Wednesday, May 30, 2012

Segmen Pokok Ajaib by Yuu Hidayu


Assalamualaikum..



Ehem2.. sakit tekak plak.. kah kah kah.. maafkan aku pembuka bicara dah gelak.. Nak buat macam mana.. Benda lawak tak lawak lah.. Tapi rasa nak gelak je. Tak boleh ke? Bukan blog den nih? KAHKAHKAH!! Hang poyo Droppu! Ok.. Pokus2..


Entri dibuat untuk menjoinkn diri sebagai semangat dan perangsang kepada Yuu Hidayu, kawan seBCR jugak. Apa?? Bukan kawan kalo tak jumpa? BHAHAHA! Sangat lawak kurasakan.. Inilah lawak antarabangsa yang paling kelakar di masa kini. Ok merepek lagi. Maafkan saya. HAHA!


Yang penting aku memang tak rajin nak join segmen2 sebenarnya, cuma kalau macam menarik sikit, rasa best jugak nak join mengubat hati nan lara. Nak join jugak? Sila klik banner di bawah dengan tepat di titik tengah banner tu.. Tepat tau!! WOHA!



 


Gila tak best segmen dia?? Kreatif siott.. tu yang join.  Senang je,  Korang baca petikan kat bawah ni. Bayangkan.. Imaginasikan.. dan cuba lukis.


"Ada pokok ajaib, batang yang disebelah kanan mempunyai tiga pelepah dan empat biji kelapa. Batang yang disebelah kiri pula mempunyai empat pelepah serta dua biji kelapa. Batang yang ditengah tengah pula mempunyai sebanyak 5 pelepah tetapi tidak mempunyai buah kelapa. Antara batang kanan dengan batang kiri terdapat seekor monyet sedang bergayut di atasnya memegang sebiji cawan."


OHSEM kan? Haa.. tu lah sebab utama aku join. Tak membosankan macam kebanyakan segmen2 yang lain.  Tapi ada satu masalah besar!! Aku memang takda tangan ART dari dulu lagi, so, aku suruh anak sedara aku lukiskan, aku kat gombak, sanggup dia hantarkan lukisan tu tadi. Dan dia baru setahun tujuh bulan umurnya.. WOHA!

Hasilnya.......





Jangan gelak!! Tolong jangan gelak semua! Nanti anak sedara aku nangis camana... OHNOM... Hahah! Tanak ulas dah..

Babai dan Wassalam... 


Terpaksa Tag:  



1 comment:

  1. Yang ni memang betul-betul ajaib ni!! wakakka.. hebatlah anak sedara droppu.. kirim salam kat die yer! hek hek hek

    ReplyDelete

Terima kasih tinggalkan komentar.. Moga kita semua sentiasa tergolong dalam golongan orang2 yang soleh lagi solehah..