Assalamualaikum..
Heiya! Terasa masa untuk troll dah mari.. Memang x best asyik-asyik perempuan je yang kena.. Ok, Its time for boys diluar sana ya hari ni! Ehem.
Alkisah, Isnin lepas adalah hari presentation Methods of Dawah aku, dan semua group perlu membentangkan topik perihal Da'wah di UIA ni. Aku salah seorang ahli group yang present research kitorang semalam, tapi group kami tak memilih general topik. Tajuk research kami adalah, 'Reasons of IIUM women students wearing the Hijab'.
Apa kaitan pulak pemakaian hijab dengan Da'wah ni?? Sebenarnya, kami pilih topik ni, secara tak langsung, kami dapat sampaikan sebab sebenar yang sepatutnya ada dalam hati gadis2 (ke?) UIA ni, iaitu, pemakaian tudung bukan sebab lain dan hanyalah kerana Allah, LILLAHITA'ALA.
So, apakah permasalahannya disini? Aku first presenter dan aku cuba nak terangkan perkara kat atas. Dan salah satu contohnya aku sebutlah, ada gadis2 memilih untuk bertudung sebab nak attract the opposite gender. AND KORANG TAW BUDAK LAKI KELAS TUH TETIBA NAIK GILA PULAK DOK SORAK2.. Memanglah kenyataan aku tu kontroversi, tapi itu adalah kenyataan, dan kita di dalam kelas dude! Hormat sikitlah Dr. Mumtaz kat depan tu, boleh? Aiyooo.. Lelaki memang suka kan bab2 ni.. aku naik rimas.. Ok, itu baru permulaan..
Dah habis present, Q&A session pulak, kitorang dapat soalan yang berbunyi, "Ada perempuan yang pakai Niqab (purdah and such), tapi still diganggu lelaki sebab sebenarnya lelaki lebih curious untuk tahu tentang si gadis tu, dan lelaki suka nak mengusik gadis2 berniqab ni sebab interesting. Pandangan anda?"
Dan sekali lagi kelas tu dah macam dalam reban ayam.. Semua nak mooo mooo... ada jugak sikit2 macam lembu bunyik dia.. Diorang naik gila sekali lagi.. Adoii.. Aku dah cukup sopan kat depan ni pun kena jugak.. Ikutkan hati nak baling kerusi.. Tapi aku kan perempuan melayu terakhir.. Uhuk.
Aku ada jawapan dan pandangan aku dalam hal ni, tapi melihatkan perangai diorang ni dah menjadi2 pulak., aku diamkan jelah buat masa ni. Biar group-mate aku yang tolong explain.
Permasalahannya disini adalah.. Kenapa kamu2 kebanyakan lelaki ni suka sangat bab2 macam ni eh? Aku memang naik menyampah setiap kali mata diorang ni tengok org macam nak makan. Takda sopan santun langsungkan, nak pandang perempuan macam tu? Dan golongan2 macam ni, yang suka mengusik, mengacau perempuan, bagi aku x hormat perempuan langsung. Dah malas aku nak suruh korang bayangkan adik, mak, kakak korang pulak, dah ramai kan buat hujah guna point tu?
Memang seronok kan kacau perempuan macam tu? Memang lah korang seronok, tapi kitorang rimas. Ramai nak cakap perempuan kena sopan santun, jaga aurat, jaga itu, jaga ini, tapi korang lupa kan korang pun mesti perlu beradab dalam pergaulan, dalam gurau senda, dalam semua perkara.
Dalam kes ni mana boleh sebelah pihak je kena berusaha.. Dua-dua pihak ada tanggungjawab masing2 kan? So silalah laksanakan tanggungjawab anda itu sebaiknya okeh. So permasalahan perempuan dah jaga semua, tapi masih kena kacau, bukan kerana sebelah pihak je. Perempuan tu dah laksanakan tanggungjawab dia, dan masa lelaki pulak lah jaga adab dan perlakuan semua. Settle! Benda simple je, tapi di ambil acuh tak acuh oleh segelintir pihak.
Iya. Aku mengaku kalau korang nak balas yang perempuan pun ada yang macam suka je kena kacau, tergedik sini, tergedik sana. Maafkan aku kalau aku pernah nak tergedik ke hape. Tapi mungkin segelintir je. Korang kawal lah cara korang, mungkin kami pun dapat kawal cara kami bergaul juga. Hormat antara satu sama lain lah namanya tu kan?
Nasihat aku, bertanggungjawablah. Jangan berperlakuan seperti kebudak-budakkan okai.. Aku sayang je korang.. Dan aku taw korang pun sayang wanita2 juga.. Tapi cara korang luahkan perasaan sayang tu yang agak kurang tepat caranya. okai?
Dan berbalik kepada kelas aku tadi. Nak tahu Dr. Mumtaz kesayangan aku tu buat penutup macam mana? (Dia international lecturer lelaki, bukan perempuan!). Tiba-tiba sebagai penutup, Dr. Mumtaz cakap pasal ada sebuah research berkenaan siapa lebih intelligent, lelaki atau perempuan? Dan nak tau result reserch tu? PEREMPUAN! Tepuk2!! Ni bukan auta taw, ni fakta research ni. Wakakap! Dan sebab-sebab kenapa lelaki kurang bijak dari perempuan? Sebab lelaki lebih tidak serius, dan lebih suka bergurau senda. Hanya itu yang dinyatakan. Tak sebut pulak result sebenar..
Dan kesannya? Semua pelajar lelaki (international + malay) yang ada dalam kelas tadi menelan air liur. Tersenyap sekejap. Mungkin selepas group-mate aku tadi terteriak sikit, "This is serious matter ok. So take it serious please!" Well guys! Kita hormat sesama kita, okai! :)