Assalamualaikum....
Motif asal blog ni dah lama tersasar.. Perlu buat sesuatu untuk tebus kesalahan. Bukan apa, aku ni jenis kena pokus satu-satu benda.. Bukan multi-function punya orang. Bila ada benda lain lebih penting menggangu, dan perlu didahulukan, so benda selainnya kena letak tepi dulu. Ada pulak yang salah faham aku merajuk. XD
Orait.. Let's talk about K-POP! Bosan ke dengar perkataan K-Pop? (bagi yang tak minat). Takpe lah korang kena tahan. Tu fenomena sekarang. Aku pon jadi risau dengan penyebaran dia yang meluas.. Aku akui K-Pop salah satu medium hiburan yang melaghakan. Aigooo.. Tapi.. Tapi.. Oh.. Aku memang layan tapi sesetengah group dan variety show je. (JE?? << Nak buat alasan, macam2 boleh keluar. Ok aku tahu K-Pop ni kalau nak tengok overall memang lebih baik elakkan.. )
Apa2 pun memang ada PROS dan CONS dalam semua hal. Yang tak boleh aku terima bila orang kita terlampau taksub dengan satu2 hal. Tak kisah la K-Pop ke, artis2 tempatan ke, malahan artis nasyid sekalipun, ITS NOT OK!! Kalau dah sampai pergi join konsert diorang bayar ratus2 guna PTPTN, tu pun dapat tempat jauh dari pentas, pastu bersorak2 menyanyi2.. Aiyooo... Its not goood dude.. Setakat download Running Man full episode, gelak sorang2 takpe lagi.. WAKAKAP! Takpe je, selagi tak jejas aktiviti2 harian lain kira ok la kan.. kekeke...
Konklusinya, pernah dengar perkataan Takhfif? Moderation? Bersederhana? Ok mesti korang dapat tangkap maksud bersederhana tu.. Takmo explain panjang2..
BUT!!! Tujuan utama entri ni adalah.. Sebelum tu, Sila play video dibawah.. sila2.. Jangan mallu-mallu (iklan gigi pelesu)
Perkara pertama aku nak tanya.. Apa pendapat korang?? Ok je? Ok takpa jika itu jawapan korang. Tapi aku memang x berapa nak ok dengan video nih.. Malu weh.. Aku first time tengok video ni beberapa tahun dulu entah, rasa maluuu sangat sebagai seorang Muslim. Tengok eh apa pandangan asal diorang terhadap Muslim Women,
"I thought those women not allowed to talk to man. I thought they only talked to their husband."
So, pendapat korang? Walaupun tak 100% betul, tapi korang perasan tak itu asas dalam pergaulan lelaki-perempuan yang dianjurkan Islam? Sebagai Non-Muslim yang tak belajar tentang agama kita, bagi aku wajar lah apa yang diorang cakapkan tu. Memang betul, kalau korang nak kata, "perempuan tak boleh bercakap dengan lelaki? NONSENSE!" Urm.. macam mana nak cakap eh.. kalau nak ikutkan prinsip asas dalam Islam, memang, x salah berkomunikasi lelaki-perempuan bukan Mahram. Tapi perlu ada sebab tertentu seperti tujuan untuk berkongsi ilmu, bekerja, dan blablabla.. Banyak2.. Kalau nak keluarkan alasan untuk sokong apa yang kita suka buat, memang banyak idea keluar wa cakap sama luuu.. XD
Tapi bila kita fikir lagi dalam sikit, cuba kita bandingkan, antara seorang perempuan yang banyak berinteraksi dengan lelaki bukan mahram atas perihal kerja, dan seorang perempuan yang duduk di rumah menjaga suami dan hanya bercakap dengan suami dan mahramnya, aku rasa Allah lebih pleasure dengan Muslimah yang kedua tu. Ye tak? Tak? Ok korang ada hujah korang.. Silalah nyatakan. Mungkin aku salah.
Berbalik kepada view diorang yang Muslim Women bercakap dengan sesetengah orang sahaja, tak ke nampak Muslim Women macam lebih preserve dan lebih bermaruah? Bagi pandangan aku macam tu lah..
Ok, and then after diorang buat konsert kat Malaysia; secara khususnya, dan melayan 'peminat bertudung' yang tak boleh blah berkomunikasi dengan gediknya, sila rujuk minit ke 1:11, apa pandangan Non-Muslims terhadap Muslim Women sekarang?
Tepuk dada, tanya hati lor... XOXO!
Dan paling sakit hati dan jiwa bila baca komen2 kat Youtube, aku rasa tak perlu pun nak tutup nama diorang, sebab memang public pon. Dan mereka berbangga mengaku sebagai 'Perempuan Malaysia Muslim Bertudung' sambil terangkan apa itu 'Islam yang sebenar' KONONNYA bagi mereka.
Paling tak boleh blah yang last sekali nih.. Apa beza Malaysian dengan Saudi dan Afghanistan? We are all Muslims and hold THE-SAME-ONE-BULK-OF-GUIDANCE, Al-Quran.
P/S: Aku bukan bagus, ni pandangan aku bila melihat dari pandangan unjuran-Islam-sebenar, tapi aku sendiri banyak khilaf, aku pon sesuka hati aku je nak bercakap, berkomunikasi dengan mana2 lelaki.
Dan aku juga layan K-Pop. =.='
Oh.. Aku memang suka kat orang2 tua sekarang. WOHA! |