Saturday, February 25, 2012

Aku Seperti Lalang Mat Lutfi Itu (Review Vlog Mat Luthfi: 'Lalang')


Assalamualaikum..

Dari dulu lagi aku nak cerita pasal latest vlog dari Mat Lutfi ni, 'Lalang'. Tapi masa, keadaan, mood dan persekitaran tidak membenarkan. Walaupun memang dah outdated, aku nak review jugak sebab vlog ni sangat2 reflect diri aku. Yang belum tengok, jom kita tengok sama2 ambil makan KitKat Chunky.. Krup2~






Seriously speaking aku tak sebelah mana-mana pihak kanan atau kiri ok. Korang perasan tak 'mereka' sekarang asyik dok carik gaduh dengan budak2 uni? Kenapa? Biar aku tolong jawab. Sebab pemikiran budak2 uni atau lebih tepat remaja sekarang, lebih cepat tangkap keadaan sebenar dunia sekeliling dari orang2 lain di luar sana. Mungkin. Bukan boleh cakap 100% betul pun. Nanti ada je yang datang buat bangkangan sebelah pihak. Pfftt.. Yang aku nampak, sekarang budak2 uni dah semakin berani meluahkan pendapat diorang. Tak macam dulu, semua buat underground sebab kalau cakap sikit, alamat tido lokap lah kan. FOR SURE. 

Diulangi disini, aku bukan sebelah pihak A yang suka salahkan puak B, dan bukan juga pihak B yang pandang puak lagi satu macam kafir dah. Dan ditegaskan kat sini, aku tak pernah join mana2 perhimpunan halal atau haram. Aku sekarang ni dok perati je perangai memasing yang salahkan orang sana, cakap buruk orang tu, fitnah org sana, keji orang sini. PENAT! Penat sungguh tengok korang bercakar sekian lama. Kadang2 aku betul2 konfius mana satu betul, mana satu salah, mana satu blablabla.

Konklusinya? Tolong tgk video lalang minit 06:35.  Jangan bertekak tak habis dari subuh membawak ke subuh esoknya, tapi berusahalah untuk bersatu menyelesaikan masalah. Go for action! Bukan hanya cakap2 kosong yang tak ada inti.

Isu kedua adalah PENGIKUT. Golongan ni yang aku paling menyampah sekali. Tolong jangan nak bias sangat boleh? Bila satu-satu isu berbangkit, contohnya pasal kes liwat blablabla, Korang ada ke dekat tempat kejadian? Korang bercakap sendiri ke dengan si pelaku? Sudah semestinya jawapan korang NO. Then? Jangan mudah percaya dan ikut2 orang boleh? Lagi kes lain, contohnya rasuah blablabla, korang ke yang terima rasuah? Saksi? Bukti? TV kata ada bukti? Korang ada pergi tengok sendiri? Stesen TV mana pulak yang korang tengok? Surat khabar mana yang korang baca? Sangat memberi kesan jenis surat khabar dan TV yang anda tonton, tahu? Ok sekarang dah tahu kot.. Kadang2 ketua puak dah bagus dan baik, tapi telatah pengikut2 diorang buat aku nak muntah.

Oleh sebab itu aku lebih suka menjadi pemerhati. Tengok kedua2 belah pihak, jangan hanya buka sebelah telinga dan tutup sebelah lagi. Bukan ke tuhan dah kurniakan kita sepasang telinga yang indah? Perhati dua-dua, dan cuba untuk tak bias.

Ehem. Dan ada suara2 kumbang yang sumbang kata orang yang duduk tepi dan tak sokong mana2 puak adalah pfftt?? Aku malas nak balas. Bukan aku tak pergi mengundi langsung. Aku ambik je kata2 Mat Lutfi, 

"Kami sengaja kosongkan jiwa kami,
pasal otak kami dah penuh dengan bullpftt politik yang hangpa dok main ni!"


Lalang itu ciptaan tuhan. Ciptaan tuhan mmg semulajadi indah! :) *Broga Hill June 2011





(Review Updated) Voucher 50 dan 7 Buah Komik


Assalamualaikum!

Hari ni hidup aku penuh warna warni kebahagiaan! Hahaha! (Gelak bahagia) 
Aku berjaya rembat 7 buah komik menggunakan voucher rm50 + RM2 tunai! Jumlah semua, RM52!! 
Gila kentang bahagia x hengat! Memang laju je aku dengar boleh guna voucher kan.. Tolong jangan jeles kalian! Lalalala.. 




Free gift pun meriah jugak, dapat paper bag Gempak Starz, yg aku paling suka Lawak Kampus punya tempat letak buku, dan nota kecik comel lote!
Voucher tinggal 150 untuk beli 2 buku. Yeayyhh!!
 ~ daa.. pergi berjimba dengan komik2 ku..



REVIEW UPDATED 25/2/2012: 

Komik Seram:

1) Warisan Puaka by Halim Bachok
  - Best gila.. Tak rugi baca! Bangga sekejap dengan kartunis Melayu!

2) Jangan Pandang by IMAI Yasue
  - Erkk.. sangat tah pape.. cerita seram import banyak yang merepek2 sangat.

3) Rasukan Siluman by IMAI Yasue
 - Yang ni sinopsis dah best dah pasal bandar yg diserang penyakit malas, tapi cerita tergantung pulak. So, x best. Dan merepek jugak. Sebab penulis yang sama. Im Dead.

(Aku takkan beli komik seram IMAI Yasue lagi!)


Komik Series:

1) Utopia High (Reunion) by Slaium
  - Best gila! Antibiotik kesian.. HAHAHA!

2) Under 18 by Zint
  - Cerita best, sempoi je.. Memang layak lah dia famous kan.. Tapi tah kenapa aku tak berapa puas baca cerita ni. Ehem.. Something wrong somewhere..

Komik Strip:

1) Lawak Pop Gang 1 (Konda-Kondi)  by Nishiki
  - OHSEM! Funny! I like it.. aha.. aha.. (gelek macam Madagascarians) Sosek: "Aku akan kumpul lagi 2 series dia.." Bangga lagi dengan kartunis Malaysia! Selamanya~ Selamanya~ Selamanya Komik Malaysia~ 
Eh, Silap lagu! HAHAHA!

Novel Grafik/ Animasi:

1) Anak Kucing Ketua Pelajar by Kazuko Furumiya
-Best! Yang minat komik novel animasi, dipersilakan baca.



Ehem. Semalam TERbeli lagi 2 komik! Dan kasut sbg theraphy ketenangan! :)






Wednesday, February 15, 2012

Monday, February 13, 2012

I Wanna Live My Life..




I wanna live my life like a rainbow,
the exciting colourful rainbow.

I wanna live my life like a flying kite,
to flying without wings.

I wanna have a meaningful life,
to have an interesting chapters to be read.

I wanna be a useful person,
that have left something to my grandchildren.


P/S: Malam ni tiba-tiba terfikir.. Apa yang aku buat lately? Aku makin jauh dengan Allah. Betul-betul nak nangis. Dah menitis pun. Astaghfirullahalazim.

P/S2: Aku betul-betul sayang kawan2 aku. Termasuk yang baru hadir dalam hidup aku. Tapi aku bukan sesiapa untuk menegur. Maafkan aku. Aku memang cepat sayang orang..


Thursday, February 9, 2012

Semester baru? Seronok ke aku?

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dah masuk sem baru untuk tahun ketigaku disini. APA?? Tahun tiga? Tahun depan je nak grad?? Aku rasa aku masih budak. Bukan ke? EH, betul la, aku masih budak! Ehem. 

Selalu habis belajar orang fikir apa? Kahwin kan? Tapi aku tahu aku belum bersedia lagi untuk itu. (Dah nama masih budak! Harharhar~) Kerja? Ni lagi satu persoalan minda yang tak habis.. Aku tahu rezeki Tuhan sentiasa ada untuk hambaNya, tapi masih ketaq2 lutut kadang-kadang bila terfikir bab kerja. Minta dipermudahkan. Jom amin ramai2.. Aminnn~ So maknanya, aku kena sambung belajar lagi? Bunyik macam best. InshaAllah..

Klik untuk jadual aku yang lebih jelas


Best kan jadual aku sem ni. Tolong angguk.. Memang best! Boleh lepak bilik, takda lah kelas berderet, nanti last class muka dah mcam zomba (uuu~). Dan minggu pertama di Gombak?? Sangat ohsem! Dah la masuk hari rabu. Untuk apa dan demi siapa? Ohno!


Ceritera Minggu Pertama Semester

Rabu

00.00 am: "Check jadual esok lah.." tet tenet tenet.. (bunyi laptop). APA?? kelas arab esok takda venue lagi?? HEAVEN! Boleh berjimba hahahaha..!! (gelak puas hati)

11.30 am: Ingat nak add manual untuk Experimental Psychology, tapi.. 
"Assalamualaikum. Madam, can I register in this class for this semester?" 
Jawapan mengecewakan: "I'm sorry, but this class have a limitation of 20 students only". WHAT??? (aku dapat jerit dalam hati je sambil madam berlalu pergi. Sobs!)

2.00 pm: Bersiap-siap untuk pergi ke kelas dengan semangatnya selepas solat Zohor.. Belum sampai depan pintu kelas pun, kedengaran suara merdu kawan aku, "Weh, ko kelas HR ke? Kelas mula hari Isnin madam cakap." WHAT?? Penat aku menapak panas2 di tengah hari buta ni... =.='

Aku baru dapat add Method's of Da'wah tengah hari, (sebab x dapat nak masuk kelas Experimental Psych!) Nasib baik kawan aku sendiri yang drop Da'wah ni, kalau tak.. Habis aku tak cukup kredit hour, seciput!

Khamis

10.00 am: Dr. Shukran: "Ok, I have a presentation in front of main board blablabla, so, the class is finish here." YEHUUU!!  Untunglaa habis kelas awal, takpe, atleast aku dapat jugak panaskan kerusi sambil pandang muka Sir, bukan macam semalam.. Satu haramm xda kelas! 

11.30 am: Setelah hampir 20 minit melanguk di kelas, "Baliklah jom korang, madam x masuk ni..." =.='

5.00 pm: Ni yang paling menyakitkan hati.. Aku ambik keputusan untuk Solat dulu kat bilik sebelum pegi kelas. Solat kan masuk lambat, mesti semua pun datang lambat ni.. Sesampainya aku dan 3 orang rakanku di kelas, salah seorang bukak pintu, lepas tu dia tutup balik!! KENAPA?? "Weh.. kelas dah penuh la, aku x nampak seat kosong pon!" Ohnom... (Mesti those yang x dapat add menyibuk masuk kelas ni. Kelas optional macam mana pulak boleh penuh!!) Dipendekkan cerita, kami berpatah balik dan singgah cafe HS untuk membeli juadah untuk dinner. OHNOM! KELAS DAH ADA, TAPI KITORANG TAK DAPAT MASUK!

Alkisah, 2 hari sahaja aku disini, macam2 dah jadi. Mengapakah kelas harus bermula pada hari Rabu dan mendahului uni2 lain seawal 2 minggu? Kami masih mencari jawapannya. Semoga semester ni aku dapat insaf sikit dan lebih menghargai waktu belajarku. Ada ke waktu belajar? Takpe, nanti aku buat. Hahahaha!


KUBIS a.k.a kucing bising!! Buah hati baru.

Saturday, February 4, 2012

Aku dan Puding Karemel

Assalamualaikum.
Jom selawat sekejap. Allahumma sollia'la saidina muhammad..

Semalam tengok resepi dari ainina jelani, PUDING KAREMEL! Nampak gambar dia mengiurkan dan bahan nak buat pun bukan main sikit. Jadi, aku yang memang malas masak ni pun terajin masuk dapur petang tadi. 

Ok, buruk.. 'tak boleh bawa majlis' ikut bahasa mak aku. Tapi still sedap!


TARAA... Sedap taw. menjadi.. tapi.. tapi.. aku punya karemel menjadi kolam 'berayo madu' (bahasa abah gua). Jadi kolam air gula pulak.. haha! Tapi sedap jugak makan taw. Bhahaha.

Resepi Puding Karemel:

Bahan-bahan yang diperlukan :
(Boleh kurangkan bahan separuh untuk loyang kecik mcam kat atas)
TELUR 7 biji
SUSU PEKAT satu tin
ESEN VANILLA
GULA 3 sudu
AIR satu tin

1. Pecahkan telur kemudian pukul telur hingga rata
2. Tuang satu tin susu pekat
3. Kemudian , tuangkan satu sudu kecil esen vanilla.
4. Tuangkan pula satu tin air ke dalam adunan tadi.
5. Kemudian , kacau adunan itu hingga sebati.
5. Letakkan tiga sudu gula ke dalam loyang yang lain , kemudian cairkan gula tersebut di atas api untuk dijadikan karemel.
6. Bila gula dah berwarna keemasan (karemel), tuangkan adunan tadi ke atas gula yang cair tadi.
7. Kemudian , kukus lah selama satu jam. Selamat mencuba!


Selamat hari lahir abah yang ke-60!!