Assalamualaikum...
Kesian blog kesayangan ni. Hampir setengah tahun (kot?) terbengkalai. Hanya nak ekspresi aku masih sayangkan kamu wahai blog. Rasanya kalau bernyawa, berperasaan, dan beremosi, mesti merajuk habis dah. Kegembiraan aku bergraduasi, kejayaan dalam hidup, kejatuhan emosi, permulaan hidup baru, semua aku diamkan padanya.
Jangan merajuk, aku masih sayang.
Aku bukan jenis suka bergeli-geleman 24 jam tak tinggal berkomunikasi secara rimasnya. Sepertimana yang lain; jangan mengada-ngada nak merajuk aku lupa hari jadi. Ya..ya.. tang tu aku kurang sensitif. Kerna kurang kapisiti memori, dah cuba upgrade, tapi kat kedai x da pulak yang sama dengan port dalam otak aku. Dan nak share kehidupan sebagai pendidik sekarang. Segala-galanya menarik. Semuanya mencabar. Sayang anak-anak aku. Cabaran beerganda-ganda. Haruslah ada cabaran. Nanti mengadu bosan. Ok cukup, nak sambung alirkan dakwat merah di helaian saham-saham mahal. :*
Sila spot yang paling 'rajin' dalam kelas. Dalam gambar ni konon2 comel la tuh. Cek2 konon.. Haha. Sesungguhnya masa snap x perasan pon telatah mereka tu. |
Assalamualaikum Ustazah Sazwani....
ReplyDelete