Saturday, February 4, 2012

Aku dan Puding Karemel

Assalamualaikum.
Jom selawat sekejap. Allahumma sollia'la saidina muhammad..

Semalam tengok resepi dari ainina jelani, PUDING KAREMEL! Nampak gambar dia mengiurkan dan bahan nak buat pun bukan main sikit. Jadi, aku yang memang malas masak ni pun terajin masuk dapur petang tadi. 

Ok, buruk.. 'tak boleh bawa majlis' ikut bahasa mak aku. Tapi still sedap!


TARAA... Sedap taw. menjadi.. tapi.. tapi.. aku punya karemel menjadi kolam 'berayo madu' (bahasa abah gua). Jadi kolam air gula pulak.. haha! Tapi sedap jugak makan taw. Bhahaha.

Resepi Puding Karemel:

Bahan-bahan yang diperlukan :
(Boleh kurangkan bahan separuh untuk loyang kecik mcam kat atas)
TELUR 7 biji
SUSU PEKAT satu tin
ESEN VANILLA
GULA 3 sudu
AIR satu tin

1. Pecahkan telur kemudian pukul telur hingga rata
2. Tuang satu tin susu pekat
3. Kemudian , tuangkan satu sudu kecil esen vanilla.
4. Tuangkan pula satu tin air ke dalam adunan tadi.
5. Kemudian , kacau adunan itu hingga sebati.
5. Letakkan tiga sudu gula ke dalam loyang yang lain , kemudian cairkan gula tersebut di atas api untuk dijadikan karemel.
6. Bila gula dah berwarna keemasan (karemel), tuangkan adunan tadi ke atas gula yang cair tadi.
7. Kemudian , kukus lah selama satu jam. Selamat mencuba!


Selamat hari lahir abah yang ke-60!! 



12 comments:

  1. adoi. teringin lak rasa. ok fine, esok sempat nak buat laaa.
    nyum, nyumm!

    ReplyDelete
  2. Good luck! Jangan jadi macam aku dah.. =.='

    ReplyDelete
  3. nak rasa !!! mesti sedap nih !!!

    ReplyDelete
  4. ok, dah pos dah salo.. sila tunggu sampai depan pintu rumah ye. XD

    ReplyDelete
  5. hahaha, gula air gula ye kak? hohoho

    ReplyDelete
  6. tak sia2 nina ajar dalam blog dia. hahaha

    ReplyDelete
  7. hahaha. x berapa nak jadik ss :))

    ReplyDelete
  8. kenapa warna syrupnya tak warna keremel? -tahniah dah boleh kawen- hehehe

    ReplyDelete
  9. kan dah cakap karemal x jadik. OHNOM!

    ReplyDelete
  10. waaa, haha. buat semula, pehtu post balik resepi, boleh try nnt. :hihi :P

    ReplyDelete
  11. resepi tu da edit da tu.. boleh pakai dah.. wahahaha.. malu3..

    ReplyDelete

Terima kasih tinggalkan komentar.. Moga kita semua sentiasa tergolong dalam golongan orang2 yang soleh lagi solehah..