Thursday, April 12, 2012

Sedikit Berubah

Assalamualaikum..

Esok ada paper.. tapi kepala dah agak senget ni dengan presentation yang lepas, dengan guruh menyambar, dengan hujan yang lebat, dengan berita tsunami sana sini... =.='' 
Jadi mari happy kan diri dengan mengupdate new entri!! Tepuk!!




Alhamdulillah hari ni, 11 April 2012, aku dah berjaya melangkah selangkah lagi ke angkasa. WOHO! Taknak kalah melangkah ke angkasa tuh. Bahagianya aku rasa. Dah lama nak jadi macam mereka2 yang comel2 tu.. Alhamdulillah hari ni aku comel!! Tak perlu lah aku bagitahu apa yang aku buat, tapi cukuplah aku nak berkongsi rasa aku, gembiranya aku bila makin dekat denganNya! Moga2 dianugerahkan juga peneman yang sama2 punya misi untuk cuba berubah lebih selangkah dari semalamnya. :)

Aku berharap sangat aku dapat konsisten, sentiasa dilimpahkan rahmat dan hidayahNya untuk terus cuba berubah sedikit demi sedikit. Aku bukan siapa2, aku memang tak berdaya tanpa hidayah dari yang Maha Esa.

Kawan2, aku nak berkongsi disini, seronok taw kalau kita cuba untuk berbuat kebaikan, walau sekecil anai-anai pun jadilah, yang penting berkembang dari hari ke hari.. Bermula dengan hanya mengutip sampah seketul di tengah jalan, tolong amoi tua melintas jalan, tolong semut dalam sinki yang hampir kelemasan, hinggalah perkara yang besar2.. Macam selalu gerakkan kaki ke masjid, amalkan Maathurat pagi-petang, involve dalam aktiviti2 volunteer, bertudung sedikit labuh dari biasa, mula menyimpan sedikit kumis dan janggut mengikut Sunnah, dan macam2 lagi perkara yang boleh kita apply dalam kehidupan seharian.

Mulakan dengan perkara yang kecil sahaja, yang penting, kita ada contribute sesuatu untuk diri sendiri dan orang lain. InshaAllah.. kita akan rasa kepuasannya! 

Cubalah hari ni ye kawan2! :) 

Kawan aku pernah kata; seseorang berkata padanya, 

"Kalau terasa seperti mendapat hidayah tentang sesuatu perubahan untuk kebaikan, baik cepat2 berubah, sebab takut Allah cuma berikan waktu yang singkat, dan takut2 hidayah itu akan ditarik balik kerana bertangguh."


Do the difference today! Its never too late! :)

4 comments:

  1. tiba2 teringat kat satu doa ni..

    Robbana laa tuzigh qulubana .. baca sampai abis.. atau drop boleh refer kat entri ni --> http://www.sitisafiyyah.com/2011/08/yakinkah-kita-akan-mati-dalam-keadaan.html

    Amalkan doa ni. sebab mendalam sangat makna dia. semoga kita semua sempat bertaubat sebelum terlambat ;)

    ReplyDelete
  2. ayat kwn ko tu mcm knal..
    tp aku tak tahu aku dgr tang mne..
    ke aku yg bg or aku dgr dr ko..
    =)

    ReplyDelete
  3. Siti Safiyah.. terima kasih :)

    Anonymous.. Aku ada cakap kt ko x silap.. Salah sorang my psych gang yang cakap.. :) Dan terkesan dihati..

    ReplyDelete
  4. wani yooo! keep it up yooo. ;D

    ReplyDelete

Terima kasih tinggalkan komentar.. Moga kita semua sentiasa tergolong dalam golongan orang2 yang soleh lagi solehah..