Wednesday, May 30, 2012

K-Pop group 2am talk about Malaysian Women: Cara Pandang Droppucino


Assalamualaikum....


Motif asal blog ni dah lama tersasar.. Perlu buat sesuatu untuk tebus kesalahan. Bukan apa, aku ni jenis kena pokus satu-satu benda.. Bukan multi-function punya orang. Bila ada benda lain lebih penting menggangu, dan perlu didahulukan, so benda selainnya kena letak tepi dulu. Ada pulak yang salah faham aku merajuk. XD

Orait.. Let's talk about K-POP! Bosan ke dengar perkataan K-Pop? (bagi yang tak minat). Takpe lah korang kena tahan. Tu fenomena sekarang. Aku pon jadi risau dengan penyebaran dia yang meluas.. Aku akui K-Pop salah satu medium hiburan yang melaghakan. Aigooo.. Tapi.. Tapi.. Oh.. Aku memang layan tapi sesetengah group dan variety show je. (JE?? << Nak buat alasan, macam2 boleh keluar. Ok aku tahu K-Pop ni kalau nak tengok overall memang lebih baik elakkan.. )

Apa2 pun memang ada PROS dan CONS dalam semua hal. Yang tak boleh aku terima bila orang kita terlampau taksub dengan satu2 hal. Tak kisah la K-Pop ke, artis2 tempatan ke, malahan artis nasyid sekalipun, ITS NOT OK!! Kalau dah sampai pergi join konsert diorang bayar ratus2 guna PTPTN, tu pun dapat tempat jauh dari pentas, pastu bersorak2 menyanyi2.. Aiyooo... Its not goood dude.. Setakat download Running Man full episode, gelak sorang2 takpe lagi.. WAKAKAP! Takpe je, selagi tak jejas aktiviti2 harian lain kira ok la kan.. kekeke... 
Konklusinya, pernah dengar perkataan Takhfif? Moderation? Bersederhana? Ok mesti korang dapat tangkap maksud bersederhana tu.. Takmo explain panjang2..


BUT!!! Tujuan utama entri ni adalah.. Sebelum tu, Sila play video dibawah.. sila2.. Jangan mallu-mallu (iklan gigi pelesu)





Perkara pertama aku nak tanya.. Apa pendapat korang?? Ok je? Ok takpa jika itu jawapan korang. Tapi aku memang x berapa nak ok dengan video nih.. Malu weh.. Aku first time tengok video ni beberapa tahun dulu entah, rasa maluuu sangat sebagai seorang Muslim. Tengok eh apa pandangan asal diorang terhadap Muslim Women,


 "I thought those women not allowed to talk to man. I thought they only talked to their husband."


So, pendapat korang? Walaupun tak 100% betul, tapi korang perasan tak itu asas dalam pergaulan lelaki-perempuan yang dianjurkan Islam? Sebagai Non-Muslim yang tak belajar tentang agama kita, bagi aku wajar lah apa yang diorang cakapkan tu. Memang betul, kalau korang nak kata, "perempuan tak boleh bercakap dengan lelaki? NONSENSE!" Urm.. macam mana nak cakap eh.. kalau nak ikutkan prinsip asas dalam Islam, memang, x salah berkomunikasi lelaki-perempuan bukan Mahram. Tapi perlu ada sebab tertentu seperti tujuan untuk berkongsi ilmu, bekerja, dan blablabla.. Banyak2.. Kalau nak keluarkan alasan untuk sokong apa yang kita suka buat, memang banyak idea keluar wa cakap sama luuu.. XD

Tapi bila kita fikir lagi dalam sikit, cuba kita bandingkan, antara seorang perempuan yang banyak berinteraksi dengan lelaki bukan mahram atas perihal kerja, dan seorang perempuan yang duduk di rumah menjaga suami dan hanya bercakap dengan suami dan mahramnya, aku rasa Allah lebih pleasure dengan Muslimah yang kedua tu. Ye tak? Tak? Ok korang ada hujah korang.. Silalah nyatakan. Mungkin aku salah.

Berbalik kepada view diorang yang Muslim Women bercakap dengan sesetengah orang sahaja, tak ke nampak Muslim Women macam lebih preserve dan lebih bermaruah? Bagi pandangan aku macam tu lah..

Ok, and then after diorang buat konsert kat Malaysia; secara khususnya, dan melayan 'peminat bertudung' yang tak boleh blah berkomunikasi dengan gediknya, sila rujuk minit ke 1:11, apa pandangan Non-Muslims terhadap Muslim Women sekarang?

Tepuk dada, tanya hati lor... XOXO! 


Dan paling sakit hati dan jiwa bila baca komen2 kat Youtube, aku rasa tak perlu pun nak tutup nama diorang, sebab memang public pon. Dan mereka berbangga mengaku sebagai 'Perempuan Malaysia Muslim Bertudung' sambil terangkan apa itu 'Islam yang sebenar' KONONNYA bagi mereka.






Paling tak boleh blah yang last sekali nih.. Apa beza Malaysian dengan Saudi dan Afghanistan? We are all Muslims and hold THE-SAME-ONE-BULK-OF-GUIDANCE, Al-Quran.



P/S: Aku bukan bagus, ni pandangan aku bila melihat dari pandangan unjuran-Islam-sebenar, tapi aku sendiri banyak khilaf, aku pon sesuka hati aku je nak bercakap, berkomunikasi dengan mana2 lelaki.
Dan aku juga layan K-Pop.  =.='



Oh.. Aku memang suka kat orang2 tua sekarang. WOHA!


12 comments:

  1. That's true..kebyakan org terutama permpuan skrg suka kpop dr nagara barat...bnyk pengaruh luar yg msk Malaysia sedangkan Malaysia jgk ade muzik yg tersendiri...
    So,kalu nk minat boleh.tpi jgn tahap yg melampau batas sudah la...
    just hiburan seharian ok je pong.
    :hoho

    ReplyDelete
  2. wow. tersentap tgk post ni, betullah. ramai betul yg terlampau minat kat kpop, smpai akhlak pun dah berubah.. hm.. sedih betul tgk malaysian muslim zaman skrg. :(

    ReplyDelete
  3. nak tau something x wanie,ade beberapa buah band korean yg mengamalkan prinsip freemason? contohnye kan,dorang menggunakan sihir dalam lirik dan tarian.

    ade dalam video yg didedahkan oleh barat,group big bang mengamalkan yg ni la, sebab tu no wonder la group dorg ni pemes, sebab amalkan prinsip "control ur mind" kot.

    nanti noona cri video tu ye, or mybe korg dh tgok gak video tu agaknye =)

    ReplyDelete
  4. :erk
    hohoy tak minat sngat k-pop .
    but, bile dorg dah kate gitu kt kite as a muslimah, malu gilaa deh =.=' (lagi2 orang yg tak minat k-pop ni)

    baru2 ni, time kes irshad manji tu sume dok kecoh2 . tup tup , ade hari belia lah plak . hari yg takde mberi ape2 manfaat pun kt umat Islam.

    ibaratnya , Bye bye irshad Manji, Hello Konsert ! =,=

    ReplyDelete
  5. Nurul Nadia: Yup.. kena berpada-pada..


    Mochalovaa: Sedih jugak.. Lagi sedih bila teringat kat bakal anak cucu esok2.. apalah yang diorang buat ye.. urmm..


    NoonaQQ: Freemason? Urmm.. kalau nak cakap pasal ni, bukti tak kukuh.. Takut kita menuduh diorang pulak. Lagipon isu freemason ni ramai yang bawak dalam semua hal. Dan ada jugak yang sengaja kaitkan satu benda dengan freemason yg sebenarnya kebetulan je.. Mungkin niat mereka baik, untuk kita tinggalkan.. Tapi cara tu ada kureng sikit bagi Droppu. Anyway takp, masing2 ada pandangan masing2. :)

    Hohoy: Biasalah tu, itu nama nya manusia. Tengah kecoh2 satu hal, sibuk lah semua. Contoh masa Palestin genting dulu, ramai tolong baca qunut nazilah dan solat hajat. Tapi sekarang? Mereka lupa akan keadaan yang sama masih berlaku kat sana kerana peredaran masa yang berlalu.

    ReplyDelete
  6. assalam dRopPuc!noo™.. sy juga dengar lgu kpop.. sebenarnya sy sedih bila baca komen di youtube, mereka seperti tidak tahu apa yg sedang mreka luahkan.sy juga insan yg lemah..wallahualam"

    ReplyDelete
  7. npe video tuh xkuo gambo? :fuh

    ReplyDelete
  8. Atyrah - Tu lah, semuanya bangga diri di mentioned dek artis kesayangan sampai x sedar diorang gelakkan kita =.='

    Ungu - Ungu, Droppu ok je.. Internet slow kot tuh. Ce refresh balik.. Video tu kena tgk, baru tahu keadaan sebenar cerita ni. Dan yg penting ce nilai kan sendiri..

    ReplyDelete
  9. huhu...dah lama dah tgk benda ni..1st time dulu tgk baru terbukak mata tentang pandangan org luar ttg muslimah bertudung.

    so, lepas ni, kita sepatutnya mengangkat martabat muslimah bertudung dan bukan kerana fesyen semata2...

    ReplyDelete
  10. huhu..

    to me memang ada perbezaan pun Islam di Arab Saudi, Afghanistan, Turki, Iran dll sebab setiap negara berbeza budaya dan adat resam dan agama juga telah diasimilasikan dalam hidup diorang membuatkan ada yg strict, terlebih strict dsb..

    x leh salahkan non-muslim to think that everyone is the same since during judgment day, we all will be judge individually and not as a whole~

    sedangkan para ulama' pun bila membincangkan sesuatu isu boleh berbeza pendapat, lagikan kita yang ilmu taraf habuk je..

    jangan pelik bila baca komen orang lain tapi jangan pula ikut secara semberono apa orang lain tulis sebaliknya selidik dahulu dan kemudian do what you think is right..

    p/s tertarik dengan satu ayat: pilihlah pasangan yang mana anda boleh berbangga sekiranya anak anda bila besar jadi seperti pasangan anda.. mendalam kan ;)

    ReplyDelete
  11. Maaf bukan nk ckp apewlaupun sye bkn peminat korea pde pandgn sye...sekurang2 mereka tertarik dgn wanita bertudung..mmg perkara memalukan terjadi tapi saya rasa setuju bila tgok dia ckp ' wanita akn berckp dgn suami nya sahaja..'mmg la kita rse mcm imej buruk utk Islam tpi tu adlh hakikat yg sebenar dlm hubungan lelaki wanita...cbe fhm konsep ikhtilat...berurusan bila perlu..sekdar perkongsian wallahu'alam ...sye pon tak la masyi sgt dlm agama..

    ReplyDelete
  12. aq plik btol la...ape yg best sgt nth lgu kpop tuh....aritu aq ade tertgk video dlm phone psl big bang yg buat show secare live.tp yg aq plik gilee suare diorg dgn dlm music video lain gilee....terutamanya seungri....mmg lain gilee...aq tau mule2 tu dy gerak mulot je...tp mse dy nyanyi mmg lain gilee....nmpk x kpop ni mmbohong belake...suare xsdp jd sdp....ohh gosh

    ReplyDelete

Terima kasih tinggalkan komentar.. Moga kita semua sentiasa tergolong dalam golongan orang2 yang soleh lagi solehah..