Sunday, November 20, 2011

REPOST: TOLONG SAMPAIKAN PADA SI DIA...

Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. Aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia. Tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya. Aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia. Jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…


P/S: Not from me, tapi link dah hilang pulak.. sigghh..


Couple is fun (maybe), but SINGLE is MORE!

OH MY GOD... WHAT AM I DOING...

Assalamualaikum..
Hallemmak.. Minggu ni aku x balik, tapi dah hari Ahad, aku x sempat atau lebih tepat lagi x baca lagi untuk Psychometrics! ( Yang mana niat utama aku x balik for this weekend) OMG OMG...
Slide presentation dah siap belum..? Aigoo.. Wanie.. Wanie..
Ni lah yang orang kata apa yang dirancang x semestinya menjadi, dan tanpa azam yang betul2 kuat, kita boleh tersasar ke jalan yang salah! 

Sama lah juga dengan perjalanan kita menuju Illahi yang Hakiki.. 
Bukan mudah nak Istiqamah., tapi aku punya prinsip, ATLEAST MENCUBA..
Banyak betul aku buat silap dan salah sejak kebelakangan ni.. 
Susah betul nak kawal nafsu dengan baik.. 
Kawal nafsu tu mungkin mudah, tapi KAWAL NAFSU KEARAH KEBAIKAN tu yang payah..

Harap aku dapat berubah.. Mana tahu bila Allah nak tarik nyawa.. 
Moga kawan2 kat luar sana pun berjaya mengawal nafsu2 yang menggila kat luar sana.
Seronok bila kita dapat gather2, jumpa2, di Jannah sana.
Hope to see ya!





Yeayyy!!! Nak gi Broga lagi... Nature addicted!!

Wow.. Ape ni.. Bila aku nak dapat pergi tengok nature lagi ni? Petang tadi dapat tengok titis-titis hujan awal turun seronok sangat..Betul2 scene yang aku suka gila babeng.. 
Terus meresap rasa syukur dan takjub dengan ciptaanNya yang maha indah! Hijau! Terus tukar layout blog hari ni. :)
Aku nak pergi panjat batu!! Tapi batu takde nak panjat aku. Adeh saket. 
Huh.. Setelah sekian lama menunggu untuk naik Broga tok kali kedua, akhirnya Husna ajak jugak! 
Yeyyy! Bulan 12 ye... Jangan lupa ye.. 
Huii.. x sabo.. x sabo..
Sape nak ikut?? Jomm!!
Nature terbayekk!

Mode: Hijau. sehijau warna daun? novel sekolah menengah yang aku x pernah habes baca! keh.