Monday, June 27, 2011

SEBAB2 DOA DITOLAK OLEH ALLAH?

1. Percaya kpd Rasulullah .......................TETAPI TIDAK MENGIKUT SUNNAHNYA
2. Tahu membaca Al-Quran ....................TETAPI TIDAK MENGIKUT AJARANNYA
3. Menggunakan nikmat yang Allah beri ...TETAPI TIDAK TAHU BERSYUKUR
4. Percaya adanya syurga ........................TETAPI TIDAK BERUSAHA MENDAPATKANNYA
5. Percaya adanya neraka ....................... TETAPI TIDAK TAKUT AKAN AZABNYA
6. Percaya adanya syaitan sebagai musuh..TETAPI TIDAK MEMERANGI ATAU BERUSAHA MENJAUHINYA
7. Melihat orang mati ...............................TETAPI TIDAK BERSIAP UNTUKNYA
8. Melihat mayat ditanam di kubur ...........TETAPI TIDAK MENGAMBIL IKTIBAR DARIPADANYA
9. Menjauhkan maksiat dari diri sendiri ....TETAPI MENDORONG ORANG LAIN MELAKUKANNYA

-Pendapat ahli Sufi Ibrahim Adham Rahimahullah

Sunday, June 26, 2011

Sunrise @ Broga!! 25 June 2011

Alhamdulillah.......

Setelah sekian lama terbantut untuk hiking selepas Gunung Bunga Buah sem lepas, sem ni dapat naik broga dah! View chanteq siot.... sangat2 berbaloi untuk hiking and tadabbur alam.. Ahh... x taw la passion aku sangat kuat untuk nature and aktiviti2 lasak.. Kalau jumpa member yang satu kepala ngan aku nih.. fuhh.. MANTOP rasanya! k just feel the feelings with these photos!

Ramai sangat orang okeh... privacy kureng dah...
 
waiting for the sun to rise..ekeke


okeh2... nak say "hi" dah sunrise tuh.. tros x jadik aku nak naek lagi coz view kat sini dah cukup chanteq and takot terlepas..

"hello hikers!"


view mahal: sunrise celah bukit okey...
 
Subhanallah ciptaan ALLAH tiada yang dapat tandingi yow! Fall in love with nature.. NATURE terbaek kot!


Best sangat! dan takda lah penat sampai nak mati macam aku naik Gunung Bunga Buah sem lepas.. 5 jam hiking yow.. balik memang terus pengsan x hengat + badan sakit seminggu susah jalan! haha.. nak solat pon ketarr..... Seronok dapat hiking sekejap2 macam nih... View pon berbaloi2.. :)

Aku dah ada sedikit racist lah dengan kaum adam! haha! malas r nak keluar ngan dorang dah.. pegi ngan member2 lagi syiok kot!

Kesian tengok amoi tergolek jatuh kena seret muka time nak turun.. Saket+Darah+Calar muka+ MALUU yow....!! serius kesian..
p/s: sapa nak pegi lagi?? jom3!!

Tuesday, June 21, 2011

Esok quiz + oral allughatul arabiah!

Assalamualaikum..

Aku tengah cuba untuk menstudykan diriku untuk quiz 2 and oral arab esok! wish me luck! seronok kan kalau dapat cakap arab and bertambah jugak skill aku dalam new language, language of quran lagi.. Nikmatnya rasa bila baca quran dapat faham semua yg dibaca.. tapi...
belajar languge bukan mudah.. Alhamdulillah aku ditulis untuk belajar di IIUM, dapat jugak oppurtunity tok blaja arab.. kalau x.. yang adoo nak dapat kat luar sana.. :)

Final dah dekat, 28hb English for Occupational purposes, 29hb Arab..
Gud luck myself!! DO THE BEST yeaghhhh!!! :)

UPSSS..... tok semua yang prepare 4 d final.. ALL THE BEST!!

Monday, June 20, 2011

Selamat Hari Abah !!

Saya sayang abah saya!! x dapat bayangkan tanpa kedua mak dan abahku.. mereka melakukan segala-galanya dirumah..! Sungguh sejuk mata hati bila tahu mereka ada dan selamat sentiasa.. kerana itu setiap minggu short sem ni belum gagal untuk pulang! :) SAYA SAYANG KEDUA MEREKA~

Aku x berani untuk suarakan di hadapan muka merka tetapi ikhlas dari hati tak ingin mereka pergi meninggalkan aku.. Ya ALLAH.. Kau panjangkanlah umur kedua ibu bapaku serta keluarga dan orang-orang yang dekat denganku..

Sketsa Hari Bapa: Minggu lepas tersilap ingat dah hari bapa, dan tergesa2 turun ke CM mencari hadiah untuk abah ku itu.. kerana kelam kabut yang melanda, aku belikan sesuatu yang x perlu! oh malu malu maluuuuu sekali bila di bagi ke abah ku, digelakkan org sekeliling! memang aku masih budak.. belikan hadiah yang tiada erti..

last weekend, 19.6.2011, baru hari abahku yang betul2!! aku dapat idea untuk membuat kad sendiri menggunakan kad kahwin sedia ada yang di modified.. dan aku dapat siapkan hanya hingga pukul 3 pagi.. wohaa!! tapi aku puas hati! dan pagi itu abahku suka.. dan yang paling seronok, setelah sekian lama, tahun ini aku dapat mencium pipi dan dai abahku yang jarang aku lakukan sejak sekian lamanya.. Asyik cium mak aku je mesti abah aku jeleskan.. hahaha!!

Yang penting aku ingin luahkan yang aku sayang mereka!!!!

Thursday, June 16, 2011

DUDUK ANTARA DUA SUJUD? TAHUKAH MAKSUDNYA? JOM HAYATI BERSAMA! :)


1) Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

2) Warhamni (sayangi aku)

3) Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

4) Warfa’nii (angkatlah darjatku)

5) Warzuqnii (berilah aku rezeki)

6) Wahdinii (berilah aku petunjuk)

7) Wa’Aafinii (sihatkan aku)

8. Wa’fuannii (maafkan aku)

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja. Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu


Friday, June 10, 2011

Tolong Sampaikan Pada Si Dia

 Assalamualaikum

Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. Aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia. Tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya. Aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia. Jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…

Nisan Di Kepala Kubur

Saya cabut baberapa helai rumput yang baru tumbuh di kubur Allahyarham Pak Cik Malik Kemudian saya buangkan rumput itu dan saya pegang nisan batu di kepala kubur yang telah kekuningan.Lumpur yang terpercik semasa hujan telah mengotori nisan itu.
"Malik bin Abd.Razak.Kembali ke rahmatullah pada 14 Safar....."demikian catatan pada nisan tersebut.
Lama saya renung tulisan itu.Entah mengapa,hati saya terasa sebak.
Pak Cik Malik tidak ada pertalian darah dengan saya.Dia hanya salah seorang penduduk di kampung kami,di Johor,tetapi pemergiannya amat menyentuh hati saya.Kerana itulah, apabila emak memberitahu kematian Pak Cik Malik,saya yang baru pulang ke kampung tidak berlengah menuju ke kuburnya.Makin direnung nisan itu,semakin kuat ingatan saya kepada Allahyarham,terutama sejarah hidupnya yang menyayat hati.Malah ia menjadi sebutan di kampung kami.
Menurut emak,dahulu Pak Cik Malik mempunyai adik,Samat yang muda setahun daripadanya.Malik dan Samat tinggal bersama ibu mereka,yang kami panggil sebagai Mak Teh sahaja.Bapa mereka meninggal dunia semasa mereka masih kecil.Mak Teh cuma bekerja sebagai penoreh getah.Dengan pendapatan itulah dia menyara Malik dan Samat.
Ketika meningkat remaja,dalam lingkungan usianya 18 tahun,entah bagaimana terjadi pertengkaran antara Malik dan adiknya.Ia kemudiannya beralih kepada maki hamun dan akhirnya bertumbuk.Malik sebagai abang tidak mahu mengalah,sebaliknya membedal adiknya itu.Melihat kedua-dua anaknya bergomol, Mak Teh meluru ke arah mereka.
"Sudah....sudah! Kamu ni adik beradik pun nak bergaduh!" katanya.
"Adik ni,dia yang mulakan dulu..."kata Malik lantas menuduh Samat.
"Tapi kamu tu abang,mengalahlah sikit..." kata ibu mereka,
"Adik ni yang keras kepala...." Balas Malik lalu terus memukul adiknya lagi. Mereka berkelahi semula.
Sekali lagi MakTeh cuba meleraikan.Dia menolak Malik serta memarahinya. Entah syaitan mana yang sudah meresap masuk ke segenap urat nadinya,Malik yang sedang berang tanpa berfikir panjang menyepak kaki emaknya itu dan mengherdik,
" Emak ni selalu sebelahi adik.Adik buat salah pun emak salahkan saya..."
"Malik...?! Sampai hati kau buat mak macam ni," kata Mak Teh sambil memegang kakinya yang disepak oleh Malik.
Walaupun tidaklah sakit,tapi pedihnya menusuk ke hati.Setitik demi setitik air matanya berlinangan.Mak Teh langsung tidak menyangka tergamak Malik menyepaknya.
"Kalaupun kau marah Samat,takkan kaki emak yang kau sepak?" tambah Mak Teh sambil tersedu-sedan.
"Ahhhh..."dengus Malik lalu meninggalkan ibu dan adiknya.

Tidak lama selepas kajadian itu,Malik membawa diri dan bekerja dengan sebuah kapal. Beberapa tahun kemudian,ibunya meninggal dunia selepas terlalu menanggung kedukaan kerana kelakuan Malik itu.Lebih mendukacitakan,tidak lama kemudian Samat pula menyusul akibat demam panas.Tinggallah rumahnya kosong tidak berpenghuni.
Semak dan samun tumbuh meliar.Labah-labah bersarang di segenap ceruk penjuru rumah yang dinding serta lantainya mula lapuk satu persatu.Satu persatu lubang bercambah,di atap,di dinding mahupun lantai.Hari berganti minggu,minggu berganti bulan kemudian meningkat ke tahun......
Lebih 20 tahun berlalu,suatu petang orang-orang kampung terkejut apabila mendapati Malik kembali ke kampung.Masa itu saya masih budak lagi. Namun,tambah emak,tidak seperti orang-orang lain yang merantau,Pak Cik Malik pulang dengan keadaan kusut masai,tidak berwang dan tidak berharta.Kalau orang lain yang merantau pulang membawa harta,segak,bawa anak isteri dan hidup senang,Malik tidak begitu.Malah keadaannya lebih teruk lagi.
Kasihan melihat Malik yang tidak tentu arah hidupnya dan cuma bekerja kampung,jiran-jiran mengahwinkannya.Tapi perkahwinan itu tidak dapat mengubah kehidupannya.
Mereka tidak bahagia lantaran kerap bertengkar.Hanya kerana perkara yang kecil,Malik akan mengeluarkan kata-kata kesat kepada isterinya. Kadangkala dipukulnya isteri itu.Disebabkan tiada persefahaman,selalulah pinggan mangkuk melayang.
Bagaimanapun,isteri Malik amat tabah.Dia sentiasa bersabar dengan kerenah Malik. Anak-anak yang seramai empat orang menambahkan lagi kesabarannya itu.
Apabila usia meningkat,lama-kelamaan timbul kesedaran di hati Malik. Dia mula insaf dengan kehidupannya yang tidak pernah aman.Dia juga terfikir kenapa orang lain hidup mewah sedangkan taraf hidupnya tidak pernah berubah. Malik pandai bertukang rumah, tahu berkebun dan kerap ke laut membawa rezeki yang lumayan tapi ke mana pergi wangnya itu? Itulah yang memeningkannya seolah-olah rezeki yang diterima tidak mendapat berkat.Ia datang seperti angin dan hilang seperti air lalu.
Kini dia mula berubah.Malik tidak lagi memarahi isterinya dan anak-anaknya sesuka hati.Dia mula belajar menahan sabar dan rajin ke masjid. Suatu hari Malik berjumpa dengan seorang ustaz.Di depan ustaz itu dia meluahkan kekesalannya selama ini.
"Apa sebab saya jadi macam ni,ustaz?"tanya Malik selepas meluahkan segala yang terbuku di dada.
"Saya rasa,awak ada buat satu kesilapan besar.Cuba awak fikirkan...."
Lama termenung,Malik akhirnya mengaku kesalahannya mengekuarkan kata-kata kesat dan pernah pula menendang arwah ibunya sendiri.
"Kalau begitu minta ampun kepada dia?"
"Emak saya dah meninggal..."
Ustaz mengerutkan dahi.
"Macam ni,susahlah.Encik Malik,dosa kepada ibu bapa tidak dapat diampunkan. Malah Nabi sendiri tak dapat memberi syafaat kapada anak yang menderhakai ibu bapa."
Balik dari pertemuan itu,Malik terus pergi ke pusara ibunya dan memohon ampun. Dibacakannya ayat-ayat suci Al-Quran dan berdoa supaya Tuhan mengampunkan dosanya.
Sejak itu memang ketara perubahan pada dirinya.Tutur katanya lebih lembut dan semuanya kearah kebaikan dan keinsafan.Dia juga lebih menghormati orang lain,tidak macam dulu....panas barannya saja yang dikira. Saya masih ingat lagi,pernah saya terserempak dengannya ketika hendak ke bandar sebelum bertolak ke Kelantan untuk mengaji pondok.Bila melihat saya menyandang beg besar,Pak Cik Malik mendekati saya.
"Azman,belajarlah pandai-pandai.Nanti ibubapa kamu yang senang.Kalau kamu hidup senang,jangan sekali-kali kamu kecilkan hati ibubapa kamu tu.
"Kau tengok Pak Cik ni,patutnya Pak Cik dah hidup senang,tapi sebab tak ada restu, buat dosa pada emak,sampai sekarang Pak Cik hidup miskin."
Selalu juga saya terserempak Pak Cik Malik menasihati kanak-kanak. Pernah sekali, ada seorang bapa memanggil anaknya yang kebetulan berada dekat dengannya.Pak Cik Malik terus menasihati kanak-kanak itu dan berkata;
"Nak,dengar cakap emak ayah.Jangan lawan cakap emak dan ayah,tau."
Kalau kanak-kanak datang melihatnya bertukang,Pak Cik Malik berpesan lagi,
"Kamu belajarlah rajin-rajin,cari kerja yang baik-baik...jangan jadi macam Pak Cik.
Sampai tua bertukang,kerja kampung."Lagi satu bila dah kaya,jangan lupa kasi duit pada emak dan ayah.Jangan jadi macam Pak Cik.Ada duit tak kasi pada emak,lawan cakap emak..."merah matanya menahan sedih.
Masih belum dapat saya lupakan pesanannya ketika kali terakhir saya bertemunya. Kata Pak Cik Malik,
"Azman,kalau kamu hadapi hidangan,jangan kamu jamah sebelum ibu bapa kamu sentuh."
Sampai sekarang,pesanannya itu masih terdengar-dengar di cuping telinga.Nyata Pak Cik Malik benar-benar sudah insaf.Tiap nasihat yang diberikannya kepada sesiapa juga,tidak kira orang muda atau kanak-kanak,pasti berkaitan dengan ketaatan terhadap ibu bapa.
Tambah menyedihkan saya,menurut emak,ketika mula sakit,Pak Cik Malik selalu menasihati anak-anaknya supaya tidak sekali-kali menderhakai ibu mereka.
"Ingat,dialah yang lahirkan kamu."
Kata emak lagi,saat-saat kematian Pak Cik Malik sangat menyedihkan. Dia langsung tidak mahu berpakaian kecuali seluar pendek.Itupun yang yang dipakaikan oleh isterinya bagi mengelakkan malu.Disamping itu,Pak Cik Malik lebih suka berbaring di atas simen daripada di atas katil.
" Panas..panas," keluhnya.
Sebelum menghembuskan nafas terakhir,selama tiga hari tiga malam dia meraung. Tiada lain yang dia keluhkan,kecuali,
"Panas","Ampunkan saya emak",dan" Tolong saya emak,tolong."
Selalu juga dia memegang kakinya yang bengkak dan berkata
" Ya Allah,adakah kerana kaki ini pernah menyepak emak aku dulu,maka hari ini Engkau bengkakkan kakiku dan sakit semacam ini?"
Setelah tiga hari tiga malam tidak menjamah makanan dan meraung meminta ampun daripada ibunya,Pak Cik Malik ditemui meninggal keesokannya di atas simen.Yang menyedihkan,daripada mulutnya yang pernah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap ibunya,mengalir lendir yang amat busuk baunya. Daripada dubur pula,terpancut najis bersemburan.
Bila mengenang semua inilah,hati saya menjadi sebak.Benar Pak Cik Malik telah insaf, tapi sudah terlambat.Benar juga dia memohon keampunan dari Allah,namun sama ada dosanya itu dimaafkan atau tidak,Yang Maha Esa yang menentukan.
Setelah membaca surah Yaasin dan Al-Fatihah,saya tinggalkan kuburan itu.Dalam hati saya berdoa semoga anak-anak Allahyarham yang sekarang ini saya lihat begitu taat kepada ibu mereka tetap ingat kepada pesanan Allahyarham.


mode: lawok3!! Karangan yang buat aku dapat A dalam kelas! :))

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.


Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip
tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip.


Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak
tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar.


Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan
garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.



Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer
dari rumah.

Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori
kontena meluru dengan laju dari arah belakang.



Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung.

Dia menjerit
"Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut.

Saya
pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar
lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya.

Dia pun memecut
lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya.



Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali
ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu.


Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan
sebuah feri.



Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati.


Pemandu feri itu sangat marah.

Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire
pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar
menjadi robot Transformer.



Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati.

Dia pun terus menyewa
sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan.

Dia
melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu
feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas
ke jalanraya.



Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu.


Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam.


Tetapi emak saya masih marah.

Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat
tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter.



Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.

Emak saya menghantar
helikopter itu ke Genting Highlands.

Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus
memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori
itu di dalam bahasa Inggeris.



Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih.


Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai.


Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu.



Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati.

Orang ramai
mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi.



Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit
menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.



Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi
yang akan mati.

Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada
penjual daging.

Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang
mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati.



Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah.

Kerana terlalu penat sebaik
saja sampai di rumah kami pun mati.



Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.





KESIMPULAN :: GILE GHUPENYE DAK NEH!