Saturday, February 25, 2012

Aku Seperti Lalang Mat Lutfi Itu (Review Vlog Mat Luthfi: 'Lalang')


Assalamualaikum..

Dari dulu lagi aku nak cerita pasal latest vlog dari Mat Lutfi ni, 'Lalang'. Tapi masa, keadaan, mood dan persekitaran tidak membenarkan. Walaupun memang dah outdated, aku nak review jugak sebab vlog ni sangat2 reflect diri aku. Yang belum tengok, jom kita tengok sama2 ambil makan KitKat Chunky.. Krup2~






Seriously speaking aku tak sebelah mana-mana pihak kanan atau kiri ok. Korang perasan tak 'mereka' sekarang asyik dok carik gaduh dengan budak2 uni? Kenapa? Biar aku tolong jawab. Sebab pemikiran budak2 uni atau lebih tepat remaja sekarang, lebih cepat tangkap keadaan sebenar dunia sekeliling dari orang2 lain di luar sana. Mungkin. Bukan boleh cakap 100% betul pun. Nanti ada je yang datang buat bangkangan sebelah pihak. Pfftt.. Yang aku nampak, sekarang budak2 uni dah semakin berani meluahkan pendapat diorang. Tak macam dulu, semua buat underground sebab kalau cakap sikit, alamat tido lokap lah kan. FOR SURE. 

Diulangi disini, aku bukan sebelah pihak A yang suka salahkan puak B, dan bukan juga pihak B yang pandang puak lagi satu macam kafir dah. Dan ditegaskan kat sini, aku tak pernah join mana2 perhimpunan halal atau haram. Aku sekarang ni dok perati je perangai memasing yang salahkan orang sana, cakap buruk orang tu, fitnah org sana, keji orang sini. PENAT! Penat sungguh tengok korang bercakar sekian lama. Kadang2 aku betul2 konfius mana satu betul, mana satu salah, mana satu blablabla.

Konklusinya? Tolong tgk video lalang minit 06:35.  Jangan bertekak tak habis dari subuh membawak ke subuh esoknya, tapi berusahalah untuk bersatu menyelesaikan masalah. Go for action! Bukan hanya cakap2 kosong yang tak ada inti.

Isu kedua adalah PENGIKUT. Golongan ni yang aku paling menyampah sekali. Tolong jangan nak bias sangat boleh? Bila satu-satu isu berbangkit, contohnya pasal kes liwat blablabla, Korang ada ke dekat tempat kejadian? Korang bercakap sendiri ke dengan si pelaku? Sudah semestinya jawapan korang NO. Then? Jangan mudah percaya dan ikut2 orang boleh? Lagi kes lain, contohnya rasuah blablabla, korang ke yang terima rasuah? Saksi? Bukti? TV kata ada bukti? Korang ada pergi tengok sendiri? Stesen TV mana pulak yang korang tengok? Surat khabar mana yang korang baca? Sangat memberi kesan jenis surat khabar dan TV yang anda tonton, tahu? Ok sekarang dah tahu kot.. Kadang2 ketua puak dah bagus dan baik, tapi telatah pengikut2 diorang buat aku nak muntah.

Oleh sebab itu aku lebih suka menjadi pemerhati. Tengok kedua2 belah pihak, jangan hanya buka sebelah telinga dan tutup sebelah lagi. Bukan ke tuhan dah kurniakan kita sepasang telinga yang indah? Perhati dua-dua, dan cuba untuk tak bias.

Ehem. Dan ada suara2 kumbang yang sumbang kata orang yang duduk tepi dan tak sokong mana2 puak adalah pfftt?? Aku malas nak balas. Bukan aku tak pergi mengundi langsung. Aku ambik je kata2 Mat Lutfi, 

"Kami sengaja kosongkan jiwa kami,
pasal otak kami dah penuh dengan bullpftt politik yang hangpa dok main ni!"


Lalang itu ciptaan tuhan. Ciptaan tuhan mmg semulajadi indah! :) *Broga Hill June 2011





16 comments:

  1. saya setuju dgn entri anda ini ... hikhikhik

    ReplyDelete
  2. rasa macam malas je nak komen artikel camni. erk nak betulkan mahasiswa zaman anuar lagi lantang dari kita, disebabkan itu, AUKU diperkenal, dan anggap saja zaman kita baru nak naik balik, bukan mahasiswa zaman dulu tak agresif macam kita yer.

    erk tulisan ni bukan nak menghalalkan untuk tidak mengundi kan? kalau ada dua mudarat, pilihlah anatara yang paling kurang kadar mudaratnya bukan dengan tidak memilih langsung

    ReplyDelete
  3. Orait. tq 4 d feedback.

    Erk. Aku juga seorang pengundi.. :)

    ReplyDelete
  4. Saya setuju. Kita bukan tak bijak untuk tak faham apa yang berlaku. Bukan jugak untuk keluarkan statement menyatakan halal haram untuk tak mengundi, bersikap atas pagar atau sebagainya. Kita cuma tak larat + menyampah + muak dengan senario macam nie. Kalau dengan cara mudah, rasa nak je amik masking tape plaster mulut dedua pihak A dan B. (sekadar gurauan. hahaha)

    anyway, mengundi adalah tanggungjawab kita kan. jalankannya dengan baik. tapi tak payah la lepas tu nak bergegar cakap dan kondem macam-macam pada sesiapa pulak. rilek-rilek suda.

    ReplyDelete
  5. Yeayh!! sep2 Nur Farah Hani!

    Mengundi adalah tanggungjawab, dan ada suruhannya dalam kitab suci. Yang salah adalah cara kita sebelum dan selepas mengundi tu. Bukan menggalakkan org duduk tepi tak mengundi kan kan kan. itu lepas tangan namanya. :)

    ReplyDelete
  6. Heh. Sebenarnya red setuju dengan Mat Lutfi. It is reality. pihak A cari kesalahan pihak B, Pihak B cari kesalahan Pihak A.. Usaha cari jalan perbaiki kesilapan tak gerak jugak.. asyik bergaduh kalau berselisih pendapat. sebab tu lah muncul entry "Sebab Kenapa Orang Bergaduh Bila Berselisih Pendapat" dari blog gitarputeh :P

    ReplyDelete
  7. Wow, Red pomot blog.. :)

    Ahha.. Action is a must. Tanpa action, cakap berapi sampai terbako satu bandar pon masalah x kan pernah selesai. =.='

    ReplyDelete
  8. assalam

    so mat lutfi tu spesis "lalang" gak ke camne?

    ReplyDelete
  9. wassalam kyo

    Itu droppu x pasti. Yg ni macam video projek dia. Boleh jadi pendapat dia sama, boleh jadi pendapat dia lain..

    ReplyDelete
  10. -GT-

    suka metluthfi

    ReplyDelete
  11. tabik sama mat luthfi.. dia berani nk expose video camni.. setuju ngan apa yg dia kata.. bersatulah mnyelesaikan msalah.. bukannya gaduh x tentu pasal aje.. ^_^

    ReplyDelete
  12. apa pn video matluthfi ni mmg sempoi...dan entri yg menarik...lalang pn lalang laa...janji kita semua perlu yg mentadbir dan perlukan yg membangkang utk terus maju supaya tak lupa diri... ^_^

    ReplyDelete
  13. vlog mt luthfi byk buat kita berfkr

    ReplyDelete
  14. video ade moral value.terbaik dari matluthfi..

    *suka tengok keindahan bukit broga..tapi letih nak sampai ke atas tu =_='

    ReplyDelete
  15. dulu ada gak nak tulis pasal video ni. rasa malas plak. psl kalo JT nak tulis pon, nak kasitau. JT tak sokong ngn video matlutfi ni.

    sebabnya, kat mana2 video pon, penonton sukakan hero. hero yg akan jadi ikutan mereka. dan hero dlm video ni adalah "lalang". (berdasarkan ending).

    try go through semua komen2 kat video tu kat youtube. banyak yg setuju nak jadi lalang lepas ni. sebab dipengaruhi oleh video ni. "tak nak masuk campur hal politik", "dah penat","tak nak mengundi". dan byk lagi komen2 seumpama tu yg kita bleh tgk kat sana.

    JT berusaha kat blog dan facebook bgtau org lain. walaupn seburuk mana pon politik negara kita, tp ini satu2nya negara kita. kita kena ambik tau. sape lagi yg nak ubah negara kalo bukan diri kita sndiri..

    oleh sebab tu, JT dislike video matlutfi "lalang" ni. Sekian..

    ReplyDelete
  16. Aiyak! Ramai pulak yg ambik side negative eh.. ok2..

    Politik negara mmg kita kena ambik tahu, tapi jangan terlalu mengikut sangat, percaya-sebelah-pihak kind of thing is sangat x cool bagi droppu.
    Tahu dua2 punya cerita than compare. Itu yang Droppu nak sampaikan.

    Btw TQ JT 4 d comment! Bukan senang blogger retis nak komen entri I XD

    ReplyDelete

Terima kasih tinggalkan komentar.. Moga kita semua sentiasa tergolong dalam golongan orang2 yang soleh lagi solehah..