Sunday, April 6, 2014

BUKIT TABUR WEST HIKING

Assalamualaikum..

BUKIT TABUR WEST

Level: Moderate to Difficult
Time: Approx 2-3 hours naik dan turun
Kawasan: Berbatu, pokok jarang-jarang
Area: Taman Melawati


Lama dah menjejak Tabur West ni. Baru nak update untuk panduan beginners. Tabur East akan update next. 

Tabur West ni 1st time pergi dengan beloved IIUM COMRADEANS in final semester. Tak ingat bila, cuma dekat gambar tarikh May 2013. Oh terima kasih banyak-banyak sebab membawa kaki ni menjejak ke sana. Yang mana aku repeat ulang-ulang lagi after that. 

Sangat terkilan final semester baru dapat menjinakkan diri. 4 tahun weh... Dari 1st year aku ingat lagi melilau cari geng nak naik! Now dah bermastautin di Klang and member pon dah bersepah.. Susah nak carik masa panjat lagi. Humph! Will find some time. Allah tau la. Kalo x mungkin setiap bulan kerja memanjat. Silap2 pergi sensorang.. mau jadi benda x best. Oh my kepala batu!

Alright. Back to Bukit Tabur West. Basically Tabur or sebenarnya Bukit Tabuh kot (paper tulis Tabuh, tapi dah biasa panggil Tabur!) ada dua peak. WEST and EAST. 

TABUR WEST mencabar.. Favourite hill so far bagi aku. Including rock climbing konon-konon yang mana kiri kanan gaung. Dangerous yet FUN! Dalam awal tahun 2014 ni ada masuk paper jatuh gaung maut. And that group daki malam. Bagi aku yang x berapa nak pro ni, memang TIDAK recommend langsung daki malam ok. Yang expert lain cerita.

Sebenarnya dari Mahallah Safiyyah memang bukit ni kitorang punya view, and aku call it Bukit Gajah! Seriously nampak macam beberapa ekor gajah berjalan pegang ekor.! Dan kerana itu, trailnya akan naik turun, panjat batu, turun batu.. Macam badan kepala gajah tu la. and trek tak luas sangat, that's why gaung kiri kanan. Be careful ya. Dan jangan over excited. Takut jadi apa-apa.. 

Kalau tgk from the other side nampak sekawan gajah lagi clear

Shoes recommended pakai yang tapak sedikit tebal dan lasak sebab kita banyak pijak batu-batuan. Tapak kaki akan rasa tak selesa sikit, tapi bukan masalah besar. Cuma yang ada naik pakai kasut jalan tu ada kemungkinan tapak tanggal / kasut koyak sebab jalan berbatu tajam ya.

Perjalanan lebih kurang dalam 2-3 jam kalau banyak berhenti. Expert 1.5 - 2 jam lebih kurang. Kita akan naik ikut Empangan Klang Gate Taman Melawati, tapi ada satu simpang dalam tuh yang akan ke kanan and kiri. Ambik kiri untuk Tabur West. Kanan untuk Tabur East. Haritu termasuk kanan sampai Tabur East plak. Terus je naik East sebab bawak org, malas nak patah2 balik. Malu pun ya bawak orang sesat. Biasolah, aku ni STREET INTELLIGENCE near to ZERO kot! Hampeh bab ingat jalan. GPS peneman setia. 

Ada beberapa peak macam dalam gambar atas. Mula-mula naik akan dapat view empangan / tasik yang agak tenang dan menenangkan. TABUR EAST trailnya akan sepanjang tasik, cuma kita, akan menjauhi tasik. Tengah perjalanan, akan dapat view Taman Melawati. Kanan ada view UIA. Paling ohsem sampai peak 5, atas tu berlumut! Macam overseas..! pokok dan lumut macam oversea. Dan bayu sejuk tu menambahkan lagi angan-angan fairy tales. View UIA dari peak. Tak sure peak berapa.

UIA from Tabur West

Kita akan turun ikut jalan lain. Jalan turun dari atas tu ada antara peak 4 and peak 5 tu. Kiranya bila naik sampai peak 5, patah balik sikit and turun kanan. Kalau dari peak 4 jalan tu belah kiri lah kan.


 
Photo dari satu batu kepada batu yang lain. Tu kira satu 'panjatan' tu.  Banyak 'panjatan' sepanjang trail. Ini syiok. Spot me there! >.< 


Masa aku pergi dulu tu ada pakcik makcik rumah situ jual minuman-minuman sikit, air tin botol semua ada. Dapat lah lepas lelah sikit kalau bising air habis kat atas tu. Haha. Seriously, yang minat.. PERGI. Sudah-sudah dengan Broga. Jalan pun dah botak Broga tuh, and tak sethrill yang ni lah kan.


Kami sudah. Anda bila lagi?



BE CAREFUL. HAVE FUN!


No comments:

Post a Comment

Terima kasih tinggalkan komentar.. Moga kita semua sentiasa tergolong dalam golongan orang2 yang soleh lagi solehah..