikan diri dengan blogskin nih.. First time pakai.. Banyak yang kena belajar. That's why kawan-kawan virtual is just the same OHSEM dengan kawan-kawan aku kat luar sana! REALLY!

OK mukaddimah terover dah tu.. Post ni sebenarnya dicipta untuk aku memorikan kawan-kawan aku punya birthday treats sebulan yang lalu.. 13 March 2012. Tarikh penambahan umur aku. Makin dekat dengan hari tua kan maksudnya? 


1) Siti Zulaikhah! Thanks for the KFC! My first birthday treat! Tak ke OHSEM, balik2 kelas lecturer killer, nak dekat pukul 7, penat lelah sampai bilik, taraaa!!! KFC box atas meja.. Kerana kelaparan terlampau, memang terus duduk baham lah.. HAHA! 

 
Gambar Hiasan~ Adess nampak garingnya lah.. Adoi. Kesedapan plak.




2) Ima Ramli! Thanks for the lovely RotiBoy cake. Dan aku sangat happy kebetulan pulak kau macam tau aku suka Blueberry Cheese Cake! Yehuu.. Joget2.. Actually I love anything with CHEESE! 
And Ima sayang, bila nak bagi birthday gift aku yang ko dah buat pekasam tuh.. Adess.. Tak dapat nak masukkan sini.

 
Opss agak x sopan dah makan hampir habis.. Teruja sangat kot!

3) Onen Macho! Thanks for the lovely dovely bovely Choc Cheese Cake! Sedap kot! Suka gilak aku! Sebab?? HAHA! BECAUSE IT'S CHEEESSEE... OK aku dah addict kek cheese sekarang nih.. Nyum2.. Hari2 pegi beli sendiri.. Eeh? Bila nak gemok tah? Makan dah kalah mereka2 overweight kan......? 

Nampak x ada tulisan CHEESE kat situ? Ok mmg OHSEM rasa dia!
---------------

OK and its about a week after my birthday. Some of them nih saja-saja je buat-buat senyap membisu. Well bukan aku nak expect apa-apa lah.. AND... Aku macam dah boleh predict. Adess. Dan minggu ni minggu aku sangat busy and stress dengan assignment2 submission, plus tests, plus blablabla.. Aku tak tipu weh! This semester agak hectic hidup den. Kebizian terlampau tahap cipan. OK, dah nak 4th year mungkin.. Perlu mula kawal keadaan, sebelum keadaan pulak yang mengawal diri aku.. 

So the result is... When they make it surprise for me, i'm kinda piss off plak.. Terstress over hari tu.. Mintak maaf, especially to Husna and Aisyah. I'm not mean it! And korang punya treat is THE BEST! 


4) Husna & Aisyah! This is superb! Nasi arab weh!! Walaupun tak dapat nak makan kat luar macam kita berangan2 dulu, cukup happy hidup den dapat tajaan Nasi Arab! Yang penting the LAMB! WE LOVE LAMB!! Aku kalau dapat lamb, kambing, dan seangkatan dengannya memang suka sangat lah! TQ korang! Muah3! I'm So Sorry ok! mencacatkan mood time tu.. tapi aku betul2 happy lepas tu.. Mintak MAAF sekali lagi.. MAAF MAAF MAAF! Here, video maaf aku untuk korang... :') 

 


AND THE FOOD? OK THEY'RE OHSEM!

Nasi dia memang terbaiklah! Taktau plak dalam UIA pun ada restoren arab yg superb


OK aku tak ingat nama, tapi ni dimakan dgn roti. Aku kureng skit.


Ice Blended Mochacino dia agak best! (air paling mahal aku order!HAHA)


Licin :)


Ololo.. Comel2 plak cintan cintun depan aku ya.. :)) Thanks!


5) Lovely classmates! Thanks to Gee Fauziah, Gee Shazila, Suhaila, Aisyah si comel, Ayed, and Cnen Onen again! Yang ni memang aku tak predict sebab korang tak pernah buat untuk aku! HOHO! Selalunya birthday aku time cuti. Dan aku cuba cool lah kan.. Dan sebab aku tak tahu, minta maaf lah sangat2 sebab aku pergi berjimba untuk Ummatic Night dulu. Akibatnya masing2 dah x larat tunggu aku sampai 12 lebih baru dapat celebrate! Sorry dan Terima Kasih untuk semuanya..! Seronok dapat dua treats dalam satu hari! 


Thanks 4 the effort ALL! Terharu.. :)
 ---------------

Dan aku risau dengan geng-geng sekolah aku. Aku takut mereka-mereka terasa hati sebab aku jenis tak reti nak koling2 diorang.. Senyap sampai sekarang. Kalau betul2 lupa takpe je, tapi aku rasakan mustahil.. Setiap tahun ingat je. Tak mungkin sorang pun tak ingat. Adess.. Aku memang suka buat orang naik angin ngan aku.. Kalau ada antara mereka yang membaca ni, korang, aku minta maaf sangat-sangat tak contact korang! Reason? Tatau nak bagi reason apa.. =.='  I'll contact you soon ok.. soon.. tapi x tahu soon bila.. Adoi! 

Akhir kalam, terima kasih banyak-banyak kepada semuanya! Tiada yang terkecuali! Terima kasih all! It's a SUPERB to have all of you as a friend! 

P/S: Korang yang bukan blogger, kalau terasa nak komen entri ni, klik link komen kat atas, tick dekat name/ananymous tu eh! Thanks!